X-Antibody muncul sebagai sebuah elemen plot di Digital Monster X-Evolution, Digimon Chronicle, Digimon Chronicle X, dan Digimon D-Cyber. Secara ringkas, X-Antibody adalah vaksin yang membuatkan Digimon imun terhadap X-Program (akan diterangkan di bawah), dan kebanyakan Digimon yang menerima vaksin ini juga menjadi lebih kuat daripada versi asal mereka, serta boleh dibezakan dengan tanda huruf “X” atau “X-Antibody” di badan mereka. Terdapat juga spesies Digimon yang mempunyai X-Antibody secara semula jadi, dan tidak mempunyai “versi asal” yang berasingan.
Rumusan
Apabila Dunia Digital mencapai kapasati maksimum kerana dihuni oleh terlalu ramai Digimon, komputer super bernama King Drasil yang mengawal Dunia Digital tidak dapat mengendalikannya lagi. Solusinya ialah untuk menghapuskan majoriti Digimon menggunakan X-Program, dan memilih peratusan kecil untuk dipindahkan ke Dunia Digital baru, dan memusnahkan yang lama. Mereka yang tidak dipilih tetapi masih terselamat telah berpindah ke dunia baru dan diberkati dengan X-Antibody. Apabila mengaktifkan X-Antibody, ia akan mengubah penampilan dan kekuatan Digimon tersebut. Mereka yang mempunyai X-Antibody boleh dibezakan oleh X dalam nama mereka dan kadang-kala, sebuah tanda X akan tertera di atas badan mereka. Sebagai contoh, Dracomon mempunyai X di dahinya, manakala WarGreymon X mempunyai tanda X di tanduknya.
Okayy, saya sambung lagi… Semua X Digimon melarikan diri ke Dunia Digital baru yang dibahagikan kepada tiga Terminal. King Drasil memutuskan untuk menghantar Royal Knights dalam sebuah misi untuk menghapuskan X Digimon yang terselamat. Sebelum saya teruskan penjelasan, saya ingin menerangkan tentang Dunia Digital baru yang terdiri daripada:
- Urd: tanah gunung berapi yang didiami oleh Digimon jenis Dinosaur dan Dragon (bertemakan masa depan).
- Verdandi: tanah subur yang penuh dengan tumbuh-tumbuhan dan merupakan rumah bagi Digimon jenis Beast, Bird, dan Plant (bertemakan masa kini).
- Skuld: kota berteknologi tinggi di mana Digimon jenis Machine dan Insect tinggal (bertemakan masa depan).
X-Program
X-Program adalah program maut yang dihasilkan oleh King Drasil dalam filem ke-8 Digital Monster X-Evolution untuk menghapuskan 98% Digimon sebagai akibat daripada Dunia Digital mencapai kapasiti maksimum kerana peningkatan Digimon yang mendadak. Apabila X-Program dilaksanakan oleh King Drasil, memang benar 98% daripada jumlah penduduk Digimon telah dihapuskan dan baki 2% lagi dipindahkan ke Dunia Digital baru dimana X-Program tidak dapat menjangkiti mereka. Walau bagaimanapun, minoriti Digimon yang cukup kuat untuk menahan efek X-Program dapat bertahan hidup dengan mengubah DigiCore mereka. Digimon tersebut dilahirkan semula dalam bentuk yang imun kepada X-Program, lantas penciptaan X-Antibody.
Berikut adalah antara Digimon terkenal yang menerima X-Antibody. Senarainya panjang tetapi dalam artikel ini saya memilih hanya TIGA yang pasti peminat kenal dahulu. Akan saya terangkan tentang X Digimon lain dalam artikel seterusnya.
WarGreymon X
WarGreymon X adalah bentuk terakhir dalam spesies Greymon dan sebagai Dragon Digimon terkuat, badannya dilengkapi dengan baju besi diperbuat daripada logam “Chrome Digizoid“. Bentuk ini meningkatkan kelajuan dan kekuat WarGreymon berlipat kali ganda, dan ia mustahil untuk mengalahkannya dengan Digimon bertaraf Ultimate. Seperti namanya, senjata “Dramon Killers” yang dipasang pada kedua-dua belah tangannya memegang kelebihan kepada Dramon-type Digimon, tetapi juga akan membahayakan nyawa sendiri apabila digunakan. Selain itu, apabila perisai di belakangnya bergabung menjadi satu, ia akan membentukkan “Brave Shield“, yang merupakan perisai paling kuat. Dengan “Brave Shield” dan “Dramon Killers“, WarGreymon X adalah contoh sempurna untuk pahlawan terunggul yang seimbang dari segala aspek.
MetalGarurumon X
MetalGarurumon X adalah Android Digimon dan juga bentuk terakhir untuk spesies Garurumon. Selepas menerima X-Antiboy, Garurumon mendapati bahawa ia telah memperoleh senjata tambahan baru serta sensor yang dipertingkatkan. Untuk menyesuaikan diri dengan pertempuran jarak jauh dan dekat, ia telah mengambil bentuk bipedal (seperti manusia), dan dilengkapi dengan senjata gatling gun bernama “Metal Storm“, yang mempunyai keupayaan untuk menewaskan musuh dari jarak jauh, mengebom sebuah kawasan dengan jarak yang luas, dan bertembak dengan sangat pantas walaupun pada jarak dekat. Keupayaan senjata apinya adalah lebih daripada 1.2 kali lagi besar dari MagnaGarurumon.
Omnimon X
Omnimon X ialah Holy Knight Digimon dan salah satu daripada “Royal Knights“. Tercipta daripada Virus Busters WarGreymon dan MetalGarurumon, ia adalah Digimon yang menggabungkan ciri-ciri khas daripada dua badan, lantas menjadikannya seorang pahlawan serba boleh yang boleh menggunakan mana-mana abiliti untuk apa-apa situasi. Omnimon X dilengkapi dengan “Grey Sword” dan “Brave Shield Omega” di lengan kirinya yang berbentuk WarGreymon, serta “Garuru Cannon” dan peluru berpandu untuk lengan kanannya yang berbentuk MetalGarurumon. Bagi mantel di belakangnya, ia secara automatik digunakan apabila mengelakkan serangan musuh atau apabila terbang. Secara teori, Omnimon X tidak dapat dikalahkan. Ini kerana ia memperolehi “Omega inForce“, satu kuasa hebat yang dapat membaca dan respon kepada segala serangan musuh. Ini adalah kebolehan unik yang meningkatkan potensi pertempuran Omnimon X hingga ke batas maksimum.
@gamersantaimy
Discussion about this post