Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Komitmen Gamescom Asia Terhadap Pembangun Indie — Temu ramah Bersama Mathias Kuepper

Maira by Maira
October 25, 2022
in Acara, Artikel, Berita, Industri
0 0
0
Komitmen Gamescom Asia Terhadap Pembangun Indie — Temu ramah Bersama Mathias Kuepper
Share on FacebookShare on Twitter

Gamescom Asia 2022 akhirnya kembali berlangsung secara fizikal malah pelbagai penerbit hebat serta indie hadir untuk memeriahkan acara. Kami juga tidak melepaskan peluang untuk menghadiri acara tersebut. Bukan setakat itu sahaja, sempat juga kami menemu ramah Mathias Kuepper selaku Pengarah Urusan Koelnmesse Singapore, penganjur Gamescom Asia. Tanpa membuang masa, berikut adalah hasil temu ramah tersebut. Sebagai peringatan, hasil temu ramah telah diubah supaya mudah difahami.

Mathias Kuepper

Apa perasaan anda selepas gamescom asia kembali secara fizikal?

Mathias: Sangat gembira. Ramai orang sudah lama tidak berjumpa. Itulah apa yang kami ingin lakukan iaitu membawa orang berkumpul. Banyak juga acara kami lakukan secara dalam talian dan untuk gaming boleh sahaja distrim. Tetapi ia tidak boleh menggantikan sesuatu seperti yang anda lihat di sini. Saya rasa kami sangat gembira kerana kami kembali. Kami akhirnya dapat merealisasikan impian kami pada tahun 2019 untuk memulakan gamescom di Singapura.

Bukan senang untuk mendapat peluang berjumpa pembangun game. Anda juga boleh berkenalan antara satu sama lain. Semuanya bukanlah tentang urus niaga perniagaan, ini tentang membina rangkaian dan melihat peluang serta mendapatkan inspirasi. Itulah yang kami mahu lakukan di sini.

Gamescom asia

Dengan lebih banyak tumpuan terhadap industri game berikutan pertumbuhannya semasa pandemik, adakah terdapat lebih banyak tekanan dalam industri untuk menghasilkan sesuatu yang membawa untung ?

Mathias: Saya fikir secara keseluruhan, tekanan untuk membuat wang ada di mana-mana. Setiap industri perlu membuat wang pada satu ketika. Sudah tentu, pada mulanya, lebih sedikit yang masuk. Tetapi seperti dalam industri lain, mereka yang mempunyai konsep yang baik, kandungan yang baik untuk terus hidup dan mereka membuat wang. Tetapi saya fikir itu adalah sesuatu yang dikawal oleh pasaran. Jika anda tahu di mana permintaan itu, maka anda membuat wang.

Terdapat juga perkara yang ingin kami tambahkan, iaitu untuk pengalaman melihat reaksi orang apabila mereka mencuba game kami, semuanya akan membantu syarikat. Tetapi dalam perniagaan membuat wang, terdapat satu era dalam industri, di mana syarikat bereksperimen dengan sesuatu dan tidak semuanya berjaya. Semuanya ada masa depan. Secara keseluruhan, saya fikir industri ini sihat.

Memandangkan Gamescom mempunyai gamescom utama dan gamescom asia. Adakah anda perasan sesuatu yang berbeza tentang adegan pembangunan game Asia Tenggara kerana mereka mempunyai kehadiran yang lebih besar di sini?

Mathias: Secara keseluruhannya ia bukan perbezaan yang besar. Sudah tentu, anda melihat perbezaan budaya, cara mereka mendekati sesuatu. Rantau ini mempunyai banyak kreativiti dan kemahiran itu ada. Jadi tiada perbezaan asas yang boleh saya katakan.

Sudah tentu, game itu sendiri mempunyai rasa lokal yang berbeza. Saya rasa secara keseluruhan, rantau ini mempunyai banyak potensi dan banyak perkara baik yang keluar daripadanya. Itulah sebabnya banyak penerbit sangat berminat untuk datang ke sini. Itu juga sesuatu yang kita mahu bina di sini.

Tahun-tahun akan datang, lebih banyak indie datang ke sini dan boleh menggunakan platform ini untuk mencari cara untuk mengeluarkan game mereka di pasaran.

Melihat populariti game mobile di rantau ini, adakah ia akan mempunyai peranan yang lebih besar untuk dimainkan pada tahun-tahun akan datang?

