Game Deathgarden akan berada di Steam Early Access 14 Ogos ni dengan harga $29.99 (ngada gila, buat je la $30). Untuk PS4 dengan Xbox One; sekali dengan full PC release dijangkakan awal 2019, most probably Q1 la kot kalau early kan? Progression korang dalam early access boleh bawak pegi full version, so that takde la sia-sia berjaga malam dan kena marah dengan bini asyik main game.
Versi early access ni boleh main free seminggu sampai 21 Ogos. Sesape yang pre-order nanti akan automatically diupgrade kepada Digital Deluxe Edition, dimana versi ni inclusive set kosmetik Origin, OST dan digital artbook. Selain tu mende-mende jadah ni pun dapat dalam early access:
- Mode Gather dan Deliver
- Progression dan customization
- Main hub (macam lobby la kot?)
- 2 senjata baru dan 1 kuasa baru untuk Hunter
- Runners dapat 2 perks baru
Juga diumumkan oleh Behavior Interactive; sape yang main Deathgarden alpha atau beta test akan diundang untuk main game ni masa soft launch early access, which is dah mula pun.
@gamersantaimy
Discussion about this post