Ultizero Games bersama Sony Interactive Entertainment telah mengeluarkan satu demo percuma untuk judul RPG aksi akan datang, Lost Soul Aside.
Peminat kini berpeluang untuk memuat turun dan mencuba game ini di platform PlayStation 5 dan PC (melalui Steam) sebelum ia dilancarkan secara rasmi.

Demo ini memfokuskan kepada sistem combat permainan yang pantas dan penuh cabaran. Menurut keterangan rasminya, ia menawarkan satu “Ujian Tempur” yang merangkumi dua pertarungan bos yang epik.
Pertarungan ini direka khas untuk “menguji kemahiran, keberanian, dan kecekalan pemain dalam langkah pertama perjalanan seorang wira.”

Di dalam demo Lost Soul Aside, pemain akan mengawal watak utama bernama Kaser untuk berhadapan dengan dua musuh yang menggerunkan.
Cabaran pertama ialah pertarungan menentang Rose Queen, seorang pahlawan legenda dengan serangan pantas, manakala cabaran kedua pula adalah pertembungan dengan Holy Knight Commander Victor yang dibantu oleh jentera Ancient Mecha gergasi.
Untuk berjaya, pemain perlu memanfaatkan sepenuhnya “Kuasa Arena” dan kemahiran menggunakan two-handed Greatsword.
Pihak pembangun juga mengesahkan bahawa sebarang kemajuan atau save data daripada versi demo ini tidak boleh dipindahkan ke game penuh apabila ia dilancarkan nanti.

Bagi yang kurang tahu, Lost Soul Aside merupakan sebuah single-player action-adventure RPG yang dibangunkan oleh Ultizero Games, sebuah studio yang bertapak di Shanghai.
Game ini juga adalah sebahagian daripada inisiatif “China Hero Project” oleh Sony, sebuah program yang bertujuan untuk menyokong dan mengetengahkan hasil kerja daripada studio-studio pembangunan permainan video di China.
Versi penuh Lost Soul Aside bakal tiba pada 29 Ogos untuk platform PlayStation 5 dan juga PC menerusi Steam dan Epic Games Store. Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi.




![[Eksklusif] “Sejak Hari Pertama Mahukan Ia Menjadi Konsol” – Bagaimana ROG Xbox Ally Mendefiniskan Handheld Gaming!](https://cdn.gamersantai.com/2025/08/ROG-Xbox-Ally_INTERVIU_FI-75x75.jpg)




Discussion about this post