Berita baik kepada semua pengguna Twitch Prime ataupun kepada yang bercadang untuk menjadi pengguna Twitch Prime, dimana pemilik akaun Twitch Prime akan diberikan langganan setahun percuma kepada Nintendo Switch Online.
Keahlian Twitch Prime juga disertakan dengan keahlian Amazon Prime, anda hanya perlu menghubungkan akaun-akaun ini.
Untuk menjadi ahli Amazon Prime, anda boleh ke sini. Untuk menjadi ahli Twitch Prime pula, anda boleh ke pautan ini. Selepas mendaftar, anda perlu ke bahagian promosi Nintendo Switch Online Twitch promotion untuk menuntut langganan 3 bulan. Selepas 60 hari menjadi ahli Prime, anda akan diberikan 9 bulan tambahan dalam akaun anda. Penambahan langganan ini juga boleh di kumpul ke atas langganan sedia ada Nintendo Switch Online anda (keahlian family tidak layak).
Pada 29 Mac lalu, game Switch iaitu Yoshi’s Crafted World telah dikeluarkan. Menerusi keahlian Prime membership di Amazon, anda boleh membelinya dengan harga USD$51.99.
Sumber: comicbook.com
@gamersantaimy
Discussion about this post