Sempena sambutan One Piece Day hari ini, Netflix mengeluarkan trailer baru untuk siri live-action One Piece, disertakan dengan imej baharu dan surat yang ditulis sendiri oleh pencipta, Eiichiro Oda.
Menampilkan adegan baru yang tidak pernah ditonton sebelum ini, anda boleh menonton trailer di bawah:
Bakal ditayangkan pada 31 Ogos, Netflix One Piece mempunyai total 8 episod untuk Season 1 dan akan mengadaptasikan East Blue Saga daripada anime/manga.
Sinopsis untuk peminat baru:

Protagonis One Piece, Monkey D. Luffy, memulakan perjalanannya sebagai lanun di East Blue. Semasa kecil, dia makan Devil Fruit (buah ajaib) bernama Gum-Gum Fruit (Gomu Gomu no Mi), yang memberikan kebolehan getah kepada badannya seperti memanjangkan atau membesarkan mana-mana bahagian badan sesuka hati. Diilhamkan oleh Red Hair Shanks, Luffy bertekad untuk menjadi “Pirate King” dan ingin mencari harta karun rahsia One Piece yang disorok oleh lanun legenda Gol D. Roger.

Walau bagaimanapun, One Piece dikatakan tersembunyi di lokasi rahsia di seberang Grand Line yang penuh dengan makhluk dan cabaran berbahaya. Luffy bermula seorang diri, tetapi lama-lama mengumpul rakan-rakan dengan impian sendiri, yang menjadi kawan seumur hidupnya selepas dia membantu mereka.

Seperti yang anda dapat melihat dalam trailer Netflix One Piece di atas, kami akan bertemu beberapa watak ikonik dalam Season 1, termasuk Roronoa Zoro, pakar kepada gaya tiga pedang; Nami, bakal navigator untuk krew yang pernah menjadi pencuri; Usopp, seorang sniper yang sedang belajar untuk menjadi berani; dan Sanji, bakal chef untuk yang suka mengorat setiap wanita.

Pertama kali dilihat dalam trailer Netflix One Piece di atas ialah Arlong lakonan McKinley Belcher III, salah satu penjahat utama dalam kisah One Piece. Arlong adalah seorang Fishman kejam dan juga merupakan ketua kepada Arlong Pirates dan pemerintah Arlong Park. Mempunyai kaitan dengan Nami, pertarungan Arlong dan Luffy adalah salah satu pertarungan terbesar semasa awal cerita One Piece di mana kita belajar tentang kehandalan Luffy sambil melihat Nami menyertai krew.

Dibintangi oleh Inaki Godoy sebagai Monkey D. Luffy, Mackenyu sebagai Roronoa Zoro, Emily Rudd sebagai Nami, Jacob Romero sebagai Usopp, dan Taz Skylar sebagai Sanji, siri live-action One Piece dicipta dengan kerjasama Shueisha dan diterbitkan oleh Tomorrow Studios dan Netflix. Matt Owens dan Steven Maeda ialah penulis, penerbit eksekutif, dan pengarah. Eiichiro Oda, Marty Adelstein, dan Becky Clements juga terlibat sebagai penerbit eksekutif.
Eiichiro Oda, pencipta manga One Piece, turut berkongsi pendapatnya tentang adaptasi live-action, produksi, perubahan daripada manga, dan pelakon serta kru. Menurutnya:
“Tiada kompromi pada rancangan ini! Terdapat banyak perkara yang dilalui—semua usaha oleh pelakon, pembinaan dunia dan pakaian, mempersembahkan sesuatu dengan cara yang hanya boleh dilakukan dalam aksi langsung, dialog—dan keseluruhan proses di mana ramai orang bekerjasama adalah satu perayaan dengan sendirinya”.
“Produser dan kru adalah pakar dalam live-action, dan terus terang, mereka juga peminat tegar ONE PIECE. Sekarang, saya sangat menyayangi pasukan produksi dan pelakon sehingga saya tidak sabar untuk mereka mendapat pujian yang sepatutnya daripada semua orang di seluruh dunia”.
Malah, beberapa adegan terpaksa diubah semula kerana pencipta Eiichiro Oda tidak berpuas hati! Jadi, bagi mereka yang risau tentang kualiti live action ini, saya harap semua boleh bertenang kerana penciptanya pun beri lampu hijau.
Sekali lagi saya ingatkan, siri live-action One Piece akan ditayangkan pada 31 Ogos hanya di Netflix. Anda boleh melayari laman web rasmi untuk letak Reminder bagi siri ini.
Untuk baca segala liputan kami tentang Netflix One Piece, sila tekan pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post