PlayStation nyata bukan sahaja tempat bermain yang seronok tetapi kenytaanya ramai yang seronok dan teringin bekerja dibawah bumbung PlayStation! Masih ingat dengan kerjasama PlayStation (Sony Interactive Entertainment) dengan Malaysia? Iya nampaknya mereka membuka jawatan untuk Pengarah Kanan PlayStation’s PD Services Group Malaysia (PDSG) di laman LinkendIn semalam!
Sony PlayStation akan membuka studio permainan video Asia Tenggara pertama kami di Malaysia pada tahun 2020 di mana mereka akan menyediakan bahagian seni dan animasi untuk membangunkan tajuk permainan global untuk konsol gen semasa dan seterusnya. Kini, mereka sedang mencari seseorang untuk memimpin operasi harian di Studio Malaysia serta perkembangan studio masa hadapan.
Yang lebih menariknya, dalam masa kurang dari 24 jam, ramai orang telah memohon jawatan tersebut dan permohonan telah pun ditutup! Nyata kehebatan PlayStation memang membuat ramai yang merebut peluang untuk bekerja di syarikat yang besar ini! Siapa agak anda yang bakal menjadi Pengarah Kanan di PDSG ini yang memenuhi segala kriteria seperti yang dikongsikan di LinkendIn. Jom lihat kriteria yang merek PDSG perlukan;
- Anda akan memacu pembangunan dan pembinaan studio baru PDSG di Kuala Lumpur, Malaysia.
- Menyediakan dan melaporkan metrik studio, kecekapan pekerja, bajet studio, status kewangan dan risiko secara berkala.
- Sediakan mesyuarat operasi bulanan di mana anda akan membentangkan metrik dan risiko / mitigasi kritikal di atas.
- Anda akan menjadi rakan kongsi dengan Ketua Seni Visual PlayStation untuk bekerjasama dengan Universiti terpilih untuk membantu latihan, internship dan peluang perkejaan.
- Mengambil bahagian dalam aktiviti luaran seperti acara industri, peluang promosi, dan merekrut.
- Bekerjasama dengan pengurusan studio tentang perancangan dan keperluan kakitangan.
- Anda akan memimpin semua aspek Kemudahan, HR, Gaji, Pembelian dan keperluan Undang-undang.
- Anda juga akan menguruskan dan menyelaraskan Kemudahan Studio di mana anda pada mulanya akan bekerjasama dengan kumpulan hartanah kami untuk mengenal pasti lokasi studio dan perjanjian sewa, menyediakan pelan pilihan pajakan.
- Perhatian untuk memberikan maklumat geran dan metrik kerajaan seperti yang diperlukan, dan proses dan mengendalikan permohonan pengagihan geran kepada kerajaan tempatan.
- Mempunyai pemahaman yang kukuh mengenai undang-undang buruh tempatan kerana ia berkaitan dengan kakitangan dan merekrut.
- Bekerjasama dengan pasukan pengurusan untuk membina budaya studio yang kuat.
Menarik semua kriteria yang diperlukan oleh Sony betul atau tidak? Yang menarik, tiada sebarang masalah dengan pemilihan sama ada bangsa, warna, agama, jantina, asal usul dan pelbagai lagi yang akan mereka pilih.
Jadi siapa agaknya yang bakal terpilih untuk jawatan Pengarah Kanan PlayStation’s PD Services Group Malaysia ini? Adakah muda, tua, pertengahan umur, menarik? Kesemua itu kita tunggu pengumuman rasmi dari Sony Interactive Entertainment! Pasti menarik siapa yang dapat jawatan ini nanti kan!
@gamersantaimy
Discussion about this post