Stealth game terbaik pasti memerlukan pemain untuk menggunakan teknik persembunyian, kebijaksanaan, dan strategi untuk memenuhi objektif. Selain itu, ia menggalakan pengunaan serangan daripada belakang dan taktik sulit bersama gandingan alat-alat rahsia. Keputusanya? Sebuah gameplay menyeronokkan dan memuaskan yang sentiasa ditemani perasaaan berdebar-debar.
Ini adalah antara “Stealh” game terkenal buat masa ini pada tahun 2019, serta pilihan untuk bermain game ini boleh didapati pada setiap peranti gaming di pasaran.
Dishonored 2
- Platform: PC, PS4, Xbox One
- Genre: Action-Adventure, Stealth
- Developer: Arkane Studios
- Release: 2016
Bersenjatakan Shortsword dan kelengkapan kecil taktikal, pemain boleh memilih untuk bermain sebagai Empress Emily Kaldwin atau Royal Protector, Corvo Attano untuk melakukan misi-misi bahaya. Objektif mereka? Untuk mengambil semua taktha di kerajaan Karnaca dan memulihkan keseimbangan kepada dunia. Dengan bantuan kebolehan supernatural mereka, alami jalan cerita hebat ini dan bunuh setiap musuh yang menghalang jalan kamu. Dishonored 2 dengan sempurna menyeimbangkan gameplay aksi dan stealth untuk sebuah pengalaman gaming yang imersif.
Hitman 2
- Platform: PC, PS4, Xbox One
- Genre: Stealth
- Developer: IO Interactive
- Release: 2018
Siri Hitman sangat terkenal untuk stealth mekaniknya yang inovatif, dan Hitman 2 memang tidak terkecuali. Berdiri di kasut Agent 47 dan memulakan satu misi untuk mencari Shadow Client yang tersembunyi. Kamu harus menyelesaikan misi-misi pengintipan di sekitar dunia, dan cari di setiap pelusuk dunia jika mahu sebarang peluang untuk menangkap beliau. Hitman mempunyai pelbagai gajet, dan senjata baru, serta mode co-op untuk bantu pemain di dalam perjalanan.
Metal Gear Solid V
- Platform: PC, PS4, Xbox One
- Genre: Action-Adventure, Stealth
- Developer: Kojima Productions
- Release: 2015
Metal Gear Solid V ialah judul ke-6 di dalam francais, dan judul ini telah menaikkan nama siri MGS ke tahap yang lebih tinggi. Game ini berlangsung semasa Cold War dan berlaku di Timur Tengah pada tahun 1984. Pemain akan menjadi Venom, ketua kepada sekumpulan askar upahan yang ingin mencari persekutuan militari pihak lawan. Dilengkapi bersama latihan pengintipan yang ekstensif dan skill set taktikal yang pelbagai, pemain harus jelajah persekitaran open-world dan menyelesaikan misi-misi mengikut rentak pemain.
A Plague Tale: Innocence
- Platform: PC, PS4, Xbox One
- Genre: Action-Adventure, Stealth
- Developer: Asobo Studio
- Release: 2019
A Plague Tale berlangsung pada abad pertengahan Eropah semasa waktu Black Plague. Pemain akan mengawal Amicia ketika beliau dan adik lelakinya menjelajah benua yang dipenuhi dengan penyakit dan kotoran ini. Game ini memberi fokus kepada puzzle, taktik, dan menyelinap, serta pemain memerlukan rancangan besar strategik untuk melepasi Black Death dengan selamat.
Assassin’s Creed Odyssey
- Platform: PC, PS4, Xbox One, Switch
- Genre: Action, RPG, Stealth
- Developer: Ubisoft
- Release: 2018
Assassin’s Creed Odyssey ialah tambah terbaru kepada francais super popular ini. Game ini mengandungi map open world yang menakjubkan dan sebuah jalan cerita menarik dan sangat imersif serta stealh mekanik yang kemas. Berlaku pada 432 BC semasa peperangan Peloponnesian, pemain menjadi seorang pembunuh upahan yang hadir di peperangan tersebut untuk mengubah takdir. Pilih siapa untuk sokong, dan mengambil kontrak untuk menyusup masuk ke pihak musuh dan bantu golongan kamu. Assassin’s Creed Odyssey mempunyai gameplay yang seronok, skill tree system yang kreatif, dan cara pembunuhan yang pelbagai.
@gamersantaimy
Discussion about this post