Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

AIR Review — Lahirnya Jenama Kasut Yang Disukai Ramai!

Maira by Maira
April 12, 2023
in Artikel, Berita, Filem, Movie Review, Movie/siri, Review
0 0
0
AIR Review — Lahirnya Jenama Kasut Yang Disukai Ramai!
Share on FacebookShare on Twitter

Air merupakan sebuah filem biografik mengenai penandatanganan terkenal Michael B Jordan dengan Nike, yang membawa kepada barisan kasut Air Jordan yang popular sehingga sekarang.

Filem ini agak cliche tetapi Air memberikan penceritaan yang menarik serta memberikan sedikit gambaran yang baik mengenai dunia pemasaran dan jenama. Tanpa membuang masa, berikut adalah review kami untuk filem ini.

Plot

Berlaku pada 1984, Sonny Vaccaro (Matt Damon) merupakan seorang penjual kasut di Nike Basketball, yang sedang rugi. Walaupun syarikat itu pada mulanya mahu membuat kontrak dengan tiga pemain bola keranjang yang bagus, Sonny telah melihat potensi dalam pemain baru bernama Michael Jordan.

Walaupun begitu, Jordan bukan mudah untuk diyakinkan malah Nike perlukan sejumlah wang yang begitu besar, lebih besar daripada yang mereka mampu. Syarikat pesaing lain seperti Converse dan Adidas juga mahukannya dan Jordan tidak begitu minat kepada Nike. Beginilah mulanya kisah Sonny mula meyakinkan CEO Nike, Phil Knight untuk menggunakan kesemua bajet mereka untuk mendapatkan kontrak dengan Jordan dan bagaimana mereka mendapat idea untuk menghasilkan jenama yang fokus kepada seorang atlet.

Anda akan melihat bagaimana Nike cuba untuk bersaing dengan pesaingnya. Untuk anda yang minat pada bisnes dan sejarah, anda mungkin tertarik tentang bagaimana Nike berkembang sebagai jenama dan cara mereka belajar menggunakan atlet terkenal untuk menyokong produk mereka.

Filem ini benar-benar menyampaikan idea gila Sonny, di mana dia mencadangkan syarikat itu untuk gunakan keseluruhan 25K untuk seorang atlet yang tidak berminat dan tidak mahu terlibat dengan syarikat itu.

Sonny pergi ke ejen Jordan dan memandu ke rumah ibu bapa Jordan dan meminta untuk bertemu dengannya. Anda akan lihat bagaimana sedikit demi sedikit mereka berjaya untuk mendapatkan kontrak tersebut. Memang puas hati juga menontonnya.

Anda lihat perlahan-lahan menang ke atas ahli syarikat lain yang menyatukan semua orang untuk mengatasi kemungkinan. Ia sangat menggembirakan, dan sedikit ceria tetapi memuaskan untuk dilihat hingga ke penghujungnya.

Lebih menarik sekali, susah betul untuk anda lihat Michael Jordan dalam filem ini. Dia hanya watak yang memang berada di luar kamera. Agak pelik tetapi ia membuatkan penyampaian filem ini lebih menarik.

Kami juga suka apabila filem tersebut cuba menggunakan efek grainy video analog, jadi ia kelihatan lebih retro malah nampak lebih autentik.

Watak

Matt Damon menyampaikan watak Sonny dengan baik. Dia seorang yang sangat tegas tetapi terdapat juga sisi lembutnya. Anda boleh tahu bahawa dia sangat menyukai bola keranjang dan mahukan yang terbaik untuk Nike.

Sorotan pelakon yang lain termasuk Ketua Pegawai Eksekutif Phil Knight yang tertekan dengan Ben Affleck menunjukkan bakatnya. Matthew Maher sebagai Peter Moor, seorang pereka kasut yang obses dengan benda manis. Akhirnya ibu Jordan, Deloris Jordan yang dilakonkan oleh Viola Davis, seorang ibu yang penyayang dan tegas.

Secara keseluruhannya mereka membawa masuk barisan pelakon hebat dan ia membuahkan hasil, masing-masing memberikan persembahan yang hebat sebagai pekerja pejabat tetapi menyeronokkan.

Pandangan akhir

Filem Air sememangnya sebuah drama menarik yang membawa kita melihat sejarah mengenai Nike dan Jordan. Kesemua pelakon memberikan persembahan yang mantap, membuatkan filem ini menyerlah dan mempunyai pelbagai maklumat.

Walaupun ada beberapa bahagian yang agak cliche dan tiada Michael Jordan, ia masih merupakan sebuah filem yang menghiburkan.

The Review

AIR

8 Score

PROS

  • Persembahan hebat daripada para pelakon
  • Filem yang melucukan seperti the Office

CONS

  • Tiada Michael Jordan
  • Cerita agak cliche

Review Breakdown

  • Penilaian akhir 0
Tags: AirAIR: Courting A Legend
ShareTweetSend
Previous Post

The Marvels akan ditayangkan pada 9 November 2023 di Malaysia!

Next Post

Kolab Fortnite X Attack on Titan kini tersedia! Peluang bermain sebagai Eren Jeager!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!
Jom Singgah!

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!

June 5, 2026
Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi
Review

Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!
Jom Singgah!

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!

June 5, 2026
Next Post
Kolab Fortnite X Attack on Titan kini tersedia! Peluang bermain sebagai Eren Jeager!

Kolab Fortnite X Attack on Titan kini tersedia! Peluang bermain sebagai Eren Jeager!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd