Apa pula Chidori ini? Pada peminat siri Naruto, sudah tentu tahu kebanyakan jutsu Chidori dimiliki oleh teman/pesaing kuat Naruto iaitu Sasuke Uchiha! Jutsu Chidori ataupun chakra kilat yang disalurkan di sekitar tangan pengguna ini asalnya dicipta oleh Kakashi Hatake disebabkan dia gagal menambah chakra pada Rasenganya dan dia hanya menggunakanya untuk melindungi orang yang dia sayangi. Kemudianya, Kakashi mengajar Sasuke untuk menggunakan Chidori untuk menewaskan Gaara dalam ujian Chuunin.
Sejak dari kejadian tersebut, Sasuke berjaya mencipta pelbagai lagi varian Chidori untuk menewaskan musuh-musuhnya. Jadi tanpa lengahkan masa lagi, jom kita lihat Chidori yang digunakan oleh Sasuke disini!
Chidori Biasa
Chidori memerlukan kuasa chakra yang kuat untuk dihasilkan, memberi pengunaan terhad dalam sehari, bagi Kakashi dia boleh menggunakan 4 kali, manakala Sasuke boleh menggunakan hanya dua kali sehari mengikut kekuatanya. Yang lebih menarik seperti yang diberitahu di atas tadi, Sasuke mampu menukar gaya Chidorinya seperti Chidori Nagashi, Chidori Senbon dan banyak lagi yang akan kami kongsikan dibawah ini.
Pengguna mengumpulkan chakra kilat ke tangan mereka sehingga konsentrasi tinggi elektrik dibuat dan bertembung serta menghasilkan suara seperti seribu burung yang berkicauan. Sebaik sahaja terbentuk, Chidori dihempas ke dalam badan sasaran – menusuk serta mengejungkan badan sasaran.
Chidori Nagashi
Chidori Nagashi adalah ninjutsu yang dicipta oleh Sasuke semasa dia berlatih dengan Orochimaru. Dengan melepaskan Chidori keseluruh kawasan, aliran elektrik yang megalir di seluruh badan membenarkan Sasuke menyerang beberapa musuh dalam waktu yang sama. Disebabkan Nagashi, Sasuke dapat memberi pelindungan pada dirinya sendiri ketika diserang. Chidori Nagashi mensasarkan saraf sasaran. Akibatnya, kontrak otot tidak teratur dan menjadi kaku serta menjadikan mereka tidak dapat bergerak sama sekali.
Chidori Katana
Teknik ini membenarkan Sasuke menggabungkan penggunaan chokuto (pedang Kusanagi) nya dan Chidorinya. Bila Chidori ini bergabung, chokutonya akan memancar dengan kilauan kilat. Kekuatan chokuto ini jika menikam musuh, tubuh mereka akan kejung akibat arus elektrik yang menyebabkan otot-ototnya berkontrak dan menjadikanya mustahil untuk lawan bergerak. Walaubagaimanapun, ianya dapat ditapis oleh senjata lain yang menggunakan aliran chakra kilat juga seperti pedang Killer B!
Chidori Senbon
Satu variasi Chidori yang menggunakan transformasi bentuk untuk membuat senbon (jarum besi) tajam yang sangat banyak dilepaskan pada musuh berturut-turut. Dengan meningkatkan jumlah chakra yang digunakan, jumlah senbon meningkat secara proporsional. Apabila digunakan seiring dengan Sharingan, ia menjadi jauh lebih berkesan dan dapat mematikan musuh, kerana ia membolehkan pengguna untuk menembak tepat untuk bahagian penting sasaran.
Chidori Eiso
Eiso ataupun Chidori Sharp Spear dibentukkan menjadi seperti tombak atau bilah dan memberikan serangan jauh sekurang-kurangnya 5 meter. Julat peningkatannya agak kurang risiko kepada pengguna. Ia juga mempunyai kelebihan untuk digunakan sebagai serangan mengejut dan menangkap sasaran. Apabila badan musuh ditembusi, pengguna boleh mengubah bentuk lembing menjadi beberapa bilah tambahan, meningkatkan jumlah luka kepada musuh. Jadi Chidori Eiso ini boleh menggantikan chokutonya jika tiada ketika perlawanan.
Susanoo: Chidori
Penggunaan penuh Chidori melalui jutsu Susanoo yang merupakan perubahan evolusi Sasuke. Dan dengan Susanoo, Sasuke menghasilkan Chidori yang terkuat dengan tangan kiri utamanya! Hasil dia memang peghhh!
Kirin
Tetapi, disebalik kuasa kilat yang dihasilkan Sasuke dengan pelbagai variasi Chidori, Sasuke juga mampu mengecas lawan dengan aliran kilat gergasi yang berbentuk seperti naga yang penuh dengan arus elektrik berkuasa berkelajuan tinggi – dikenali sebagai Kirin. Sasuke menarik petir semulajadi terus dari awan guntur untuk menambah kuasa seranganya dan mengawalnya dengan chakra. Kuasa jutsu ini dapat memusnahkan bukit dan Susanoo Itachi!
Jadi inilah jutsu-jutsu kilat dari Sasuke yang susah nak ada tandinganya! Semuanya hebat-hebat dan kuat! Terdapat beberapa serangan kilat dari watak lain yang hampir sama hebat tetapi tidak seperti Chidori yang dihasilkan sendiri oleh Sasuke!
@gamersantaimy
Discussion about this post