Mathias: Saya fikir bahagian penting game mobile ialah ia membolehkan industri berkembang dengan begitu cepat. Kalau anda mengeluarkan game konsol dahulu, ia adalah pelaburan awal yang jauh lebih besar untuk semua orang. Dengan game mobile, anda boleh menyerahkannya dengan cepat dan semua orang boleh bermain. Saya fikir ia sangat penting.

Game tidak akan mempunyai kejayaan di sini jika tidak melalui mobile. Sudah tentu anda mempunyai pasaran matang di mana konsol memainkan peranan yang lebih besar, malah game mobile juga datang dengan sangat kuat. Anda mempunyai konsol di sini tetapi saya fikir ia memainkan peranan besar yang membantu industri game dan mobile game.

Terdapat juga sesetengah pemain yang ingin game kelihatan seperti game konsol manakala ada yang ingin mempunyai pengalaman mobile yang sebenar. Apakah pendapat anda tentangnya?

Ini adalah percubaan daripada pihak penerbit untuk melihat cara untuk mencapai jangkauan terbesar. Saya rasa bagus untuk mempunyai saluran yang berbeza secara keseluruhan. Ini tidak bermaksud satu lebih baik daripada yang lain, ia lebih kepada keperluan yang berbeza.

Gamescom asia

Bolehkah anda memberitahu kami lebih lanjut tentang komitmen gamescom asia untuk membantu game indie di rantau ini?

Mathias: Ia adalah sebahagian besar daripada apa yang kami telah lakukan di Jerman. Antara perkara terbesar selain daripada penerbit utama ialah pameran Indie yang besar. Itulah dorongan yang ingin kami tunjukkan, bahawa tahun depan dan tahun-tahun akan datang kami akan mempunyai konsep yang sama dengan indie, di mana kami melihat setiap negara di Asia Tenggara, indie akan datang ke sini.

Kami faham bahawa indie tidak mempunyai begitu banyak wang untuk mendapatkan booth yang besar. Jadi kita sekarang berusaha untuk menyediakannya dengan subsidi kerajaan yang boleh membantu mereka untuk datang ke sini. Terdapat agensi kerajaan yang berbeza di negara yang berbeza menyokong perkara ini.

Membawa mereka semua dalam satu platform, itu lebih menarik kepada penerbit untuk melihat mereka di satu tempat dan bukannya mengembara ke rantau ini untuk melihat mereka satu demi satu.

Ini juga sedikit sebanyak membantu mereka keluar dan lihat apa yang akan membantu mereka untuk berkembang lebih jauh. Masksud saya, mereka akan berjumpa spekular, penerbit dan pesaing mereka.

Gamescom asia

Bercakap tentang persaingan , ia juga akan membantu mereka berkembang kerana mereka boleh bekerjasama secara tidak rasmi dan sebagainya.

Mathias: Ya, walaupun saya katakan ia adalah persaingan, mereka semua berada dalam bot yang sama dan mereka semua mempunyai keperluan yang sama. Mereka boleh datang ke sini dan bercakap. Walaupun ada parti, mereka masih bercakap dan belajar antara satu sama lain, berhubung dan itu adalah penting.

Ada apa-apa mesej yang anda ingin sampaikan kepada pembaca di Asia Tenggara?

Mathias: Harap semua orang teruja dengan apa yang akan datang, terutamanya penambahan kawasan B2C (Perniagaan kepada Pengguna), kami ada sesuatu untuk peminat. Itu adalah sesuatu yang kami sangat teruja. Untuk perdagangan, kami membuat langkah besar sekarang dan banyak lagi yang akan datang.


Terima kasih kepada Mathias Kuepper kerana meluangkan masa bersama kami. Harap-harap Gamescom Asia yang akan datang lebih meriah dan berjaya. Untuk membaca segala liputan mengenai Gamescom daripada kami, sila klik pautan ini.

Tags: gamescom asia 2022indieMathias Kuepper
Previous Post

GPU Nvidia RTX 4090 terlalu kuat hingga cair kabel PC, ramai takut nak upgrade!

Next Post

Cadangan harga game Steam berganda 30-40% – Game PC kini semakin mahal!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi
Berita

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi

June 6, 2026
Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars
Berita

Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars

June 6, 2026
Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri
DLC

Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri

June 6, 2026
Next Post
Cadangan harga game Steam berganda 30-40% – Game PC kini semakin mahal!

Cadangan harga game Steam berganda 30-40% - Game PC kini semakin mahal!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd