Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

“Layan dengan sopan & hormat” – Pasukan God of War Ragnarok diganggu seksual oleh peminat yang ingin tahu tarikh keluar

Razin Syafiq by Razin Syafiq
July 1, 2022
in Action, Adventure, Artikel, Berita, Industri, Open World, PS4, PS5
0 0
0
“Layan dengan sopan & hormat” – Pasukan God of War Ragnarok diganggu seksual oleh peminat yang ingin tahu tarikh keluar
Share on FacebookShare on Twitter

Pengarah kreatif Sony Santa Monica, Cory Barlog, telah meluahkan di Twitter dan merayu kepada komuniti gamer untuk mula melayan developer game secara lebih sopan dan hormat selepas pasukan God of War Ragnarok menerima gangguan secara seksual oleh peminat yang ingin tahu tarikh pelepasan rasmi.

Kisahnya bermula begini:

God of War Ragnarok adalah salah satu game yang paling dinanti-nantikan pada tahun 2022 tetapi malangnya, tidak banyak maklumat yang didedahkan sejak tayangan trailer pada September 2021. Perkara ini menyebabkan beberapa peminat menjadi agak “gila” dan kecelaruan.

Memandangkan God of War Ragnarok tidak ada dalam acara PlayStation State of Play terbaru, ramai “insider” atau orang pakar industri membuat spekulasi bahawa Sony akan mengumumkan tarikh keluaran God of War Ragnarok pada 30 Jun. Malangnya, ini pun tidak berlaku.

Disebabkan oleh itu, beberapa ahli pasukan God of War Ragnarok dilaporkan telah diganggu secara seksual dan dimaki oleh peminat secara dalam talian.

Seorang developer wanita menulis tweet bahawa beberapa orang telah menghantar gambar eksplisit yang tidak senonoh dan meminta tarikh keluaran rasmi untuk game. Cory Barlog nampak tweet ini dan membalas:

Are you fucking kidding me with this now???

I cannot believe I even have to say this but don’t fucking send dick pics to ANYONE on this team, or anyone in this industry for that matter.

They are busting their ass to make some for you to enjoy.

Show some fucking respect. https://t.co/o0xEZkWouj

— cory barlog (@corybarlog) June 30, 2022

Beliau meminta supaya tiada seorang pun menghantar gambar eksplisit kepada sesiapa sahaja dalam pasukan GoW ataupun dalam industri, dan bertambah bahawa “mereka [pasukan pembangunan] sedang berusaha membuat sesuatu untuk anda nikmati. Tunjukkan sikit rasa hormat.”

Isu ini kemudian beralih ke arah lain apabila seseorang mencadangkan kepada peminat yang marah untuk “menghalakan kekecewaan itu kepada para pembocor dan media” kerana memberi maklumat palsu dan harapan. Respon Barlog adalah seperti berikut:

don't.

the answer is not to find someone to blame or focus hate on. maybe just pay it forward and treat the people that make the things we love with some human decency and respect.

this is not a battle, we are not at war. we are just trying to make + enjoy things together.❤️ https://t.co/o1X3WBQyKF

— cory barlog (@corybarlog) June 30, 2022

Jawapannya bukan untuk mencari seseorang untuk dipersalahkan atau menumpukan kebencian. Mungkin… layan orang yang cipta perkara kita suka dengan sedikit rasa kesopanan dan hormat.

God of War Ragnarok akan dikeluarkan secara eksklusif di PlayStation 4 dan PlayStation 5 pada hujung tahun ini. Memandangkan kita masih ada baki beberapa bulan sahaja pada tahun ini, Sony mungkin akan mula memasarkan game ini tidak lama lagi. Yang penting, peminat harus bersabar.

Untuk segala liputan kami tentang God of War Ragnarok, sila tekan pautan ini.

Tags: God of War RagnarokSanta Monica
Previous Post

Bandai Summer Sale kini bermula di Steam, potongan sehingga 90%

Next Post

Figura baru Transformers versi Bishoujo! Reka bentuk Optimus Prime didedahkan!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Tahu Atau Tidak? Steam Sebenarnya Sokong Bahasa Melayu! Inilah Cara Untuk Mengubah Bahasa!
PC

Tahu Atau Tidak? Steam Sebenarnya Sokong Bahasa Melayu! Inilah Cara Untuk Mengubah Bahasa!

September 7, 2026
Pokémon Master Journeys ‘Malay Dub’ Akan Datang Ke Astro Ceria & Platform Streaming Pada Pertengahan September 2026
Anime

Pokémon Master Journeys ‘Malay Dub’ Akan Datang Ke Astro Ceria & Platform Streaming Pada Pertengahan September 2026

September 7, 2026
Mahukan Telefon Gaming Yang Boleh Buat Lebih Daripada Sekadar Bermain Game? Kenali POCO F9 Ultra!
Smartphone

Mahukan Telefon Gaming Yang Boleh Buat Lebih Daripada Sekadar Bermain Game? Kenali POCO F9 Ultra!

September 5, 2026
Next Post
Figura baru Transformers versi Bishoujo! Reka bentuk Optimus Prime didedahkan!

Figura baru Transformers versi Bishoujo! Reka bentuk Optimus Prime didedahkan!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar
Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar

August 20, 2026
Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir
Anime

Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir

August 19, 2026
Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+
Berita

Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+

August 15, 2026
Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi
Anime

Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi

August 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd