Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Mafia: The Old Country – Gameplay Pertama Untuk Expansion “Man of Honor”

Razin Syafiq by Razin Syafiq
August 5, 2026
in Action, Artikel, Berita, DLC, DLC berbayar, PC, PS5, Steam, Xbox Series X|S
0 0
0
Mafia: The Old Country – Gameplay Pertama Untuk Expansion “Man of Honor”
Share on FacebookShare on Twitter

2K dan Hangar 13 telah mengeluarkan gameplay pertama untuk Man of Honor, iaitu expansion terbaharu bagi Mafia: The Old Country. Berikut adalah maklumat lanjut:

Kisah Awal Don Salieri

Berlatarkan Sicily pada musim sejuk 1905, Man of Honor bermula beberapa bulan selepas watak utama Enzo Favara diangkat sebagai ahli keluarga jenayah Torrisi. Don Torrisi menugaskan Enzo dan rakannya, Cesare, untuk membantu Ennio Salieri; seorang mafioso berpengaruh yang baru dibebaskan dari penjara dan bertekad mengambil semula apa yang menjadi hak miliknya.

Bagi peminat tegar siri Mafia, Salieri bukanlah watak asing kerana beliau merupakan Don di Lost Heaven dalam game asal. Expansion ini memberi peluang kepada pemain untuk menyaksikan era mudanya di Itali, jauh sebelum beliau membina empayar jenayah di Amerika.

Perjalanan Enzo diteruskan menerusi dua babak cerita baharu yang meneroka zaman awalnya sebagai seorang “soldato”. Pemain boleh memainkan misi-misi ini sebagai sebahagian daripada kempen cerita utama, atau terus melompat ke naratif baharu selepas mencapai tahap kemajuan kempen yang ditetapkan.

Misi Berisiko Tinggi dan Cabaran Lebih Sukar dalam Mode Free Ride

Man of Honor turut meluaskan skop mode Free Ride. Salieri menjadikan sebuah gudang di Porto Almaro sebagai markasnya, sekali gus bertindak sebagai individu utama yang memberikan pelbagai kontrak dan aktiviti baharu:

  • “Jobs” Baharu: Misi merangkumi pelbagai tugasan, daripada menyerbu ladang untuk menghapuskan saingan dan mencuri trak penghantaran, sehinggalah menunda kereta berharga serta stealth assassination.
  • Cabaran Lebih Mencabar: Salieri menawarkan cabaran Free Ride yang lebih ketat (termasuk lumba kereta vintaj, pertarungan stealth, serta wave-based combat) yang direka untuk menguji kebolehan pemain berpengalaman.
  • Eksplorasi: Peta Valle Dorata menampilkan lokasi tersembunyi baharu, pelbagai collectible (seperti Wanted Posters), serta “stunt jump”.

Senjata Baharu, Kenderaan Vintaj, dan Peralatan

Bagi membantu pemain dalam gameplay shootout, expansion ini memperkenalkan tambahan:

  • Pump-Action Shotgun: Mengorbankan ketepatan jarak jauh demi kapasiti peluru yang lebih tinggi, memuatkan sehingga 10 peluru untuk combat jarak dekat.
  • Precisione Speciale Rifle: Rifle yang dilengkapi peluru meletup untuk memusnahkan tempat perlindungan musuh.
  • Rimbalzu Throwing Knife: Pisau stealth yang boleh melantun daripada sasaran pertama untuk membunuh musuh kedua dalam satu balingan sahaja.
  • Dolce Morte Charm: Aksesori charm berbentuk tasbih yang membuatkan musuh tewas menjatuhkan buah-buahan (seperti buah oren). Apabila dikutip, ia memulihkan nyawa dan memberikan ganjaran mata wang tambahan.
  • Kenderaan & Pakaian: Menampilkan kenderaan klasik era 1900-an, kuda, serta pelbagai pakaian watak baharu.

Expansion akan dilancarkan minggu depan di Mafia: The Old Country pada 14 Ogos 2026 untuk PlayStation 5, Xbox Series X|S, dan PC menerusi Steam.

Tags: DLCMafia: The Old Country
ShareTweetSend
Previous Post

Fire Emblem: Fortune’s Weave – Memperkenalkan Hero Utama, Gameplay & Naratif “Time Travel”

Next Post

Godzilla Minus Zero Masuk Panggung Malaysia Pada 5 November, Bersama Tayangan Awal IMAX

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Reviu MSI Claw 8 EX AI+ – Konsol Handheld Gergasi Berjiwa Mini-PC
Review

Reviu MSI Claw 8 EX AI+ – Konsol Handheld Gergasi Berjiwa Mini-PC

August 20, 2026
Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar
Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar

August 20, 2026
“Malaysia Jadi Antara Inspirasi Utama” – Insomniac Games Buka Rahsia Tentang Dunia Marvel’s Wolverine
Temuramah

“Malaysia Jadi Antara Inspirasi Utama” – Insomniac Games Buka Rahsia Tentang Dunia Marvel’s Wolverine

August 20, 2026
Next Post
Godzilla Minus Zero Masuk Panggung Malaysia Pada 5 November, Bersama Tayangan Awal IMAX

Godzilla Minus Zero Masuk Panggung Malaysia Pada 5 November, Bersama Tayangan Awal IMAX

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar
Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar

August 20, 2026
Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir
Anime

Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir

August 19, 2026
Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+
Berita

Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+

August 15, 2026
Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi
Anime

Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi

August 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd