Kekuatan anime bakal menggegarkan musim panas ini gais! Paling menarik adalah Bandai Namco Entertainment akan menyiarkan siaran lansung dalam sebuah acara digital untuk mengumumkan pelbagai berita mengenai video game anime yang diberi nama “PLAY ANIME LIVE“! Ianya akan bersiaran di internet tetaoi di lokasi tertentu pada 22 Julai 2020 4pm PT (23 Julai 2020 7am Malaysia). Jadi siap sedia lah semua hasil kerja Shonen Jump akan dibawa ke video game!
Jelas sekali, pengumuman berita dan tayangan perdana ini akan menjadi tumpuan utama pameran digital Bandai Namco PLAY ANIME LIVE, tetapi itu bukan sahaja yang akan berlaku. Bandai Namco juga akan menampilkan acara yang berbeza, seperti sesi Soal Jawab dengan pembangun permainan yang berbeza. Terdapat juga hadiah, dan “banyak lagi” menanti peminat!
Bukan itu sahaja, jika anda mendaftar untuk PLAY ANIME LIVE di laman web rasmi Bandai Namco Entertainment, terdapat banyak kemaskini terkini mengenai siaran lansung ini termasuk acara, berita giveaway dan anda berpeluang untuk memenangi PLAY ANIME VIP Box! Ya terdapat 25 kotak yang mempunyai pelbagai barangan eksklusif atau tema limited berharga $75 (RM322) menanti pemenang bertuah!
Play Anime Live akan bersiaran langsung di YouTube rasmi Bandai Namco, Facebook Live dan siaran Twitch. Berapa jam acara ini akan berlansung masih tidak diketahui. Sudah tentu banyak game anime yang akan didedahkan seperti tahun lalu yang menjadi kegilaan kami adalah seperti One Punch Man: A Hero Nobody Knows; One Piece: Pirate Warriors 4; MY HERO ONE’S JUSTICE 2! Tetapi sudah semestinya antara berita yang kita telah ketahui adalah Tales of Arise yang ditundakan, juga mungkin kita akan ketahui lebih mengenai permainan terbaru yang juga akan ke Nex-Gen iaitu Scarlet Nexus!
Jadi jangan lupa kunci tarikh anda 22 Julai 2020 4pm PT (23 Julai 2020 7am Malaysia) di siaran sosial media Bandai Namco Entertaiment untuk pengumuman rasmi siaran langsung ini ok! Agak korang lah, apa lagi yang akan dikongsikan oleh Bandai Namco Entertainment? Jom kongsikan di komen sosial media kami ok!
Sumber: Gematsu
@gamersantaimy
Discussion about this post