Pemain Red Dead Online yang mempunyai langganan aktif boleh mendapatkan sejumlah wang percuma bersama dengan bonus lain-lain yang ditambahkan ke akaun mereka sepanjang bulan Jun ini. Tawaran baru tersebut adalah sebahagian daripada bonus Twitch Prime dan PlayStation Plus yang memberi pemain lebih banyak loot untuk aspek atas talian Red Dead Redemption 2. Berikut adalah rumusan keseluruhan kelebihan yang anda boleh dapat secara percuma di Red Dead Online bermula sekarang hingga bulan Jun tanpa mengira platform yang anda gunakan.
Returning a complete set of American Wildflowers to Madam Nazar will get Collectors a 50% bonus this week in Red Dead Online.
Plus select items return to the Wheeler, Rawson & Co. Catalogue, and more: https://t.co/KDqeWhIEEZ pic.twitter.com/KAN7Wiu9Sz
— Rockstar Games (@RockstarGames) May 19, 2020
Persistent Posse
Pemain Red Dead Online boleh membentuk Temporary Posses untuk menghubungkan rakan-rakan dalam satu kumpulan untuk bermain bersama, tetapi ini tidak sehebat Persistent Posse. Persistent Posse akan kekal selagi ketua parti berada dalam permainan dan menawarkan banyak bonus kepada ahli parti. Untuk mendirikan Persistent Posses, biasanya ia dikenakan bayaran, tetapi mulai sekarang hingga 8 Jun, Rockstar menghadiahkan secara percuma.
Twitch Prime
Sekiranya anda pelanggan Twitch Prime, anda dengan mudah akan menerima wang dalam permainan percuma pada bulan ini di Red Dead Online. Ganjaran terdiri daripada:
- Polished Copper Still Upgrade untuk tanah Moonshine anda
- Benefits Award untuk lima Rank bagi Moonshiner Role XP
- Collector’s Bag
- GTA $1,000,000
- Akses percuma ke Pixel Pete’s Arcade di GTA Online
- Bonus pendaftaran GTA $250,000
PlayStation Plus
PS Plus members, play Red Dead Online by June 1 to receive the free North Clingman Treasure Map and a selection of swamp, lake and river lures to help you catch the big one: https://t.co/yDWh529WQo pic.twitter.com/55ZkmSY93K
— PlayStation (@PlayStation) May 19, 2020
Bonus terakhir disediakan untuk mereka yang mempunyai langganan PlayStation Plus. Anda hanya perlu anda bermain Red Dead Online pada bila-bila masa bermula sekarang hingga 1 Jun mendapat yang berikut:
- 5 Special Lake Lure
- 5 Special Swamp Lure
- 5 Special River Lure
- Peta harta karun untuk kawasan North Clingman
@gamersantaimy
Discussion about this post