Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Game Terbaru Power Rangers Memerlukan Lebih Rangers

Jade Ice by Jade Ice
April 1, 2019
in Artikel, Berita, Nintendo Switch, PC, PS4, Xbox One
0 0
0
Game Terbaru Power Rangers Memerlukan Lebih Rangers
0
SHARES
Share on FacebookShare on Twitter

Power Rangers: Battle for the Grid adalah sebuah game terbitan nWay, hasil usahasamanya bersama Lionsgate Games dan Hasbro. nWay adalah studio yang sama membangunkan Power Rangers: Legacy Wars; dan jika anda pernah memainkannya, tentu anda menjangkakan satu roster yang padat dengan nostalgia bertepatan dengan sejarah 25 tahun Power Rangers.

Malang sekali, dalam Power Rangers: Battle for the Grid, hanya 9 watak yang boleh digunakan. Satu roster yang kecil kerana ianya game figthing yang menggunakan mekanisma 3 lawan 3. Terdapat Green dan Red Ranger daripada siri asal, Yellow Ranger pula daripada Super Mega Force. Daripada Lost Galaxy Magna Defender. Kimberly muncul sebagai Ranger Slayer, Goldar, Lord Drakkon dan Mastodon Sentry. Lord Drakkon adalah versi realiti alternate Green Ranger, menjadikan 22% daripada roster ini Tommy Oliver.

Jika ini permainan 1 lawan 1, mungkin ianya boleh diterima. Contohnya Street Fighter II dilancarkan hanya dengan 8 watak yang boleh dimainkan. Bayangkan dengan 9 watak dalam mekanisma 3 lawan 3, ianya akan cepat membosankan.

Apapun, nWay telah membina game ini supaya ianya boleh dimainkan oleh semua orang. Kawalannya sangat mudah, terdapat serangan 3 jenis, balingan dan special move. Setiap watak boleh membuat special move selepas super meter mereka dipenuhkan. Pemain juga boleh memilih 1 monster atau Zord untuk membantu.

Dalam bahagian latar belakang stage pula, juga dilihat memiliki kekurangan. Sebagai contoh di level Ranger Base, wajah Zordon di latar belakang hanya berada disitu tanpa sebarang reaksi. Sekurang-kurangnya nWay sepatutnya membuat Zordon memberikan reaksi terhadap pertempuran yang sedang berlansung. Semua ini boleh di lepas pandang sekiranya roster game ini bukanlah hanya 9 watak.

Bukan itu sahaja, menerusi temuramah bersama Playstation Blog pada Januari lalu, Chris Peralta dari nWay mengatakan game ini akan diterbitkan bersama dengan Story Mode, ternyata ianya tiada.

Tetapi buat masa ini Season Pass sudah pun dikeluarkan, dengan menjanjikan 3 watak yang boleh dimuat turun kemudian. Segala kerisauan ini di iktiraf menerusi akaun Twitter Battle for the Grid dan mereka mengatakan yang ianya sedang di usahakan:

We acknowledge all questions regarding characters, story mode, DLC, etc & would like to inform everyone that all of these concerns will be addressed, as soon as we're ready to share details with the community. Thanks again for all the love & support. Stay tuned for more news!

— Power Rangers: Battle For The Grid (@Battle4TheGrid) March 26, 2019

Diharapkan selepas bug dalam permainan online di betulkan, nWay boleh mula membina game ini sebagai satu game yang layak dijadikan penanda aras sejarah 25 tahun, 26 musim dengan 140 watak adiwira Power Rangers.

Sumber: kotaku

Tags: battle for the gridhasbrolionsgate gamesnwaypower rangers
ShareTweetSend
Previous Post

Assassin’s Creed III Remastered boleh didapati sekarang di PC, Playstation 4 dan Xbox One!

Next Post

Langganan Setahun Nintendo Switch Online Percuma

Jade Ice

Jade Ice

"Bolehlah" gamer. Tak n00b tak expert. Dulu-dulu teras keras punya gamer. Sekarang kids, wife, gaming (in that order). Hantu Final Fantasy, MGS, Kingdom Hearts.

Next Post
Langganan Setahun Nintendo Switch Online Percuma

Langganan Setahun Nintendo Switch Online Percuma

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd