Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Game hololive Pertama Dari Malaysia, ‘Holo ADV: SakuraSingularity.exe’, Akan Dilancarkan Tahun Ini!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
August 29, 2025
in Artikel, Berita, PC, Steam, Tempatan, Visual Novel
0 0
0
Game hololive Pertama Dari Malaysia, ‘Holo ADV: SakuraSingularity.exe’, Akan Dilancarkan Tahun Ini!
Share on FacebookShare on Twitter

Agak tidak sangka, tetapi Malaysia bakal melancarkan game rasmi hololive berjudul Holo ADV: SakuraSingularity.exe. Game pengembaraan 3D ini dibangunkan oleh sebuah pasukan dari Malaysia dan menampilkan watak utama YouTuber Maya (VTuber) kegemaran ramai, Sakura Miko.

Ia dijangka akan dilancarkan di platform Steam pada tahun ini melalui label “holo Indie”, sebuah inisiatif rasmi daripada COVER Corporation.

Projek ini, yang diusahakan dalam masa sepuluh bulan oleh Lexilia Games, sebuah kumpulan pembangun indie di bawah syarikat SapphiArt Sdn Bhd, jelas menunjukkan betapa besarnya impak global hasil karya yang diilhamkan oleh peminat.

Pasukan pembangunnya, yang merangkumi dua orang pencipta tempatan, beroperasi dari pejabat mereka di Ampang, Selangor. Fakta ini disahkan sendiri oleh Victor Lee Junsei, yang merupakan Pengasas, Pengarah, dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) di SapphiArt Sdn Bhd.

Kredit: Victor Lee Junsei

Di dalam Holo ADV: SakuraSingularity.exe, pemain akan mengambil peranan sebagai Sakura Miko setelah dia bersama ahli hololive yang lain tercampak ke satu garis masa hadapan yang asing.

Gameplay amat dipacu oleh jalan cerita, memberi tumpuan kepada elemen penerokaan, penyelesaian teka-teki, dan usaha mengeratkan hubungan dengan ahli-ahli hololive yang lain.

Para pemain ditugaskan untuk menyatukan semula Miko dengan rakan-rakannya, membina ikatan melalui pilihan dialog dan penggunaan “item topik” khas, sambil merungkai segala rahsia dunia misteri itu demi mencari jalan untuk kembali ke dunia asal mereka.

Pengalaman bermain turut diserikan lagi dengan adegan lawan menentang bos epik, di mana pemain perlu berganding bahu dengan watak hololive lain untuk melepasi rintangan mencabar.

Bagi menjadikan pengalaman pemain lebih imersif, game ini turut menggunakan beberapa model 3D rasmi yang dibekalkan oleh COVER Corporation bersama anak syarikatnya, CCMC Corporation.

Aspek penceritaan diberi keutamaan tinggi, di mana setiap pilihan yang dibuat oleh pemain akan menentukan hala tuju dan pengakhiran jalan cerita.

Seperti saya kata tadi, ini adalah sebuah produk yang diluluskan secara rasmi dan diterbitkan di bawah program ‘holo Indie’ oleh COVER Corporation.

Program ini merupakan satu landasan khas untuk menyokong dan mempromosikan permainan video ciptaan peminat yang menggunakan harta intelek (IP) Hololive, sambil memastikan setiap projek yang dihasilkan selari dengan garis panduan yang ditetapkan oleh syarikat.

Walaupun halaman rasmi di platform Steam buat masa ini menyenaraikan Bahasa Jepun sebagai satu-satunya bahasa yang disokong, Victor Lee Junsei telah memberi jaminan bahawa pilihan sari kata Bahasa Inggeris akan ditambah sewaktu pelancaran rasmi kelak.

Bagi yang kurang tahu, hololive production yang dimiliki oleh COVER Corporation, merupakan salah sebuah agensi VTuber terkemuka dalam industri hiburan global.

Setakat Mei 2025, agensi ini menguruskan seramai 88 bakat yang masih aktif di bawah kumpulan wanita (Hololive) dan lelaki (HOLOSTARS), dengan cawangan yang beroperasi di Jepun, Indonesia, serta di negara-negara berbahasa Inggeris.

Tags: Holo ADV: SakuraSingularity.exehololive
ShareTweetSend
Previous Post

HoYoverse Umum Honkai: Nexus Anima – Sebuah “Game Creature-Collecting Adventure”, Juga Buka Pendaftaran Beta

Next Post

Lost Soul Aside Keluarkan Demo Mengejut Di PS5 dan PC, Kini Sedia Untuk Muat Turun!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Di China, Anda Boleh Tinggalkan Akaun Game & Aset Maya Kepada Keluarga Selepas Mati
Fakta & Trivia

Di China, Anda Boleh Tinggalkan Akaun Game & Aset Maya Kepada Keluarga Selepas Mati

July 17, 2026
GTA VI Berpotensi Kutip Sehingga $5.2 Bilion Dalam Minggu Pertama Pelancaran
Berita

GTA VI Berpotensi Kutip Sehingga $5.2 Bilion Dalam Minggu Pertama Pelancaran

July 17, 2026
Mengapa Ramai Sangat Benci Digimon UP? Promosi Acah V-Pet, Realiti Lebih Perit
Mobile

Mengapa Ramai Sangat Benci Digimon UP? Promosi Acah V-Pet, Realiti Lebih Perit

July 17, 2026
Next Post
Lost Soul Aside Keluarkan Demo Mengejut Di PS5 dan PC, Kini Sedia Untuk Muat Turun!

Lost Soul Aside Keluarkan Demo Mengejut Di PS5 dan PC, Kini Sedia Untuk Muat Turun!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd