Kali ini saya ingin hidangkan sesuatu yang lain daripada lain. Daripada berbincang tentang Ultraman, mari kita bercerita tentang antagonis yang mereka hadapi. Dalam senarai ini, fokus diberi kepada Kaiju. Senarai ini memberi tumpuan kepada antagonis utama dan bukan raksasa atau makhluk asing yang Ultraman bertarung setiap minggu.
Kalau nak kira setiap antagonis daripada siri pertama Ultraman, senarainya sangat panjang. Jadi di sini, saya ingin menceritakan tentang Kaiju kuat yang pernah mengalahkan hero kegemaran kami semua, Ultraman. Mari kita mulakan!
ZETTON
Dalam pertempuran dengan Ultraman, ZETTON mengalahkan Ultraman dengan keupayaannya untuk teleport dan menghasilkan pelindung elektromagnetik untuk melindungi dirinya daripada “Ultra Slash” Ultraman yang mampu membunuh musuh. Pada akhirnya, ZETTON berjaya mengalahkan Ultraman dengan menukar “Spacium Beam” kepada gelombang yang tidak berbahaya. Walau bagaimanapun, sejurus selepas kekalahan Ultraman, Arashi, yang merupakan ahli SSSP, menembak bom “zero gravity” kepada ZETTON dan mengalahkannya.
Gomoro
Dalam pertempuran dengan Ultraman di Osaka, Gomora mengalahkan Ultraman dengan serangan Mega-ton yang kuat. Ultraman tetap bangkit, dan akhirnya berjaya kalahkan Gomoro. Malangnya, itu bukan kali terakhir Gomoro muncul. Ia kemudian mengamuk di istana Osaka tetapi masih dikalahkan oleh Ultraman selepas ditembak dengan “Spacium Beam“.
Tyrant
Tyrant adalah Kaiju yang yang menggabungkan beberapa bahagian Kaiju yang pernah dikalahkan oleh Ultra Brothers pada masa lalu. Setelah mengalahkan Zoffy yang sedang meronda di Neptune, Tyrant berhadapan dengan Ultra Brothers di planet lain, lalu mengalahkan mereka semua. Daya ketahanan Tyrant sangat tinggi dan menjadikannya mampu menahan serangan Spacium Ray Ultraman Jack dan Metalium Ray Ultraman Ace. Selepas Tyrant tiba di Bumi, pertarungan sengit antara Taro bermula. Cangkuk Tyrant telah dipotong oleh serangan Blue Laser semasa pertarungan tetapi kemudian berubah menjadi Ultra Lance. Ini merupakan kesilapan kerana Ultra Lance dibuang balik ke arah Tyrant lalu memusnahkannya.
King Joe
King Joe telah dihantar oleh Alien Pedan untuk menyerang kedutaan U.N. untuk melindungi bumi, Ultraseven tiba untuk melawan robot itu. Pada awalnya, King Joe telah berjaya mengalahkan Ultraseven. Sebaik sahaja King Joe berpusing, Ultraseven menyerang King Joe dari belakang dan ia terhempas ke tanah. King Joe kemudian berpecah kepada empat kapal dan memilih untuk berundur. Tidak lama kemudian, King Joe menyerang beberapa kapal tangki minyak di Tokyo Bay. Ultraseven tiba sekali lagi dan nasib tidak menyebelahi robot gergasi itu kerana ia dimusnahkan oleh serangan Wide Shot.
Dark Lugiel
Ultraman Ginga dan Dark Lugiel pada asalnya merupakan satu entiti, tetapi pandangan mereka yang bercanggah menyebabkan mereka berpecah. Dark Lugiel percaya bahawa semua bentuk kehidupan harus dihapuskan, manakala Ginga menganggap bahawa semua bentuk kehidupan akan membawa kemakmuran. Selepas menjadi dua entiti berasingan, Ginga mewarisi cahaya manakala Dark Lugiel mendapat kegelapan. Ultraman Ginga dan Ultraman Taro kemudian mencabar Dark Lugiel, tetapi merea dikalahkan oleh kekuatan Dark Lugiel. Bagaimanapun, Ultraman Ginga akhirnya berjaya kalahkan Dark Lugiel dan selamatkan semua Spark Dolls.
Belial
Belial pernah menjadi pahlawan yang paling berkuasa dan dihormati di Land of Light, sehingga ketamakan mengaburi mindanya dan dia cuba mencuri Plasma Spark untuk memiliki kuasa ynag tidak terhingga. Belial dibuang ke sebuah planet terasing kerana kejahatannya terhadap kaum Ultra, di mana dia menemui Alien Rayblood. Rayblood mengurniakan kepadanya kuasa Reionyx, yang merosakkan lagi diri Belial menjadi penjahat yang kita kenal hari ini. Walaupun menjadi antara antagonis paling kuat yang pernah oleh hero kami, kekuatan Belial benar-benar terserlah selepas berubah kepada Belial Atrocious, di mana dia menggunakan kekuatan barunya untuk menewaskan Ultraman Zero dan Father Ultra.
@gamersantaimy
Discussion about this post