Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

“Lebih rela 500 ping daripada main SEA server” – Kata pakar analisis Dota SVG

Razin Syafiq by Razin Syafiq
July 18, 2022
in Artikel, Berita, Esports, MOBA, PC, Steam
0 0
0
“Lebih rela 500 ping daripada main SEA server” – Kata pakar analisis Dota SVG
Share on FacebookShare on Twitter

Bekas pemain profesional Dota 2, SVG, telah meluahkan perasaan bahawa dia tidak suka SEA server (Asia Tenggara) dan mendakwa dia lebih rela bermain dengan “500 ping”.

Sumber

Sebagai bekas pemain profesional dan kini seorang penganalisis Dota 2, SVG dipuji kerana ramalan dan analisisnya yang tepat di beberapa kejohanan e-sukan. Secara lebih khusus lagi, dia menerima banyak pujian daripada ESL One Stockholm 2022 daripada peminat dan profesional.

Walau bagaimanapun, SVG telah meluahkan beberapa komen berbaur kontroversi tentang SEA server yang secara tidak langsung telah membangkitkan sedikit aduan daripada peminat dari rantau Asia Tenggara.

Dalam sebuah livestream, dia baru-baru ini member pendapat tentang SEA server Dota 2 selepas membaca salah satu komen daripada penonton. Berikut adalah penterjemahannya:

I would rather play pubs on any server on 500 ping than play SEA pubs”.

“Saya lebih suka bermain pub (public) di mana-mana server 500 ping daripada bermain pub SEA”.

“And I would say that until I die. I never encounter a region with such unenjoyable pubs as SEA.”

“Dan saya akan katakan itu sehingga mati. Saya tidak pernah menemui rantau yang mempunyai pub tidak menyeronokkan seperti SEA.”

Walau bagaimanapun, SVG cuba untuk menghuraikan lebih lanjut mengenai komen beliau mengenai server Asia Tenggara.

“Saya tidak kata bahawa pub SEA adalah kualiti paling rendah. Secara peribadi, saya tidak begitu sukakan mereka. Ada perbezaan dalam kenyataan tersebut. Bagi saya, mereka (rantau SEA) adalah pub yang paling teruk.”

SVG pada tahun 2016

Tentang latar belakangnya, SVG ialah pemain “support” yang mula bermain dalam pasukan Amerika Utara seperti Dark Horse, Cloud 9 dan Shazam, dan dianggap sebagai salah satu support terbaik di Amerika Utara. Dia kemudian menjadi jurulatih untuk Evil Geniuses pada Mei 2016, lalu membantu mereka mencapai tempat ketiga di The International 2016. Akhir sekali, SVG membuat keputusan untuk bersara daripada permainan kompetitif pada Mac 2019.

Itu hanyalah pendapat daripada seorang individu tetapi apa pendapat korang? Memandangkan The International 11 akan diadakan di Singapura tidak lama lagi, mungkin semangat pemain Asia Tenggara lebih berkobar-kobar selepas mendengar komen seperti itu.

Untuk membaca segala liputan kami tentang Dota 2, sila tekan pautan ini.

Muat turun di sini
Dota 2
Developer: Valve
Release Date: 2013-07-09
Microsoft Windows
Dota 2 adalah permainan multiplayer online battle arena yang dikembangkan dan diterbitkan oleh Valve. Permainan ini adalah sekuel kepada Defence of the Ancients, yang merupakan mod buatan masyarakat untuk Warcraft III: Reign of Chaos dan expansion pack, The Frozen Throne, daripada Blizzard Entertainment.
Tags: Dota 2SEA serverSVG
Previous Post

Siri live action Yu Yu Hakusho dedahkan sinopsis dan barisan pelakon utama! [UPDATE]

Next Post

Soulframe – Game MMORPG free-to-play baru diumumkan oleh pencipta Warframe

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!
Temuramah

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!

June 4, 2026
Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!
Preview

Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!

June 4, 2026
The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Next Post
Soulframe – Game MMORPG free-to-play baru diumumkan oleh pencipta Warframe

Soulframe - Game MMORPG free-to-play baru diumumkan oleh pencipta Warframe

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd