Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Konami & Bloober Team Umum Projek Baharu Selepas Kejayaan Silent Hill 2

Razin Syafiq by Razin Syafiq
February 26, 2025
in Artikel, Berita, Seram
0 0
0
Konami & Bloober Team Umum Projek Baharu Selepas Kejayaan Silent Hill 2
Share on FacebookShare on Twitter

Selepas kejayaan besar Silent Hill 2 versi remake pada tahun 2024, Konami dan pembangun dari Poland, Bloober Team, telah mengumumkan projek game kolaborasi baharu. Game ini akan berdasarkan salah satu IP milik Konami, dengan Konami bertindak sebagai penerbit.

Kerjasama berterusan antara Bloober Team dan Konami disahkan secara rasmi sejak semalam. Pengumuman ini dibuat selepas kejayaan Silent Hill 2 versi remake, yang dilancarkan pada Oktober 2024 dan telah terjual lebih dua juta salinan menjelang awal Februari 2025.

Kerjasama antara Konami dan Bloober Team asalnya bermula pada Jun 2021 menerusi perjanjian strategik yang akhirnya membawa kepada pembangunan semula Silent Hill 2. Game itu mendapat pujian kerana mengekalkan keaslian versi original sambil memperbaharui elemen visual dan gameplay.

CEO Bloober Team, Piotr Babieno, menekankan betapa produktifnya kerjasama mereka, dengan gabungan kepakaran kedua-dua pihak menghasilkan game berkualiti tinggi. Walaupun butiran mengenai projek baharu ini masih dirahsiakan, pengumuman ini mengukuhkan lagi hubungan antara kedua-dua syarikat.

Kredit: Konami

“Kerjasama kami dengan Konami sangat berharga, dan kejayaan Silent Hill 2 membuktikannya,” kata Babieno dalam kenyataan rasmi. “Dengan berkongsi pengetahuan dan pengalaman, kami telah berjaya menghasilkan game berkualiti tinggi bersama. Sudah tentu, kami tidak dapat berkongsi butiran lanjut buat masa ini, tetapi kami yakin peminat akan teruja seperti kami. Kami tidak sabar untuk mempersembahkan sesuatu yang benar-benar istimewa kepada pemain apabila tiba masanya.”

Kredit: Konami

Dengan perjanjian baharu ini, Konami dan Bloober Team mengukuhkan lagi kerjasama mereka untuk membangunkan satu lagi game berdasarkan katalog IP Konami yang luas. Walaupun Konami masih belum mengesahkan francais mana yang akan menjadi fokus projek ini, spekulasi dalam kalangan peminat sudah mula dibincangkan.

Memandangkan kepakaran Bloober Team dalam genre seram psikologi, ada yang menjangkakan ia mungkin satu lagi entri dalam siri Silent Hill. Namun, dengan pelbagai IP terkenal seperti Castlevania dan Metal Gear, pilihan lain juga tidak boleh diketepikan.

Kredit: Konami

Buat masa ini, tiada maklumat tambahan diberikan, dan peminat perlu menunggu pengumuman lanjut mengenai projek ini.

Tags: Bloober Teamkonami
ShareTweetSend
Previous Post

Projek Game “Wonder Woman” Terpaksa Dibatalkan Oleh Warner Bros!

Next Post

Ternyata Roronoa Zoro Boleh Pakai Conqueror’s Haki, Disahkan Oleh Eiichiro Oda!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Medabots S Akan Lancar Secara Global, Prapendaftaran Kini Dibuka
Mobile

Medabots S Akan Lancar Secara Global, Prapendaftaran Kini Dibuka

September 7, 2026
Tahu Atau Tidak? Steam Sebenarnya Sokong Bahasa Melayu! Inilah Cara Untuk Mengubah Bahasa!
PC

Tahu Atau Tidak? Steam Sebenarnya Sokong Bahasa Melayu! Inilah Cara Untuk Mengubah Bahasa!

September 7, 2026
Pokémon Master Journeys ‘Malay Dub’ Akan Datang Ke Astro Ceria & Platform Streaming Pada Pertengahan September 2026
Anime

Pokémon Master Journeys ‘Malay Dub’ Akan Datang Ke Astro Ceria & Platform Streaming Pada Pertengahan September 2026

September 7, 2026
Next Post
Ternyata Roronoa Zoro Boleh Pakai Conqueror’s Haki, Disahkan Oleh Eiichiro Oda!

Ternyata Roronoa Zoro Boleh Pakai Conqueror’s Haki, Disahkan Oleh Eiichiro Oda!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar
Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar

August 20, 2026
Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir
Anime

Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir

August 19, 2026
Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+
Berita

Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+

August 15, 2026
Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi
Anime

Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi

August 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd