Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

KONAMI mendedahkan eFootball™, game free-to-play bola sepak baru untuk konsol, PC & mobile!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
July 21, 2021
in Android, Artikel, Berita, iOS, Mobile, PC, PS4, PS5, Steam, Sukan/lumba, Xbox One, Xbox Series X|S
0 0
0
KONAMI mendedahkan eFootball™, game free-to-play bola sepak baru untuk konsol, PC & mobile!
Share on FacebookShare on Twitter

Konami Digital Entertainment Limited hari ini mengumumkan eFootball ™, sebuah permainan simulasi bola sepak baru dari pencipta PES dan Winning Eleven. Percuma untuk dimainkan dan dibina sepenuhnya dalam Unreal® Engine, eFootball™ akan dilancarkan di seluruh dunia di PlayStation 5, PlayStation 4, Xbox Series X|S, Xbox One, Windows 10 dan PC Steam dahulu pada musim luruh 2021, manakala versi iOS dan Android akan diikuti tidak lama kemudian.

Berkat kepada ‘game engine’ yang semakin berkembang, sistem animasi juga telah diperbaiki. Teknologi baru yang bernama “Motion Matching” mengubah pelbagai pergerakan yang dilakukan oleh pemain di atas padang kepada satu siri animasi, dan akan memilih yang paling tepat dalam masa nyata. Sistem ini menyediakan animasi lebih dari empat kali ganda lebih banyak berbanding sebelumnya, untuk mencapai pergerakan yang sangat realistik. “Motion Matching” akan digunakan di semua platform eFootball, termasuk konsol generasi terakhir, PC dan mudah alih. Harap maklum, permainan mempunyai sokongan cross-play antara pelantar.

Untuk memastikan eFootball™ boleh dinikmati oleh semua orang, permainan ini dapat dimainkan secara percuma di seluruh konsol, PC dan mudah alih. Maklumat lebih lanjut mengenai permainan dan mod dalam talian akan didedahkan pada akhir bulan Ogos.

Sebagai permainan yang hanya tersedia secara digital sahaja, KONAMI akan menambahkan kandungan dan mod permainan baru secara berkala setelah ia dilancarkan. Perlawanan yang menampilkan FC Barcelona, ​​Juventus, FC Bayern, Manchester United dan lain-lain akan tersedia, secara percuma, semasa pelancaran. Di masa depan, mod permainan tertentu akan dijual sebagai DLC pilihan, untuk memberikan kebebasan kepada pemain memilih pengalaman yang sesuai dengan minat mereka.

KONAMI juga mendedahkan roadmap pertama untuk eFootball ™, yang menjelaskan kandungan permainan dan apa yang akan ditambahkan pada bulan-bulan berikutnya:

  • Awal Musim Luruh:
    • Pengalaman permainan serba baru, dikuasakan oleh Unreal® Engine
    • Cross-generation matchmaking (iaitu PlayStation 5 vs. PlayStation 4, Xbox Series X|S vs. Xbox One)
    • Local Match yang menampilkan FC Barcelona, ​​Juventus, FC Bayern, Manchester United dan banyak lagi
  • Musim luruh:
    • Cross-platform matchmaking antara konsol dan PC (iaitu PlayStation 5 vs. Xbox Series X|S, PlayStation 5 vs. PC Steam, dll.)
    • Mod Team Building (Nama belum dipastikan) dibuka – bina pasukan sendiri dengan memperoleh pemain
    • Liga dalam talian (Nama belum dipastikan) dibuka – bawa pasukan asal anda dan bertanding dalam liga global yang kompetitif
    • Sistem Match Pass – dapatkan item dan pemain dengan bermain eFootball™
  • Musim sejuk:
    • Sokongan mobile controller ditambah
    • Cross-platform matchmaking penuh di semua platform yang tersedia termasuk mudah alih semasa menggunakan controller yang serasi
    • Kejohanan eSukan profesional dan amatur bermula

Lionel Messi dan Neymar Jr akan menjadi duta global untuk eFootball™. Di samping itu, Andrés Iniesta dan Gerard Piqué telah terlibat dalam pembangunan sebagai penasihat rasmi untuk gameplay ofensif dan defensif. Pengumuman lebih lanjut mengenai eFootball™ boleh dilihat di laman web rasmi mereka di sini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: bola sepakEfootballkonamiPCPS4ps5steamXbox Series X
Previous Post

Konami mengumumkan 3 game baru Yu-Gi-Oh! dan Master Duel bakal tersedia untuk semua platform!

Next Post

[Review] Reka bentuk nampak biasa, tetapi padu, Itulah dia MSI Katana GF66!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

SHINOBI: Art of Vengeance – Pengalaman Aksi Ninja Dibuatnya Sepenuhnya Dengan Lukisan Tangan
Berita

SHINOBI: Art of Vengeance – Pengalaman Aksi Ninja Dibuatnya Sepenuhnya Dengan Lukisan Tangan

May 16, 2025
Civilization: Eras & Allies Catat Lebih 1.2 Juta Pra-Pendaftaran Sebelum Pelancaran
Berita

Civilization: Eras & Allies Catat Lebih 1.2 Juta Pra-Pendaftaran Sebelum Pelancaran

May 16, 2025
Konsert Stardew Valley: Festival of Seasons Bakal Memukau Malaysia Dengan Persembahan Muzikal
Konsert

Konsert Stardew Valley: Festival of Seasons Bakal Memukau Malaysia Dengan Persembahan Muzikal

May 16, 2025
Next Post
[Review] Reka bentuk nampak biasa, tetapi padu, Itulah dia MSI Katana GF66!

[Review] Reka bentuk nampak biasa, tetapi padu, Itulah dia MSI Katana GF66!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Anime Sakamoto Days Part 2 Akan Ditayangkan Julai 2025, Trailer Baru Diperkenalkan
Anime

Anime Sakamoto Days Part 2 Akan Ditayangkan Julai 2025, Trailer Baru Diperkenalkan

May 14, 2025
Siapakah Ibu Anime Terbaik? Ini Pilihan Peminat Jepun Sempena Hari Ibu!
Anime

Siapakah Ibu Anime Terbaik? Ini Pilihan Peminat Jepun Sempena Hari Ibu!

May 12, 2025
Under 18 x KLEPET – Kolaborasi Komik Terbaru Gempak Starz & Filem Lokal
Tempatan

Under 18 x KLEPET – Kolaborasi Komik Terbaru Gempak Starz & Filem Lokal

May 12, 2025
DAN DA DAN: Evil Eye Akan Tayang di Pawagam Malaysia – Tarikh, Sinopsis & Bonus Eksklusif
Anime

DAN DA DAN: Evil Eye Akan Tayang di Pawagam Malaysia – Tarikh, Sinopsis & Bonus Eksklusif

May 9, 2025
Goblin Slayer Ⅱ & BrownDust2 Bergabung Dalam Kolaborasi Fantasi Anime!
Berita

Goblin Slayer Ⅱ & BrownDust2 Bergabung Dalam Kolaborasi Fantasi Anime!

May 8, 2025
‘Nintama Rantaro: Invincible Master of the Dokutake Ninja’ Tayang di Malaysia 22 Mei Ini!
Anime

‘Nintama Rantaro: Invincible Master of the Dokutake Ninja’ Tayang di Malaysia 22 Mei Ini!

May 8, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd