Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Kaiju No. 8: Mission Recon Bakal Gegar Pawagam GSC Bermula 26 Jun

Razin Syafiq by Razin Syafiq
May 27, 2025
in Anime, Artikel, Berita, Filem
0 0
0
Kaiju No. 8: Mission Recon Bakal Gegar Pawagam GSC Bermula 26 Jun
Share on FacebookShare on Twitter

Bersiap sedia untuk menyaksikan pengalaman aksi penuh mendebarkan apabila Kaiju No. 8: Mission Recon ditayangkan secara eksklusif di Golden Screen Cinemas (GSC) pada 26 Jun 2025.

Filem ini diarahkan oleh Tomomi Kamiya dan Shigeyuki Miya, menampilkan kompilasi daripada musim pertama anime Kaiju No. 8 bersama episod baharu istimewa bertajuk “Hoshina’s Day Off.”

Dihasilkan oleh Production I.G bersama Studio Khara, filem ini pertama kali ditayangkan di pawagam Jepun pada 28 Mac 2025, dan kini bersedia untuk membawa pengalaman yang sama kepada penonton di Malaysia.

Kredit: GSC

Bertempat di Jepun yang dilanda ancaman serangan kaiju, Kaiju No. 8: Mission Recon mengisahkan tentang Kafka Hibino, seorang pekerja pelupusan raksasa berusia 32 tahun yang menyimpan impian untuk menyertai Anti-Kaiju Defense Force, agar dapat berjuang di sisi rakan zaman kecilnya, Mina Ashiro, kapten ternama pasukan tersebut.

Namun, hidup Kafka berubah secara drastik apabila seekor kaiju kecil bergabung dengan tubuhnya, memberikannya keupayaan luar biasa untuk bertukar menjadi “Kaiju No. 8.” Dibantu oleh rakan sekerjanya, Reno Ichikawa, Kafka berusaha menyembunyikan identiti kaijunya sambil menghadapi cabaran besar untuk lulus ujian Defense Force.

Ketegangan semakin memuncak apabila satu serangan mengejut oleh seekor kaiju pintar menggugat keselamatan markas Defense Force, memaksa Kafka untuk membuat keputusan yang penuh risiko.

Filem ini menyusun semula detik-detik penting dari musim pertama anime, menonjolkan transformasi Kafka, hubungannya dengan Reno dan Kikoru Shinomiya yang berbakat, serta pertarungan menentang kaiju jahat.

Salah satu tarikan utama buat peminat setia adalah episod eksklusif berdurasi sekitar 20 hingga 24 minit bertajuk “Hoshina’s Day Off,” sebuah kisah santai yang memfokuskan kepada Vice-Captain Soshiro Hoshina.

Episod ini memaparkan sisi berbeza Hoshina pada hari cutinya yang dipenuhi kejadian misteri, dengan gelagat kadet-kadet ingin tahu yang mengekorinya, memberikan suasana yang menghiburkan dan perspektif baharu terhadap watak kegemaran ramai ini.

© 防衛隊第3部隊 松本直也/集英社

Dengan durasi keseluruhan kira-kira 2 jam 8 minit, filem ini menggabungkan 90 minit recap bersama episod baharu yang eksklusif. Visual dalam filem ini menyerlah dengan sentuhan reka bentuk raksasa ikonik Studio Khara, yang terkenal dengan Evangelion dan Godzilla, diserikan pula dengan animasi 3D yang memukau.

Runut bunyi, hasil ciptaan komposer Yuta Bandoh, diperkaya lagi dengan lagu penutup baharu bertajuk “Invincible” nyanyian OneRepublic.

© 防衛隊第3部隊 松本直也/集英社

Kaiju No. 8: Mission Recon bukan sekadar pengalaman untuk peminat lama, malah sesuai untuk mereka yang baru berkenalan dengan dunia Kaiju No. 8, dengan penceritaan yang mudah diikuti dan memperkenalkan watak-watak utama dengan baik.

Bagi peminat tegar, mungkin jalan cerita recap sudah biasa, namun tambahan episod baharu dan pengalaman di layar perak menjadikan filem ini sesuatu yang tidak patut dilepaskan.

Tags: Kaiju No. 8: Mission Recon
ShareTweetSend
Previous Post

Ejen Ali The Movie 2 Pecah Rekod, Raih RM15.3 Juta dalam Empat Hari Tayangan

Next Post

[UPDATE] Hololive STAGE World Tour’25 Akan Singgah Di Kuala Lumpur Pada Hujung 2025

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

MSI Prestige N16 Flip AI+ Bawa Kuasa AI 1 Petaflop Melalui Cip RTX Spark!
Teknologi

MSI Prestige N16 Flip AI+ Bawa Kuasa AI 1 Petaflop Melalui Cip RTX Spark!

June 3, 2026
Claw 8 EX AI+ & Titan 18 HX Dragon Edition Memimpin Barisan Produk Terbaru MSI Di COMPUTEX 2026!
Teknologi

Claw 8 EX AI+ & Titan 18 HX Dragon Edition Memimpin Barisan Produk Terbaru MSI Di COMPUTEX 2026!

June 3, 2026
Apple Umum Pemenang Apple Design Awards 2026 – Senarai Penuh Game & Aplikasi!
Anugerah

Apple Umum Pemenang Apple Design Awards 2026 – Senarai Penuh Game & Aplikasi!

June 3, 2026
Next Post
[UPDATE] Hololive STAGE World Tour’25 Akan Singgah Di Kuala Lumpur Pada Hujung 2025

[UPDATE] Hololive STAGE World Tour’25 Akan Singgah Di Kuala Lumpur Pada Hujung 2025

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd