Beberapa hari lepas, Garena telah melancarkan permainan video baru yang pasti ramai peminat teruja. Permainan video tersebut ialah Call of Duty Mobile atau singkatannya CoD Mobile. Ramai yang tidak sabar kerana Cod Mobile mempunyai gameplay yang jauh berbeza berbanding dengan permainan FPS mobile lain dan mempunyai visual serta grafik yang kaw-kaw padu. Pasti ramai gamers yang CoD Mobile dapat tarik kan? Tidak kira mereka yang mahir atau mereka yang baru hendak menyelam ke dunia FPS. Di sini, saya memperkenalkan lima senjata terbaik yang boleh digunakan oleh newbie. Senjata apa? Mari lihat senarai di bawah.
M4
M4 adalah senjata asas yang kamu gunakan semasa awal permainan. Walaupun ia adalah senjata asas, M4 sangat bagus kerana mempunyai ketepatan yang tinggi. Ini membolehkan pemain untuk mengendalikan atau menggunakan senjata ini dengan lebih mudah. Apabila mencapai tahap maksimum, M4 boleh menggunakan attachment tambahan yang akan membuat senjata ini lebih kuat seperti foregrip untuk meningkatkan ketepatan, extended mag untuk kapasiti peluru, dan FMJ yang meningkatkan nilai damage dan membolehkan peluru menembusi beberapa lapisan. Kelemahan M4 adalah nilai damage-nya yang rendah tetapi ini boleh digantikan dengan kadar kelajuan menembak yang tinggi.
AKS-74U
Senjata seterusnya adalah senjata yang kamu akan dapat secara percuma selepas akaun CoD Mobile kamu mencapai sebuah tahap tertentu. AKS-74U pula adalah senjata yang berbeza dengan M4 kerana senjata ini mempunyai nilai damage yang tinggi tetapi mempunyai ketepatan yang rendah serta jarak tembakan yang pendek. Ini bagus untuk newbie saya sarankan kerana kamu boleh berlatih untuk kepantasan aiming kamu kerana AKS-74U mempunyai recoil yang tinggi. Selepas sudah mahir dan tangkas, pasti kamu boleh aim dengan lebih mudah selepas itu.
HG 40
Untuk pemain yang ingin senjata yang lebih mudah dan tidak ingin bersusah-payah, kamu boleh menggunakan HG 40. HG 40 adalah salah satu senjata yang paling stabil di CoD Mobile serta mempunyai nilai damage dan ketepatan yang tinggi. Sudah tentu, setiap senjata pasti ada kelemahannya. Kelemahan HG 40 adalah fire rate-nya yang rendah. Kerana fire rate yang rendah ini, sukar untuk kamu bertarung pihak lawan dalam jarak dekat kerana senjata tersebut mempunyai kadar yang lebih rendah untuk menembak peluru.
MSMC
Seterusnya adalah senjata yang sangat mirip dengan Micro Uzi iaitu MSMC. Senjata ini bagus untuk newbie kerana ia mempunyai nilai damage yang tinggi, ketepatan yang seimbang – tidak terlalu rendah, dan fire rate yang tinggi. Satu-satunya kelemahan senjata ini adalah MSMC mempunyai jarak tembakan yang rendah. Ini bermaksud MSMC hanya berkesan pada jarak dekat dan pemain haruslah BANZAII! Ini juga mengajar newbie untuk berposisi dengan lebih bagus serta menembak musuh dengan pantas.
M16
Ini adalah senjata yang sering boleh dijumpai dalam hampir setiap permainan shooter dan merupakan senjata yang paling kuat, stabil, dan selesa dalam setiap game tersebut termasuk CoD Mobile. Senjata ini mempunyai statistik seimbang, walaupun fire rate-nya agak rendah tetapi apabila attachment-nya ditambah, nilai statistik damage, ketepatan, dan jarak menembak M16 akan meningkat berlipat ganda. Apabila senjata ini mencapai tahap maksimum, M16 ialah sebuah senjata yang agak menakutkan kerana mempunyai statistik yang tidak boleh dipercayai.
@gamersantaimy
Discussion about this post