Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Kafe Beyblade Pertama Di Malaysia Akan Dilancarkan Pada November 2025

Razin Syafiq by Razin Syafiq
October 14, 2025
in Acara, Artikel, Berita, Tempatan
0 0
0
Kafe Beyblade Pertama Di Malaysia Akan Dilancarkan Pada November 2025
Share on FacebookShare on Twitter

INCUBASE Studio telah mengumumkan pelancaran kafe bertema Beyblade pertama seumpamanya di Asia Tenggara, yang akan dibuka dari 13 November hingga 14 Disember 2025, bertempat di INCUBASE Arena, Fahrenheit88, Kuala Lumpur.

Dikenali sebagai “Beyblade Themed Cafe (All-Gen Celebration),” acara pop-up selama sebulan ini direka untuk meraikan lebih dua dekad legasi francais gasing ikonik ini.

Kafe ini dicipta untuk peminat dari semua era—bermula dari siri asal 1999 hingga siri terbaharu, BEYBLADE X—dengan matlamat untuk menyatukan generasi ‘Bladers’ melalui pengalaman yang menggabungkan hidangan bertema, kejohanan kompetitif, dan barangan eksklusif.

Dianjurkan oleh INCUBASE Studio, acara ini meraikan legasi francais Jepun oleh Takara Tomy dan telah menjadi sebahagian penting zaman kanak-kanak bagi jutaan peminat di seluruh dunia.

Sejak pelancarannya pada tahun 1999, Beyblade telah berevolusi melalui empat generasi utama: Bakuten Shoot Beyblade, Metal Fight Beyblade, Beyblade Burst, dan siri terkini, BEYBLADE X.

Kafe pop-up ini membawakan watak-watak ikonik ke alam nyata, menawarkan cara baharu dan interaktif untuk menikmati hidangan, bertarung, dan berhubung dengan jenama ini.

Pengunjung Kafe Beyblade boleh menjangkakan pengalaman pelbagai aspek:

  • Menu Bertema: Kafe ini akan menyajikan pelbagai snek ringan dan minuman dalam suasana meriah bertemakan Beyblade. Menu ini termasuk hidangan seperti sosej koktel, koah pau, dan ayam popcorn, serta sajian manis seperti chocolate frappe. Ada juga minuman kreatif seperti Blue Lemonade, Mango Berry Fizz, dan minuman istimewa, Bird’s Nest Mocktail.
  • Kejohanan Tempatan: Apalah erti Beyblade tanpa pertarungan. Lokasi acara akan menganjurkan kejohanan mingguan yang mengundang ‘Bladers’ dari semua peringkat kemahiran untuk menguji kemahiran mereka. Butiran pendaftaran untuk kejohanan dijangka akan diumumkan nanti.
  • Barangan Eksklusif: Peminat berpeluang untuk membeli barangan edisi terhad yang menampilkan watak dan rekaan ikonik Beyblade. Barangan eksklusif ini hanya akan dijual sepanjang tempoh sebulan kafe ini beroperasi.
Tags: BeybladeMalaysia
ShareTweetSend
Previous Post

Beratus Demo Percuma Di Steam Next Fest – Ini Antara Yang Kamu Boleh Cuba Sekarang

Next Post

Previu Nioh 3 – Mendalami Sistem Combat Antara Samurai & Ninja!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Fate/EXTRA Record Bakal Tiba 28 Januari 2027 – Info Edisi & Gameplay Yang Perlu Anda Tahu
Berita

Fate/EXTRA Record Bakal Tiba 28 Januari 2027 – Info Edisi & Gameplay Yang Perlu Anda Tahu

September 7, 2026
Nak Serbu Pokémon Center Pop-Up Pertama Di Ombak KLCC? Ini Panduan Masuk Semasa Hari Pembukaan
Jom Singgah!

Nak Serbu Pokémon Center Pop-Up Pertama Di Ombak KLCC? Ini Panduan Masuk Semasa Hari Pembukaan

September 7, 2026
Medabots S Akan Lancar Secara Global, Prapendaftaran Kini Dibuka
Mobile

Medabots S Akan Lancar Secara Global, Prapendaftaran Kini Dibuka

September 7, 2026
Next Post
Previu Nioh 3 – Mendalami Sistem Combat Antara Samurai & Ninja!

Previu Nioh 3 - Mendalami Sistem Combat Antara Samurai & Ninja!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar
Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar

August 20, 2026
Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir
Anime

Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir

August 19, 2026
Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+
Berita

Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+

August 15, 2026
Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi
Anime

Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi

August 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd