Anda mesti pernah baca komik Lawak Kampus terbitan Gempak Starz kan? Memang itu antara komik kegemaran saya dan saya tahu ramai yang membaca sehingga sekarang. Hari ini saya datang dengan berita baik kerana studio Lil Critter Workshop telah memperoleh hak untuk menghasilkan siri Lawak Kampus menjadi siri animasi!
We are incredibly honoured to be chosen by GEMPAK STARZ to develop the hit comic series ‘Lawak Kampus’ into an animated…
Posted by Lil Critter Workshop on Monday, January 25, 2021
Bagi mereka yang tidak tahu, Lawak Kampus merupakan karya daripada Keith dan Zelo tetapi selepas Zelo meninggalkan Kumpulan Art Square pada Disember 2003, Keith meneruskan karya Lawak Kampus secara berseorangan. Ia mengisahkan gelagat tiga sahabat dan rakan sekolah mereka semasa di alam persekolahan menengah yang penuh dengan peristiwa pelik dan masalah-masalah unik. Dengan jumlah pembaca sehingga 150,000 di Malaysia sahaja, Lawak Kampus mempunyai 39 jilid novel grafik dalam bahasa Melayu dan kini diolah dalam pelbagai bahasa seperti bahasa Cina, bahasa Inggeris, dan bahasa Thai.
Anime Lawak Kampus dicipta khusus untuk kanak-kanak dan keluarga di wilayah Asia Pasifik, dan dihasilkan dalam episod-episod berdurasi sepuluh minit serta meneroka tema yang berkait dengan hubungan, dan penerimaan diri semasa zaman persekolahan.
“Kami di Kadokawa Gempak Starz sangat menantikan produksi ‘Lawak Kampus.’ Kami percaya sepenuhnya pada para kreatif di Lil Critter Workshop ketika mengubah komik legenda kami untuk penonton TV,” kata Chris Yew, CEO Kadokawa Gempak Starz.
Diasaskan di Malaysia, Lil Critter Workshop amat berpengalaman dalam industri dan telah menghasilkan lebih daripada 447 episod. Antara siri animasi mereka yang terkenal adalah Hogie The Globehopper, Outlaw Dark dan Buck+Buddy.
Memandangkan ramai di Malaysia yang suka menonton anime dan Lawak Kampus, siri anime Lawak Kampus pasti akan menarik perhatian penonton. Bukan hanya kanak-kanak, malah orang dewasa pun pasti akan menonton anime ini. Apa pendapat anda tentang adaptasi ni? Teruja tak untuk melihat karya Malaysia makin berkembang? Kongsikan pendapat anda di ruang komen sekarang!
Sumber – Lil Critter Workshop
@gamersantaimy
Discussion about this post