Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Artis Kayaharuka meninggal dunia, pelukis manga The Misfit of Demon King Academy

Razin Syafiq by Razin Syafiq
July 14, 2021
in Anime, Artikel, Berita, Manga
0 0
0
Artis Kayaharuka meninggal dunia, pelukis manga The Misfit of Demon King Academy
Share on FacebookShare on Twitter

Square Enix mengumumkan pada hari Selasa bahawa artis manga Kayaharuka meninggal dunia pada 6 Julai lalu dan sudah dikebumikan oleh ahli keluarga. Walaupun Square Enix tidak menjelaskan sebab kematian, Kayaharuka dilaporkan mempunyai barah pankreas sejak tahun 2019.

Kayaharuka merupakan artis untuk manga The Misfit of Demon King Academy: History’s Strongest Demon King Reincarnates and Goes to School with His Descendants (Maō Gakuin no Futekigōsha ~ Shijō Saikyō no Maō no Shiso, Tensei Shite Shison-tachi no Gakkō e Kayō) yang merupakan adaptasi dari novel ringan dengan nama yang sama. Malangnya, manga ini dibatalkan pada minggu lepas supaya Kayaharuka dapat berehat dan sembuh. Pengumuman ini dibuat pada Rabu, 7 Julai 2021, tetapi rupanya artis manga Kayaharuka sebenarnya sudah meninggal dunia.

Berita tentang pembatalan sudah disampaikan lebih awal kepada pihak penerbitan. Dalam sebuah pernyataan Kayaharuka mengenai pembatalan manga, dia menyesal bahawa manga harus berakhir dalam cara sebegini, tetapi mengakui akan menghargai masa yang dihabiskan semasa mengusahakan manga. Manga ini dilancarkan pada bulan Julai 2018 di laman web Square Enix Manga Up!. Sehingga 5 Mac lalu, Square Enix sudah menerbitkan jilid keempat. Versi anime pula memulakan tayangan pada Julai 2020 dan sepatutnya menerima sekuel.

Berikut adalah sinopsis rasmi:

“Dalam dunia di mana manusia dan iblis selalu berperang, si raja iblis – Anoth Voltegourde sebenarnya sudah penat dengan peperangan ini. Dia membuat perjanjian damai dengan para manusia lantas membahagikan dunia kepada beberapa bahagian untuk memisahkan dua kaum ini selama 1000 tahun. Voltegourde kemudian membiarkan dirinya dibunuh supaya dapat reinkarnasi pada 2000 tahun akan datang, dengan harapan dapat dilahirkan ke dunia yang lebih baik.

Ternyata, dia dapat hidup semula dalam era yang lebih damai, dan dilahirkan sebagai bayi kepada ibu bapa yang penyayang. Dia menerima jemputan untuk menghadiri Demon King Academy, di mana tugasnya adalah untuk mencari Demon Lord yang bereinkarnasi. Dengan kekuatannya yang melampau, Voltegourde menganggap identitinya terbongkar.

Walau bagaimanapun, dia dianggap “tidak memenuhi syarat”. Ini kerana selama berabad-abad, kisah-kisah tentang keperibadian, perbuatannya, dan bahkan namanya telah diputarbelit sehingga tidak ada satu langsung kemiripan dengan dirinya dahulu. Walaupun kecewa, Voltegourde masih mengharapkan orang lain akan mengenalinya.

Pada masa yang sama, Voltegourde terganggu dengan satu lagi perkara. Kekuatan Iblis dan sihir kini terlalu lemah. Yang paling mengejutkan sekali adalah bekas leftenannya pun sudah tidak lagi mengenalinya. Sejenis kuasa jahat sedang menghalang Voltegourde daripada memimpin para iblis. Tetapi untuk melindungi orang-orang yang disayangi, Voltegourde sudah siap bersedia untuk menentang segalanya.”

Untuk segala liputan kami tentang manga, sila tekan pautan ini.

Sumber – Manga Up!, Oricon

Tags: artisKayaharukamangamangakaMaō Gakuin no Futekigōshameninggal duniaThe Misfit of Demon King Academy
Previous Post

Kemaskini grafik Nier: Automata akan tersedia di Steam bermula 15 Julai ini!

Next Post

Jelajahilah yang tidak diketahui dalam permainan simulasi Infinite Lagrange!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Game Survival Horror Kejam ‘ILL’ Sasar Pelancaran Pada 2027!
Berita

Game Survival Horror Kejam ‘ILL’ Sasar Pelancaran Pada 2027!

June 4, 2026
Game Aksi Supernatural KEMURI Akan Keluar Tahun 2027, Gameplay Pertama Didedahkan!
Berita

Game Aksi Supernatural KEMURI Akan Keluar Tahun 2027, Gameplay Pertama Didedahkan!

June 4, 2026
Next Post
Jelajahilah yang tidak diketahui dalam permainan simulasi Infinite Lagrange!

Jelajahilah yang tidak diketahui dalam permainan simulasi Infinite Lagrange!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd