Beberapa bulan telah lalu sejak Alan Walker bekerjasama dengan PUBG Mobile untuk single terbarunya, On My Way. Sempena ulang tahun pertama PUBG Mobile, #TeamUP telah melancarkan limited time event untuk lagu kolaborasi Alan Walker yang terbaru.
Event ini akan mempunyai lagu terbaru Alan Walker, Live Fast, dalam permainan. Korang boleh unlock lagu ini dengan menyertai event tersebut. Event ini akan dibahagikan kepada 3 bahagian yang terdiri daripada misi-misi khas di dalamnya. Pemain akan diberi ganjaran selepas setiap misi, dan akan buka cerita baru dan memulakan bab seterusnya. Jika korang melihat cutscene dengan teliti, ada kemungkinan korang akan menangi ganjaran tambahan. Event ini akan bermula pada 21 Julai hingga 30 Julai.
Available in the Limited Time Events, #TeamUP Live Fast lets you unlock and listen to @IAmAlanWalker's new song in game while earning rewards. Complete these missions now before the event ends! pic.twitter.com/2qAXJTzy3t
— PUBG MOBILE (@PUBGMOBILE) July 24, 2019
Untuk PUBG Mobile Club Open (PMCO) Grand Finals 2019 pada 26 Julai, Alan Walker akan tampil secara live dengan single terbarunya. Grand Final PMCO 2019 akan diadakan di Pusat Kongres Estrel di Berlin dan Alan Walker sendiri akan bermain dengan pemain PUBG Mobile terbaik atas sebagai sebahagian daripada kempen TeamUP. Untuk maklumat lanjut mengenai kempen TeamUP, korang boleh pergi ke laman web rasmi PUBG Mobile.
#LiveFast 25.07. Who’s ready? @PUBGMOBILE pic.twitter.com/qO7nP1MgaC
— Alan Walker (@IAmAlanWalker) July 23, 2019
Sumber – Gamerbraves
@gamersantaimy
Discussion about this post