Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Level Up KL 2022 menuju ke arah “gaming hub” serantau!

safwan by safwan
October 6, 2022
in Acara, Artikel, Berita, Industri, Pameran/Expo, Tempatan
0 0
0
Level Up KL 2022 menuju ke arah “gaming hub” serantau!
Share on FacebookShare on Twitter

Bermulanya 4 Oktober, LEVEL UP KL 2022 telah pun bermula. Ia merupakan acara persidangan developer game Asia Tenggara ini bertujuan untuk memperkasa industri game Malaysia ke arah menjadi “gaming hub” serantau. Acara tahunan ini dianjurkan oleh Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC).

Dengan kembalinya format fizikal, mereka telah menjemput seramai 80 orang ceramah, lebih 100 peserta pameran dari seluruh dunia dan 1,500 peserta telah menyertai acara tahunan ini.

Dalam acara Level Up KL 2022, MDEC bersedia untuk membuat beberapa pengumuman penting berikutan dengan tujuan utama mereka seperti:

  1. MDEC akan menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Nine66, sebuah syarikat game yang berpangkalan di Arab Saudi, untuk meneroka dan mempromosikan kerjasama dalam development game antara Malaysia dan Arab Saudi. Ini termasuk menyediakan peluang latihan industri ke luar negara meningkatkan kemahiran mereka.
  2. MDEC akan menandatangani MoU dengan studio permainan tempatan, Magnus Games Studio untuk mempromosikan inisiatif dan projek Mataverse. MDEC juga akan bekerjasama dengan Magnus Games Studio pada Malaysia Digital Content Festival 2022 (MYDCF) yang akan datang, di mana Magnus Games akan menyokong pemasaran dan promosi MYDCF pada platform metaverse mereka.
  3. MDEC juga akan menandatangani MoU dengan SEA Gamer Mall (SEAGM) untuk melancarkan Malaysia Game Fest (MGF). Dipandu oleh MDEC, MGF bertujuan untuk mempromosikan produk game tempatan dan meningkatkan komersialisasi IP dengan memanfaatkan rakan kongsi platform Asia Tenggaranya. Kempen tiga bulan itu akan bermula pada Oktober dan berakhir pada Disember 2022.

Dengan peredaran zaman yang berubah ke arah teknologi moden, industri game telah menjadi salah satu industri paling pesat berkembang di Malaysia. Menurut PWC Global Entertainment & Media Outlook 2019-2023, pasaran game menjana pendapatan sebanyak AS$214.2 bilion pada 2021 dengan ramalan kadar pertumbuhan tahunan kompaun (CAGR) sebanyak 8.4 peratus dan mencecah AS$321.1 bilion menjelang 2026.

Untuk terus menyokong kedudukan Malaysia sebagai hub serantau, Level Up KL 2022 dapat mewujudkan ekosistem kandungan digital yang berdaya saing di peringkat global. Dengan usaha ini, kerajaan dapat memangkin industri game dengan menyokong ekosistem kepada developer dan penerbit game.

Dalam masa yang sama, dapat mendedahkan dan mewujudkan kesedaran tentang game baharu dengan menyediakan platform untuk komuniti.

Level Up KL 2022 telah bermula dari 4 Oktober dan akan tamat pada 7 Oktober 2022. Acara ini telah dianjurkan oleh MDEC di Connexion Conference & Event Centre (CCEC), Bangsar South, Kuala Lumpur. Untuk mendapatkan lebih banyak berita menarik mengenai Level Up KL 2022, sila klik sini.

Tags: Level Up KL 2022
Previous Post

[Review] Smile – Berpunca dengan hanya senyum, orang lain yang sengsara

Next Post

Harga Item Genshin Impact Untuk iOS Meningkat, Pemain Mula Mencari Alternatif Lain!

safwan

safwan

Peminat game dari kecik, tapi ilmu tak cukup. Sekarang masih penuhkan ilmu game di dada dan cuba menulis tentang game kegemaran. Game yang selalu main adalah Valorant dan mana-mana game action adventure.

Related Posts

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!
Temuramah

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!

June 4, 2026
Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!
Preview

Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!

June 4, 2026
The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Next Post
Harga Item Genshin Impact Untuk iOS Meningkat, Pemain Mula Mencari Alternatif Lain!

Harga Item Genshin Impact Untuk iOS Meningkat, Pemain Mula Mencari Alternatif Lain!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd