Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Kisah ROG Ally Tepi Kolam – Niat nak tunjuk kelebihan handheld gaming, tapi jadi viral di PC Gaming Community Malaysia

Razin Syafiq by Razin Syafiq
July 11, 2023
in Artikel, Berita, Hardware, Teknologi, Tempatan
0 0
0
Kisah ROG Ally Tepi Kolam – Niat nak tunjuk kelebihan handheld gaming, tapi jadi viral di PC Gaming Community Malaysia

Kredit: PC Gaming Community Malaysia

Share on FacebookShare on Twitter

Pada beberapa hari lepas, komuniti PC Gaming di Malaysia telah terlibat dalam perdebatan hangat tentang handheld gaming vs PC Gaming. Kisahnya bermula apabila seorang ahli memuat naik posting tentang dirinya sedang bersantai di tepi kolam bermain ROG Ally. Dalam posting yang sama, lelaki itu turut menulis pendapatnya sendiri tentang ROG Ally dan masa depan handheld gaming – yang terus jadi viral di kalangan PC gamer Malaysia.

Secara khususnya, berita ini berlaku pada 8 Julai. Seorang lelaki bernama Khairul Ridhwan memuat naik gambar di group Facebook PC Gaming Community Malaysia bersama kapysen tersebut:

Kredit: Khairul Ridhwan

PC puluh riban korang agak2 boleh buat macam nih x main tepi pool masa tengah bercuti?

Tanya je 😜

Sebelum kecam, saya juga ade gaming desktop (dah jual) & gaming laptop (mungkin akan dijual jugak) 😅 Just nak share experience keseronokan main game AAA di mana saja saya berada. Bateri cepat habis? Plug ade je sebelah kerusi nih kalau nak charge sambil mandi pool. Kepala charger pun sebesar tapak tangan standard kepala charger handphone. Xde plug? Powerbank kan ada ape adehal, korang kan memang bawak powerbank kemana2 je skang kan? Cuma cari la yang high capacity cam Anker 737 24,000mAH punya 😬

Nih pun main Turbo Mode 25W dekat sejam lebih game Tomb Raider Game of The Year nih. Pastu mandi pool jap 30 min dah charge jadik 80% from drain 5% main tadi.

PC Handheld gaming really have a future if you ask me 👍🏻

Hoping to see more ROG Ally like products from other brands in the near future 😀

p/s: Saya bukan pentaksub pun nak up barang sendiri, review x berbayar x disponsor pun ROG ✌🏻 Cuma share experience dengan rakan2 yang rasa mungkin sesuai pakai ROG Ally nih 👍🏻

DISCLAIMER: Post nih hanya sharing experience PC Handheld device, xde pun suruh abaikan family time pergi bercuti ke pe. And bebudak dalam pool tuh bukan anak saya, saya sorang je tepi pool nih tengah healing. Gambar pun suh bartender hotel amekkan.

Posting tamat di sini

Tidak lama selepas itu, posting ini terus menjadi viral kerana ramai menganggap PC gaming lebih “superior” atas beberapa sebab seperti prestasi lebih kuat, kemampuan untuk naik taraf dengan mudah, skrin lebih besar, dan banyak lagi. Satu lagi alasan mengapa posting ini viral adalah ramai juga yang menganggap posting itu sebagai percubaan untuk “flex” kerana menangkap gambar ROG Ally di tepi kolam berlatarkan KLCC, bagi menunjukkan ciri gaming mudah alih.

Maka, viral lah kisah “ROG Ally Tepi Kolam”.

Sebagai respons, grup FB PC Gaming Community Malaysia mula membuat meme berdasarkan kejadian ini. Antara contoh adalah seperti berikut:

Kredit: Iqram Bahar
Kredit: Ucuk Rara
Kredit: Farhan Bin Fauzi

Kredit: Amirul Rifki
Kredit: Noira Rosa
Kredit: Amirul Shamsuddin
Kredit: Harith Ameerul
Kredit: Ashran Sharbani
Kredit: Hypezar Dargo
Kredit: Hypezar Dargo
Kredit: Hypezar Dargo

Pendek kata, masing-masing ada kelebihan dan kekurangan sendiri. Ia bergantung semata-mata pada gaya hidup dan cara anda mahu bermain game kegemaran. Jika anda lebih selesa bermain secara on-the-go atau suka main sambil baring, handheld gaming akan menjadi pilihan. Jika anda lebih mementingkan prestasi dan menginginkan pengalaman gaming paling tinggi dan tulen sekali, PC gaming lah jawapannya.

Jadi apa pendapat anda tentang kes ROG Ally Tepi Kolam? Memandangkan ROG Ally pun sedang dijual di Malaysia, adakah korang akan beli satu unit atau lebih selesa dengan peranti gaming semasa? Jom kongsikan pendapat di ruang komen!

Tags: MalaysiaROG Ally
ShareTweetSend
Previous Post

Anime Black Clover Bakal Kembali, Ramai peminat teruja & jangka pada tahun 2025

Next Post

Operator The Boys bakal muncul dalam COD Modern Warfare 2 & Warzone!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Project GT – Sebuah Game Lumba Anime RPG Di Mana Kita Mengawal ‘Car-Girl’
Berita

Project GT – Sebuah Game Lumba Anime RPG Di Mana Kita Mengawal ‘Car-Girl’

June 12, 2026
Marvel Rivals – Season 8.5 Rasmi Dilancarkan, Memperkenalkan Cyclops, Mod 18v18 & Acara Baru
Berita

Marvel Rivals – Season 8.5 Rasmi Dilancarkan, Memperkenalkan Cyclops, Mod 18v18 & Acara Baru

June 12, 2026
Demo Echoes of Aincrad Sedia Untuk Main Bermula 15 Jun 2026
Demo

Demo Echoes of Aincrad Sedia Untuk Main Bermula 15 Jun 2026

June 12, 2026
Next Post
Operator The Boys bakal muncul dalam COD Modern Warfare 2 & Warzone!

Operator The Boys bakal muncul dalam COD Modern Warfare 2 & Warzone!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd