Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

LEVEL UP KL 2020 mendorong bakat muda SEA ke peringkat global! Akan datang 10 Oktober ini!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
October 1, 2020
in Artikel, Berita, Livestream, Pameran/Expo
0 0
0
LEVEL UP KL 2020 mendorong bakat muda SEA ke peringkat global! Akan datang 10 Oktober ini!
Share on FacebookShare on Twitter

Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) telah mengumumkan kepulangan LEVEL UP KL buat kali ke-6 yang bakal bermula pada 10 Oktober hingga 22 November 2020. Pada tahun ini, acara serantau akan dijalankan secara maya dan diharapkan dapat menarik lebih daripada 50,000 pemain, pemaju, pengedar dan pelawat dari 30 negara.

Acara ini mempunyai jadual yang sangat padat, yang menampilkan aktiviti perniagaan dalam industri permainan video dan orang ramai. Pertama sekali adalah Southeast Asia (SEA) Game Jam Online, yang menampilkan 100 pemaju permainan dari seluruh rantau Asia Tenggara. Ia masih akan menjadi marathon selama 36 jam, di mana para peserta berpeluang memenangi hadiah wang tunai RM6,000.

https://www.facebook.com/lvlupkualalumpur/posts/3457221097674718

Selepas itu adalah salah satu acara utama untuk LEVEL UP KL 2020 iaitu Business Connection. Kini secara virtual, platform perjumpaan dalam talian ini akan menyediakan persekitaran perbincangan dan rangkaian yang lebih mendalam dan interaktif kerana menghubungkan pakar industri terkemuka, studio permainan Asia Tenggara dan pemaju permainan video yang bercita-cita tinggi.

Ekstravaganza ini kemudian dilanjutkan dengan Industry Conference, yang menampilkan sebilangan besar pemain dalam ekosistem. Ini termasuk seperti Nintendo, Sony Interactive Entertainment, Microsoft dan Unity, yang semuanya akan bercakap mengenai pembangunan, teknologi dan pengkomersialan permainan video. Sebuah lagi acara yang berlangsung serentak adalah Business Expo, acara perdagangan industri permainan dalam talian untuk studio permainan video tempatan dan serantau untuk mempromosikan produk dan perkhidmatan mereka. Terdapat juga bengkel masterclass dan Virtual Career Fair bagi mereka yang berminat untuk menyertai industri ini.

https://www.facebook.com/lvlupkualalumpur/posts/3393891987340963

Acara ini tidak akan lengkap tanpa SEA Game Showcase, satu lagi acara utama yang akan berlangsung dari 19 Oktober hingga 15 November 2020, yang menampilkan promosi eksklusif, demo permainan video dan tawaran istimewa untuk permainan video terbaik yang dihasilkan di rantau SEA. Kemudian, ia akan berakhir di SEA Game Awards, satu lagi acara yang sangat dinanti-nantikan yang mengiktiraf permainan video terbaik dan terkini yang dikembangkan di Asia Tenggara. Terdapat juga webinar e-sukan dan beberapa kejohanan e-sukan yang menawarkan peluang kepada pemain profesional yang berpengalaman untuk mendapatkan kumpulan hadia bernilai RM120,000.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai LEVEL UP KL 2020 dan mendaftar untuk acaranya, sila lawat pautan mereka di sini!

Tags: level up klMalaysiaMalaysia Digital Economy CorporationMDECSEA Game AwardsSEA Game Jam Online
Previous Post

Beta tertutup Ragnarok: Battle Academy (ROBA) akan datang bila-bila masa lagi!

Next Post

Penantian telah berakhir! Crash Bandicoot 4: It’s About Time kini hadir!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

MSI Prestige N16 Flip AI+ Bawa Kuasa AI 1 Petaflop Melalui Cip RTX Spark!
Teknologi

MSI Prestige N16 Flip AI+ Bawa Kuasa AI 1 Petaflop Melalui Cip RTX Spark!

June 3, 2026
Claw 8 EX AI+ & Titan 18 HX Dragon Edition Memimpin Barisan Produk Terbaru MSI Di COMPUTEX 2026!
Teknologi

Claw 8 EX AI+ & Titan 18 HX Dragon Edition Memimpin Barisan Produk Terbaru MSI Di COMPUTEX 2026!

June 3, 2026
Apple Umum Pemenang Apple Design Awards 2026 – Senarai Penuh Game & Aplikasi!
Anugerah

Apple Umum Pemenang Apple Design Awards 2026 – Senarai Penuh Game & Aplikasi!

June 3, 2026
Next Post
Penantian telah berakhir! Crash Bandicoot 4: It’s About Time kini hadir!

Penantian telah berakhir! Crash Bandicoot 4: It's About Time kini hadir!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd