Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Producer Re:Zero menjelaskan mengapa anime ISEKAI sangat popular!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
July 3, 2020
in Animasi, Anime, Artikel, Berita, Fakta & Trivia
0 0
0
Producer Re:Zero menjelaskan mengapa anime ISEKAI sangat popular!
Share on FacebookShare on Twitter

Jika saya ingin kata tentang anime, ada beberapa genre yang popular dan satu yang peminat pasti tahu ialah isekai. Genre terkenal ini telah menghasilkan banyak anime popular seperti Sword Art Online, Overlord, Log Horizon, dan lain-lain. Sudah tentu, kita juga harus memberi penghormatan kepada Re:Zero − Starting Life in Another World yang merupakan anime isekai paling dinanti-nantikan buat tahun 2020. Di sini, salah satu producer-nya menjelaskan mengapa ramai sangat orang minat genre isekai.

Mesej itu datang daripada Sho Tanaka, salah satu producer di Re: Zero. Semasa topik musim kedua anime, Tanaka berbincang dengan Crunchyroll tentang kerja mereka di anime, dan mula menjelaskan populariti keseluruhan untuk genre isekai.

“Saya rasa ia kerana protagonis mudah untuk faham. Dalam cerita fantasi standard, hidup di dunia lain sudah menjadi” kehidupan seharian” untuk seseorang protagonis, tetapi dalam cerita isekai, protagonis dilemparkan ke dunia baru dari Jepun moden, dan dunia itu sangat pelik bagi mereka, ” -Sho Tanaka.

Amat mudah untuk saya setuju dengan jawapan Tanaka. Kisah isekai memanfaatkan fakta di atas dan memudahkan penonton untuk faham watak utama. Lagipun, ia adalah satu impian untuk kita larikan diri daripada kehidupan seharian untuk mengembara di dunia fantasi, dan di situlah kelebihan genre isekai.

“Walaupun cerita fantasi menggambarkan dunia yang luar biasa untuk kita, protagonis masih menganggap dunia itu biasa, jadi kita yang tidak tinggal di dunia tersebut tidak begitu faham. Tetapi bagi protagonis yang mempunyai latar belakang dari Jepun moden, ia membolehkan kita untuk bersimpati dan faham apa yang mereka fikir dan rasa. Ini memudahkan penonton untuk mendalami jalan cerita. Ini yang paling bagus tentang genre isekai, dan saya rasa itulah sebab utama ia berkembang begitu popular sebagai genre yang menawarkan kenikmatan segera.”

Seperti biasa, trend akan datang dan pergo di industri, tetapi saya yakin peminat anime akan setia dengan genre isekai. Sebab itu Re: Zero sangat berjaya sehingga ramai orang menantikan musim kedua. Setelah ditangguhkan pada awal tahun ini, musim kedua akan Re: Zero membuat debut pada bulan ini.

https://www.youtube.com/watch?v=V4ND4gi-CR4

Adakah anda bersetuju dengan kata-kata di atas? Adakah Isekai genre kegemaran anda? Kongsikan pendapat anda di ruang komen.

Tags: animeISEKAIRe:Zero − Starting Life in Another WorldSho Tanaka
Previous Post

Leak motor MWT-9 yang merupakan motor dalam teaser PUBG Mobile x YAMAHA!

Next Post

Alatreon membawa unsur ribut ke Monster Hunter World: Iceborne 9 Julai ini!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

ASUS Kenalkan PC AI ProArt Baru Dengan NVIDIA RTX Spark, Bakal Tiba Di Malaysia Pada Q3 2026!
Teknologi

ASUS Kenalkan PC AI ProArt Baru Dengan NVIDIA RTX Spark, Bakal Tiba Di Malaysia Pada Q3 2026!

June 4, 2026
Pokémon Champions Akan Tiba Di Mobile Pada 17 Jun, Pra-Pendaftaran Kini Dibuka!
Mobile

Pokémon Champions Akan Tiba Di Mobile Pada 17 Jun, Pra-Pendaftaran Kini Dibuka!

June 4, 2026
MSI Prestige N16 Flip AI+ Bawa Kuasa AI 1 Petaflop Melalui Cip RTX Spark!
Teknologi

MSI Prestige N16 Flip AI+ Bawa Kuasa AI 1 Petaflop Melalui Cip RTX Spark!

June 3, 2026
Next Post
Alatreon membawa unsur ribut ke Monster Hunter World: Iceborne 9 Julai ini!

Alatreon membawa unsur ribut ke Monster Hunter World: Iceborne 9 Julai ini!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd