Sekarang ini memang tengah hangat lah dengan kemaskini terbaru 0.19.0 PUBG Mobile yang terbaru akan datang 7 Julai 2020 ini termasuk dengan peta baru bernama LIVIK, kereta 4WD baru serta Mod Classic Unranked baru. Tetapi, anda perasan tak 3 hari lalu, PUBG Mobile ada kongsikan teaser terbaru mereka berkolaborasi dengan YAMAHA? Ya, YAMAHA, syarikat perkilangan motorsikal yang popular dari Jepun tu~
Dalam teaser pendek yang dikongsikan PUBG Mobile, hanya menampilkan sekilas pandangan motor yang berkemungkinan akan menjadi salah satu skin baru atau kenderaan baru untuk ditunggang dalam permainan. Dan ramai yang telah menyatakan bahawa motor tersebut adalah YAMAHA MWT-9 terbaru jika dilihat mengikut ukirannya didalam teaser tersebut. YAMAHA MWT-9 adalah motor bertayar tiga dan dilancarkan sejak 2018 serta dijual secara global.
Skin dalam permainan kemungkinan besar akan kelihatan serupa dengan gambar di bawah:
Bukan itu sahaja, melalui kebocoran maklumat ini, terdapat satu lagi skin YAMAHA dalam kolaborasi ini. Motor tersebut adalah YAMAHA T7 Concept! Dicipta menggunakan DNA keturunan racer yang telah menjadikan Yamaha salah satu nama yang paling berjaya di dunia Rally, Yamaha T7 Concept berfungsi sepenuhnya sebagai scrambler yang gempak!
Walaupun buat masa ini PUBG Mobile masih belum menyatakan lagi produk sebenar apa yang akan hadir dalam permainan oleh YAMAHA ini, mungkin ianya akan diberitahu dalam masa yang terdekat walaupun ianya maklumatnya sudahpun bocor. Kedua motor YAMAHA MWT-9 dan T7 kemungkinan akan menjadi skin pada motor yang tersedia didalam permainan ini. Tetapi jika kenderaan baru, mesti lebih seronok kerana keduanya berkelajuan tinggi!
Jadi apa pendapat anda dengan kedua motor YAMAHA yang akan datang ke PUBG Mobile ini? Adakah ianya adalah kenderaan baru atau skin? Adakah ianya akan menjadi skin tetap, atau percuma, atau ada misi untuk mendapatkannya? Nantikan pengumuman rasmi dari PUBG Mobile akan datang ok!
Sumber: LuckyMan; Sprtskeeda
@gamersantaimy
Discussion about this post