Nampaknya, para gamers di seluruh dunia ada peluang untuk mencuba permainan Samurai Warriors 5 sebelum ia dilancarkan secara di mana Koei Tecmo mengumumkan bahawa demo Samurai Warriors 5 akan dilancarkan tidak lama lagi di setiap platform utama. Akaun Twitter rasmi Amerika Utara dan Eropah untuk Koei Tecmo mengesahkan bahawa ia akan muncul di kedua-dua rantau pada 20 Julai 2021. Walaupun negara-negara Asia termasuk Malaysia tidak diumumkan secara spesifik, kemungkinan besar mereka akan mengeluarkan demo sekali di rantau ini kerana populariti permainan yang tinggi.
On Tuesday 20th July, a playable demo for #SamuraiWarriors5 will be available for Europe across all formats (Nintendo Switch, PC, PlayStation 4 and Xbox One).
Save the date! (check below for full details)⬇️https://t.co/9rvmPmONJW #SW5 #KTFamily pic.twitter.com/S0sm4iwC4a
— KOEI TECMO EUROPE (@koeitecmoeurope) July 13, 2021
Samurai Warriors adalah siri spin-off Dynasty Warriors dan mengisahkan tokoh-tokoh sejarah dan peristiwa penting dari sejarah Jepun. Penduduk Jepun sudah boleh membeli permainan memandangkan ia dikeluarkan pada bulan lepas tetapi bagaimana pula dengan peminat di luar Jepun? Sekurangnya, kita ada demo buat pemain yang tidak boleh bersabar lagi.
Dari penjelasan Koei Tecmo di Twitter, kita dapat mencuba dua senario iaitu Nobunaga’s Path: “Raid on the Imagawa” dan “Assault on Mino”. Seterusnya kita boleh pilih dua dari empat pilihan watak untuk bermain kedua-dua senario dalam “Free Mode” iaitu:
- Hideyoshi Hashiba
- Nō
- Ieyasu Tokugawa
- Toshiie Maeda
Kemajuan pemain untuk versi demo juga tidak akan dihapuskan dan boleh dipindahkan ke permainan utama setelah ia dilancarkan secara rasmi. Harap maklum bahawa itu hanya empat daripada berpuluh-puluh watak yang boleh dipakai dalam Samurai Warriors 5. Pada masa yang sama, kita juga ada sedikit berita sedih. Koei Tecmo mengesahkan bahawa mereka tidak akan menambah watak DLC. Sebaliknya, mereka mengumumkan Season Pass yang memberi barang bonus untuk upgrade watak dan emas untuk upgrade atau membeli senjata. Selain itu, Season Pass mempunyai enam senario tambahan, enam background music track, senjata tambahan, dan kuda unik.
Samurai Warriors 5 akan dilancarkan pada 27 Julai 2021 di PlayStation 4, Xbox One, Nintendo Switch dan PC, manakala demo akan muncul pada 20 Julai 2021. Untuk segala liputan kami tentang permainan, sila tekan pautan ini.
Sumber – Koei Tecmo
@gamersantaimy
Discussion about this post