Pencipta siri Dragon Quest Yuji Horii ada bukak cite pasal Dragon Quest XI: Echoes of an Elusive Age masa live stream masa konsert Dragon Quest XI. Dia cite tak banyak pun, sekadar bagitau development untuk edisi Switch sedang berjalan lancar.
Lagi Horii kata yang bekemungkinan macam-macam announcement akan dibuat pasal game ni masa TGS nanti, tapi tak tau la apa lagi yang akan diumumkan. TGS ni akan berlansung 20-23 September ni. Pengarah Dragon Quest XI Takeshi Uchikawa pulak ada mencelah yang akan announce sesuatu dalam masa terdekat.
Kat Jepun, edisi PS4 dan 3DS Dragon Quest XI: Echoes of an Elusive Age dah pun keluar. Untuk North America dan Europe, pemilik PS4 dan PC sila tunggu 4 September ye..
@gamersantaimy
Discussion about this post