Newcastle akhirnya tiba di Apex Legends setelah beberapa kali mencuba untuk sertai Legend yang lain. Dia telah mempertahankan bandar kecilnya selama bertahun-tahun dan dia perlu membuktikan dirinya dalam kalangan Legend lain utnuk terus memastikan Harris Valley selamat. Dengan gaya bermain defensif, Newcastle tidak akan meninggalkan Legend lain berseorangan lagi. Jom, kita lihat kebolehan hebat Newcastle ini!

- Pasif- Retrieve the Wounded:
- Menggunakan Revive Shield yang dipasang di pergelangan tangannya, Newcastle boleh melindungi dirinya dan rakannya daripada tembakan yang datang, ketika dia menghidupkan semula dan menarik sekutunya ke tempat yang selamat. Revive Shield dikuasakan oleh Knockdown Shield milik Newcastle, jadi mencari item dengan tahap lebih tinggi akan meningkatkan kekuatan kebolehan ini.

- Taktikal – Mobile Shield:
- Newcastle mencipta perisai tenaga yang terapung dan boleh mengawal pergerakannya untuk menyesuaikan diri dengan pertempuran kombat yang sentiasa berubah-ubah di medan perang. Majukan barisan, tutup tempat berundur atau putar perisai untuk mengawal sayap secara tiba-tiba. Kepelbagaian Mobile Shield dan unjuran perisai atas/bawah memberi peluang kreatif kepada pertahanan taktikal.

- Ultimate – Castle Wall:
- Mengeluarkan perisai hebatnya dari belakang, Newcastle terus beraksi dan menghempas perisai itu ke tanah mengaktifkan pembinaan kubu besar untuk memberikannya dan sekutunya kedudukan pertahanan yang kuat. Musuh di belakangnya ditolak ke belakang dan mereka yang cuba untuk maju melalui dinding bertenaga akan dihukum dan diperlahankan.
- Walaupun Newcastle boleh melompat jauh dalam satu pusingan dengan Ultimatenya, ia lebih kuat apabila digunakan untuk berkumpul semula. Apabila sekutu menjadi sasaran, Newcastle boleh melonjak lebih tinggi dan lebih jauh daripada biasa membolehkannya mencapai rakannya dengan berani dan mengubah arus pertempuran.
Apa pendapat anda tentang Legend baru ini? Mesti ramai yang tidak sabar untuk cuba bermain sebagai Newcastle dalam Apex Legends. Untuk mendapatkan liputan lain mengenai Apex Legends, sila klik pautan ini.

@gamersantaimy
Discussion about this post