Siapa yang tak pernah tengok manga/anime Captain Tsubasa? Rugilah korang~ Baru-baru ini Bandai Namco Entertainment telah mengumumkan pelancaran permainan terbaru Captain Tsubasa: Rise of New Champion tapi masih belum ada tarikh pelepasannya. Captain Tsubasa asalnya memang dari siri manga yang dihasilkan oleh Yōichi Takahashi pada tahun 1981. Keseluruhan siri kebanyakkanya mengenai sukan persatuan bola sepak yang memberi tumpuan kepada Tsubasa Oozora dan memberi fokus dengan penggerakkan serta aksi bola sepak. Siri ini diinspirasi dari FIFA World Cup 1978 di Argentina. Kemudian ianya diadaptasi kepada anime pada tahun 1983.
Tahun ini dengan pengenalan permainan baru Captain Tsubasa: Rise of New Champion, ramai yang teringat kembali siri-siri lama manga ini. Tapi adakah anda perasan sebenarnya bukan hanya manga dan anime yang dihasilkan. Beberapa permainan Lagenda dari Captain Tsubasa juga pernah berada dipasaran! Ya, pelbagai platform yang termasuk konsol dan mobile! Jadi hari ini, kami ingin menggamitkan memori anda semua dengan senarai game-game dari Captain Tsubasa!
Nintendo
Famicom & Super Famicom
Yang pertama menggunakan nama asal Captain Tsubasa dihasilkan oleh Techmo untuk NES pada tahun 1988 menggunakan elemen RPG! Kemudian ianya dikeluarkan di luar negara dan ditukarkan nama kepada Tecmo Cup Soccer Game pada tahun 1992. Kemudian pada tahun 1990 Captain Tsubasa Vol. II: Super Striker pula dikeluarkan di platform PC.
Kemudian selepas Super Famicom dikeluarkan, Captain Tsubasa meneruskan sirinya dengan kehadiran Captain Tsubasa 3: Koutei no Chousen pada tahun 1992, Captain Tsubasa 4: Pro no Rival Tachi pada tahun 1993 dan Captain Tsubasa 5: Hasha no Shōgō Campione pada tahun 1994 yang juga merupakan yang terakhir siri asal permainan video Captain Tsubasa dari Tecmo. Kemudian pada tahun 1995, Bandai mengambil alih dengan membawa Captain Tsubasa J: The Way to World Youth dalam elemen RPG juga.
Game Boy & Game Boy Advance
Selain Famicom, Tecmo turut menghasilkan beberapa permainana video Captain Tsubasa di Game Boy dan Game Boy Advance. Pada tahun 1992 Captain Tsubasa VS dilancarkan di Game Boy yang merupakan prekuel pada siri Captain Tsubasa di Famicom. Kemudian diikuti dengan Tsubasa J: Zenkoku Seiha e no Chousen pada tahun 1995 yang dihasilkan oleh Bandai. Kemudian pada tahun 2002, Konami telah menghasilkan Captain Tsubasa: Eiko no Kiseki dengan elemen permainan strategi berasaskan kad.
GameCube & Nintendo DS
Selain daripada Game Boy, siri permainan Captain Tsubasa turut hadir di GameCube dan juga Nintendo DS. Meneruskan elemen permainan video sukan bola sepak di kedua platform ini, Captain Tsubasa: Ougonsedai no Chosen telah dihasilkan pada tahun 2002 dan Captain Tsubasa: Gekito no Kiseki pada tahun 2010 serta keduanya adalah dari Konami.
SEGA
Mega Drive & Mega-CD
Pada tahun 1993, Tecmo telah menghasilkan sebuah siri Captain Tsubasa yang mengikuti elemen lebih kepada RPG bernama Tecmo Cup Football Game. Kemudian Techmo menghasilkan pula Captain Tsubasa dalam bentuk permainan Sega Mega CD pada tahun 1994, mempunyai elemen seperti siri yang lain, cuma lebih baik dari segi grafik dan ada alih suara!
Sony
PlayStation & PlayStation 2
Tahun 90-an merupakan zaman kegemilangan PlayStation, Bandai dan Konami masing-masing pernah menghasilkan permainan video dari manga lagenda ini. Yang pertama adalah pada tahun 1995 dari Bandai, Captain Tsubasa J: Get In The Tomorrow memberi elemen permainan video sukan tradisi digabungkan dengan teknik istimewa yang boleh digunakan pada pemain bola dan goalkeeper.
Kemudian pada tahun 2002, Konami dan WinkySoft menghasilkan Captain Tsubasa: Aratanaru Densetsu Joshou yang mengikuti serba sedikit elemen dari siri permainan asal Captain Tsubasa dari Tecmo.
Kemudian Captain Tsubasa muncul sekali lagi hasil dari Bandai pada tahun 2006 untuk PlayStation 2 yang menggabungkan elemen RPG dan permainan video sukan yang biasa juga adaptasi dari siri anime asal.
Mobile
Sejak tahun 2017, beberapa permainan Captain Tsubasa telah disediakan untuk telefon pintar. Antaranya adalah dari KLab Games yang membawa siri Captain Tsubasa Dream Team permainan sukan bolasepak untuk Android dan iOS. Kemudian GMO Internet menghasilkan sebuah permainan Captain Tsubasa ZERO: Miracle Shot pada tahun 2018 yang juga berelemenkan sukan.
Yang terbaru akan datang pada tahun 2020 ini, Tsubasa Plus sebuah permainan realiti untuk Android dan iOS yang memberi elemen lain daripada yang lain! ~ Kolaborasi hebat pemain bola sepak dari seluruh dunia dan pemain Captain Tsubasa dalam perlawanan impian dunia sebenar! ~
Wah banyak sebenarnya permainan video dari siri manga/anime lagenda Captain Tsubasa ini betul tak? Ada yang pernah anda mainkan? Sementara nak menantikan secara rasmi Captain Tsubasa: Rise of New Champions hadir untuk platform Playstation 4, Nintendo Switch dan PC dalam tahun ini, kami akan terus mengongsikan berita terbaru permainan ini termasuk sesi temuramah bersama Bandai Namco Entertainment dalam masa terdekat okay!
@gamersantaimy
Discussion about this post