Berikutan dengan pelancaran Steam Page Dolphin pada bulan Mac yang lalu, pasukan developer emulator Dolphin itu telah menerima “Digital Millennium Copyright Act” DMCA daripada Nintendo pada Jumaat yang lepas.
Dengan menerima DMCA daripada Nintendo, mereka terpaksa menangguhkan pelancaran emulator tersebut sehingga diberitahu pada masa akan datang. Bukan setakat itu sahaja, Steam juga telah membuang page emulator Dolphin tersebut sehingga masalah ini diselesaikan.
“Oleh kerana emulator Dolphin melanggar hak harta intelek Nintendo, termasuk tetapi tidak terhad kepada haknya di bawah peruntukan Anti-Pemintasan dan Anti Perdagangan Millenium “Digital Millennium Copyright Act” (DMCA), 17 U.S.C. § 1201, kami memberikan notis ini kepada anda tentang kewajipan anda untuk mengalih keluar tawaran emulator Dolphin daripada Steam,” menurut dokumen yang diberikan oleh Nintendo.
Menurut laporan daripada Modern Vintage Gamer, hak cipta yang dilanggar oleh developer Dolphin adalah menggunakan Wii Common Key pada source code emulator tersebut. Youtuber ini sempat menunjukkan beberapa code tersebut di dalam videonya dan mengatakan “Anda boleh melihat bahawa “secret key” ini pada asasnya “hard-coded” dalam “source code”.
Walau bagaimanapun, DMCA yang diberikan oleh Nintendo ini hanya dikenakan pada versi Steam sahaja dan bukan kepada versi yang lain di mana emulator Dolphin kini tersedia secara percuma. Tetapi semua versi emulator Dolphin sudah pasti akan menggunakan proses yang sama dan kini terdedah dan berpotensi untuk disekat oleh Nintendo.
Memandangkan emulator Dolphin telah pun menerima DMCA daripada Nintendo, halaman Steam mereka telah dibuang dan telah ditangguhkan sehingga masalah ini selesai.
Ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan lebih banyak berita menarik mengenai game, anime, teknologi dan banyak lagi daripada kami.
@gamersantaimy
Discussion about this post