Area F2, klon mobile untuk Rainbow Six Siege baru-baru ini telah menghentikan servis mereka. Menurut pengumuman rasmi, permainan tersebut telahpun berakhir pada 20 Mei 2020. Ini berlaku setelah Ubisoft mengambil tindakan undang-undang terhadap Alibaba kerana meniru permainan shooter popular mereka. Area F2 memang klon copy-paste untuk Rainbow Six Siege di mobile kerana menampilkan watak, pertempuran dan mod permainan yang sama.
Ubisoft is suing Apple and Google over the distribution of Area F2, a mobile game from Ejoy.
Ubisoft says the game is a "near carbon copy" or Rainbow Six Siege. Ejoy is a gaming subsidiary under Alibaba, China's largest e-commerce / tech firm.
Here is a comparison of the two: pic.twitter.com/1Sgxky1gB4
— Daniel Ahmad (@ZhugeEX) May 16, 2020
Yang menariknya, pengumuman rasmi penutupan Area F2 tidak menyebut tentang tuntutan mahkamah baru-baru ini. Sebaliknya, para pemaju menyalahkan gameplay yang sukar untuk belajar dan isu dalam permainan. Menurut pengumuman rasmi, masalah permainan tidak boleh dibaiki tanpa perubahan berskala besar. Akibatnya, pemaju memutuskan untuk menghentikan projek.
“Gameplay yang sukar untuk belajar mengakibatkan banyak pemain meninggalkan Area F2 dalam masa kurang dari 30 minit, dan sebab yang diberikan termasuk tidak mengetahui apa yang harus dibuat, tidak mengetahui di mana sasaran atau rakan sepasukan mereka, dan mati tanpa melihat musuh atau mengetahui apa yang membunuh mereka”.
“Sebagai pemaju permainan, kami ingin memberi pengalaman yang lancar kepada semua pemain. Ia adalah tanggungjawab kami untuk menyelesaikan masalah ini, dan perbincangan yang luas telah menunjukkan bahawa ini adalah masalah yang memerlukan perubahan mendalam dan besar-besaran. Oleh itu, kami telah membuat keputusan yang sukar untuk menghentikan operasi Area F2 untuk menumpukan perhatian pada peningkatan lebih lanjut”.
Pada minggu lepas, Ubisoft mengemukakan tuntutan makhamah terhadap Alibaba, Apple, dan Google untuk melindungi hak milik. Yang menyedihkan ialah apabila pemaju Area 52 tidak mengakui isu tersebut. Pemain yang membelanjakan wang untuk Area F2 boleh meminta bayaran balik. Pemain iOS mungkin boleh mendapatkan wang kembali dengan lebih mudah berbanding pengguna Android kerana polisi pembelian di Google lebih rumit.
Well. I guess that's how this all ends then.
That being said, Area F2 was fairly impressive overall and continues to show there is growing opportunity for core game experiences to work on mobile just like Fortnite / COD Mobile etc… https://t.co/KWuy8KvtLJ pic.twitter.com/UEbiDlLUyi
— Daniel Ahmad (@ZhugeEX) May 20, 2020
Apa pendapat anda tentang isu ini? Adakah ia mirip? Patutkah ia ditutup? Kongsi pendapat anda di ruang komen.
@gamersantaimy
Discussion about this post