Pada 25 September 2018 di Kuala Lumpur Tamago, salah satu application streamer untuk e-sukan terkemuka di Asia Tenggara, memberi peluang kepada peminat ‘Mobile Legends Bang Bang’ (MLBB) di Malaysia untuk memenangi sebahagian daripada RM 370,000.00 yang ditawarkan dalam pertandingan ‘Tamago 100 Legends’. Tournament tu yang akan bermula pada 1 – 31 October 2018.
pemain MLBB ada peluang memenangi hadiah utama tersebut dengan caranya, yang pertama menduduki tempat 100 terbaik dan kedua menyiarkan permainan mereka di Tamago.
Untuk join tournament ni, pemain harus:
- Mendaftar di tamago.live/events/100legends
- Menambah “Tamago” pada nama hadapan mereka di dalam permainan Mobile Legends
- Meraih peringkat setinggi mungkin dalam permainan dan carta pemarkahan Mobile Legends
- Menyiarkan permainan mereka di Tamago sekurang-kurangnya dua jam sehari (atau 60 jam sepanjang tempoh pertandingan)
- Membawa pulang hadiah wang tunai berdasarkan kedudukan masing-masing di antara pemain lain yang mempunyai “Tamago” pada nama mereka di akhir tempoh pertandingan.
Pemain yang berjaya mematuhi syarat-syarat pertandingan ini akan membawa pulang RM 41,400.00 (US$10,000) untuk tempat pertama, RM 20,700.00 (US$5,000) untuk tempat kedua, RM 12,400.00 (US$3,000) untuk Tempat keempat hingga ke-50, RM4,140.00 (US$1,000) dan seterusnya Tempat ke-51 hingga ke-100 ada hadiahnya iaitu RM2,070.00 (US$500). Para pemain Malaysia akan bertarung dengan pemain-pemain dari seluruh Asia Tenggara untuk merebut kedudukan tertinggi dalam MLBB. Negara yang terlibat korang kata? Ada Malaysia, Vietnam, Singapura dan Indonesia.
Untuk maklumat lebih lnajut, korang boleh pergi ke Website Tamago untuk update tentang tournament tu, Jadi korang tunggu apa lagi? Join la dan banggakan nama Malaysia! Tunjukkan yang kita boleh!
@gamersantaimy
Discussion about this post