Tarikh keluaran Grid 4 sudah pun diumumkan, siri ke 4 game ini bakal berada di pasaran pada 13 September ini pada konsol dan PC, setelah 5 tahun menyepi. Sebelum ini peminat disajikan dengan Grid Autosport. Siri terbaru ini menjanjikan pilihan kereta yang sangat banyak dan corak pemanduan yang bakal menarik minat pelumba arked dan penggemar simulasi.
Pembikinnya, Codemasters menjanjikan kereta dari dunia GT, Touring, Stock, Muscle, Super Modified dan banyak lagi dan jenis perlumbaan termasuk Circuit, Street Racing, Ovals, Hot Laps, Point-to-Point dan World Time Attack. Lokasi perlumbaan pula akan dipecahkan hingga ke 4 benua, menjadikan lebih banyak kelainan sambil anda bergerak dari satu event ke satu event.
Dan kereta anda akan memiliki car damage, dimana ia akan memberi kesan kepada prestasi dan kendaliannya. Anda juga bakal mencipta musuh-musuh baru setiap kali berlumba disamping hubungan yang baru, player cards dan rakan pasukan baru.
Untuk pengetahuan, Fernando Alonso telah diambil Codemasters sebagai perunding untuk game ini dan dia juga adalah musuh dalam permainan ini. Anda akan berentap dengan pasukan Alonso iaitu FA Racing team dalam berbagai kelas perlumbaan; dan akhir sekali akan berlumba dengan Alonso sendiri.
Buat masa ini, Grid 4 sudah boleh di pra-tempah. Game yang asas berharga USD$59.99 dan edisi Ultimate – yang disertakan dengan kandungan kosmetik dan kandungan tambahan untuk 3 musim dijual boleh di pra-tempah dengan harga USD$79.99.
Sumber: pcgamesn
@gamersantaimy
Discussion about this post