Diablo IV merupakan ansuran terbaru dalam francais Diablo dan telah dilancarkan semasa BlizzCon 219. Game ini bertujuan untuk kembali ke siri klasik asal dalam genre ARPG dengan menampilkan campaign yang tidak linear, penerokaan open world, mod Hardcore dan PVP, serta penyesuaian watak yang lebih banyak dari sebelum ini. Baru-baru ini, sebuah akaun Twitter telah mendedahkan maklumat dimana sebuah fail Diablo IV telah muncul di PlayStation Store untuk PlayStation 5 dan PlayStation 4.
🚨 Code Name : Oberon
🟫 And This Game : DIABLO IV
🟪 PS4 Size : ~ 40 GB https://t.co/l7rUX2hOLn
— PlayStation Game Size (@PlaystationSize) May 17, 2021
Maklumat tersebut telah dikongsikan oleh akaun Twitter milik PlayStation Game Size, dengan menyatakan butiran maklumat mengenai sebuah game yang tidak diketahui telah dimuat naik ke pangkalan data Activision. Akaun ini menyatakan Diablo IV menggunakan kod nama Oberon dan saiz fail untuk versi PS4 adalah 40GB.
Kita semua tahu bahawa Diablo IV masih lagi dalam pembangunan dan dijangka tidak akan dilancarkan pada tahun ini. Jadi terdapat kemungkinan fail tersebut adalah untuk ujian alpha yang akan datang, dan ianya boleh jadi untuk penggunaan dalaman yang kini sedang bekerja dari rumah.
Selain itu, semasa acara Blizzcon yang lalu, Blizzard telah mengumumkan permainan ini sedang dibangunkan secara aktif untuk platform PC, PS4 dan Xbox One. Penerbit Eksekutif Blizzard, Allen Adham menyatakan bahawa pasukan pembangun Diablo IV sedang mensasarkan mod cross-play untuk game tersebut.
Buat masa ini, tiada berita terbaru dari Blizzard mengenai pembangunan Diablo IV. Bagi yang minat untuk membaca liputan kami tentang game ini, anda boleh sahaja menekan pautan yang tersedia.
Sumber: WowHead
@gamersantaimy
Discussion about this post