Square Enix telah mengumumkan bahawa mereka akan memberikan kemaskini terbaru untuk Nier: Automata versi PC bermula 15 Julai ini! Patch khusus ini akan tersedia di Steam dan merangkumi kemaskini untuk menstabilkan frame rate Nier: Automata, serta menambahkan tekstur resolusi 4K bagi visual tertentu dengan tweak grafik tambahan.
Patch kemaskini Steam untuk Nier: Automata telah diumumkan pada bulan April yang lalu, iaitu tidak lama selepas game ini tiba ke Game Pass di PC. Permain boleh melihat bahawa versi kemaskini ini ini lebih hebat secara teknikal, berbanding dengan versi yang dikeluarkan sebelumnya melalui kedai digital Valve.
Berikut adalah perubahan yang akan diterima main selepas mendapatkan kemaskini permainan:
- Tetapan Video Tanpa Sempadan
Tetapan video tanpa sempadan telah dilaksanakan. - Fidelity FX
Ciri Fidelity FX CAS telah ditambah. - HDR
Sistem terkini akan mengesan sama ada HDR telah diaktifkan dalam tetapan paparan Windows, dan secara automatik akan boot game dalam bod HDR jika ada. - Anti-aliasing
Penyesuaian fungsi anti-aliasing - Tekstur UI (4K)
Kira-kira 270 tekstur UI untuk ikon, latar belakang dan elemen UI dan lain-lain kini menyokong resolusi 4K. - Cutscene
Kadar bit telah diperbaiki dan semua adegan cutscene yang telah dibuat sebelumnya disesuaikan, ianya akan dimainkan dalam 60FPS dan dipaparkan dalam nisbah aspek yang betul tanpa meregangkan gambar. - Global illumination
Ciri Global Illumination yang baru telah dilaksanakan. Ianya boleh ditetapkan kepada tiga level berbeza, iaitu High, Medium dan Low. - Ambient occlusion/ bloom
Sasaran rendering untuk kesan occlusion atau bloom ambient telah diubah menjadi resolusi dinamik berdasarkan resolusi permainan.
Masalah bug yang dibaiki
- Pemain kini boleh beralih antara mod paparan untuk membuat screenshot, seperti antara mod skrin penuh dan mod tetingkap atau mod tanpa sempadan dengan mod tetingkap, atau menekan kekunci Alt + Enter bersama.
- Kursor tetikus tidak lagi dipaparkan ketika menggunakan pengawal pad permainan.
- Frame rate telah distabilkan ke 60FPS di bawah tetapan default
- Lain-lain kestabilan berkaitan telah dibaiki turut diaplikasikan.
Nier: Automata telah dilancarkan ke platform PC Windows pada bulan Mac 2017, iaitu dua minggu selepas debutnya di PlayStation 4. Sebelum ini, game tersebut telah menerima banyak aduan dari pemain kerana kecewa dengan masalah teknikalnya, tetapi PlatinumGames dan Square Enix tidak mengeluarkan sebarang patch baru untuk menyelesaikannya. Malah, peminat terpaksa membuat alat Fix Automata Resolution, iaitu mod lain yang meningkatkan visual permainan dan memperbaiki masalah bug.
Pemain Nier: Automata boleh mula mendapatkan patch kemaskini ini bermula 15 Julai hari Khamis ini di laman Steam. Untuk membaca segala liputan kami berkaitan game ini, anda boleh tekan sahaja pada pautan yang tersedia.
@gamersantaimy
Discussion about this post