Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Juruanimasi Jujutsu Kaisen Season 2 Diugut Sebab Babak Cross-Dress Todo!

Maira by Maira
December 20, 2023
in Animasi, Anime, Artikel, Berita
0 0
0
Juruanimasi Jujutsu Kaisen Season 2 Diugut Sebab Babak Cross-Dress Todo!
Share on FacebookShare on Twitter

Jujutsu Kaisen Season 2 mendapat perhatian ramai setiap minggu tidak kiralah daripada penonton anime mahupun pembaca manga. Sejak musim kedua itu ditayangkan, pelbagai kontroversi yang berlaku dalam komuniti. Baru-baru ini juga ada kisah mengenai peminat yang mengugut juruanimasi Jujutsu Kaisen Season 2, selepas tayangan episod 21 siri. Jom kami ceritakan secara ringkas kepada anda.

Sumber: MAPPA

Dalam episod 21 Jujutsu Kaisen Season 2, kita telah melihat kesudahan pertarungan antara Yuji, Toda dan Mahito. Episod tersebut telah dihasilkan dengan baik oleh juruanimasi di MAPPA. Walaupun begitu, ada segelintir peminat yang tidak menyukai satu babak dalam episod tersebut. Babak tersebut adalah babak Todo yang berpakaian seperti pelajar sekolah perempuan atau senang cerita “cross-dress”. Ia merupakan babak original MAPPA yang dihasilkan oleh Sota Shigetsugu, ataupun Hone_honeHONE di Twitter (X).

Jujutsu Kaisen 2
Sumber: MAPPA

Babak tersebut diterima dengan baik oleh ramai peminat kerana elemen komedi yang ditayangkan. Tetapi ia juga membuatkan segelintir peminat yang tidak gemar dengan babak tersebut malah memberi ugutan kepada juruanimasi yang terlibat. Walaupun juruanimasi tersebut tidak bersalah, dia masih mengeluarkan kenyataan di akaunnya, meminta maaf kepada penonton berkenaan babak cross-dress Todo tersebut.

Dalam tweet yang sudah dipadam, dia tertanya-tanya mengapa dia menerima begitu banyak kritikan untuk babak Todo daripada peminat Islam apabila ia diterima begitu baik di Jepun. Selepas mengetahui bahawa cross-dress merupakan perkara terlarang dalam Islam, dia faham mengapa penonton tidak menyukai babak tersebut. Lalu dia memohon maaf atas ketidakselesaan yang mungkin timbul dalam kalangan peminat.

In the name of criticism, one of main animator of JJKS2 was attacked, harrassed, discouraged & even received death threat

All cuz they animated that extra scene of Todo, especially him in cross dress

Yet the animator apologies due to his beautiful soul. Shame on those JJK fans pic.twitter.com/O0HmbuwnCo

— Myamura (@Go_Jover) December 15, 2023

Apabila mengetahui tentang permohonan maaf juruanimasi tersebut, ramai peminat yang muncul untuk memberi sokongan kepadanya malah memberitahu bahawa dia tidak perlu meminta maaf mengenai babak tersebut kerana ramai yang menyukainya. Melihat kata-kata sokongan daripada peminat, boleh dikatakan komuniti JJK berada dalam keadaan yang baik. Harap-harap ia berkekalan sehingga tamatnya siri itu nanti.

Untuk dapatkan berita lain mengenai Jujutsu Kaisen daripada kami, boleh klik pautan ini.

Tags: Jujutsu KaisenJujutsu Kaisen Season 2Jujutsu Kaisen Todo
ShareTweetSend
Previous Post

Pencipta God of War Tidak Suka “Kratos Yang Sekarang”, Katanya Membosankan

Next Post

Diskaun 50% Untuk Puyo Puyo Tetris 1 & 2 Buat Masa Terhad!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Kakao Games & The Grimm Entertainment Umum Kerjasama; Mungkin Hasilkan Game Lookism, Manager Kim & Banyak Lagi
Berita

Kakao Games & The Grimm Entertainment Umum Kerjasama; Mungkin Hasilkan Game Lookism, Manager Kim & Banyak Lagi

August 24, 2026
Detective Conan: Fallen Angel Of The Highway Masuk Pawagam Malaysia 10 September 2026; Tayangan Awal 5 September
Anime

Detective Conan: Fallen Angel Of The Highway Masuk Pawagam Malaysia 10 September 2026; Tayangan Awal 5 September

August 24, 2026
Bleach – Bankai Baru ‘Blood Chains’ Ichigo Serta Kematian Mengejut Watak Utama
Anime

Bleach – Bankai Baru ‘Blood Chains’ Ichigo Serta Kematian Mengejut Watak Utama

August 24, 2026
Next Post
Diskaun 50% Untuk Puyo Puyo Tetris 1 & 2 Buat Masa Terhad!

Diskaun 50% Untuk Puyo Puyo Tetris 1 & 2 Buat Masa Terhad!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar
Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar

August 20, 2026
Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir
Anime

Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir

August 19, 2026
Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+
Berita

Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+

August 15, 2026
Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi
Anime

Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi

August 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd