Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

“Jujutsu Kaisen Phantom Parade” Versi Global Dibuka Untuk Pradaftar Sekarang!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
August 26, 2024
in Android, Anime, Artikel, Berita, iOS, Mobile
0 0
0
“Jujutsu Kaisen Phantom Parade” Versi Global Dibuka Untuk Pradaftar Sekarang!
Share on FacebookShare on Twitter

Hari yang cukup indah untuk peminat Jujutsu Kaisen — hari ini, bilibili Game mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan game mobile ‘Jujutsu Kaisen Phantom Parade‘ versi Global secara rasmi pada tahun ini. Walaupun tarikh pelancaran tepat tidak didedahkan, game ini kini tersedia untuk pradaftar sekarang melalui Android dan iOS.

Sempena pengumuman ini, mereka turut memuat naik video khas yang anda boleh tonton di bawah:

Bagi mereka yang kurang tahu, Jujutsu Kaisen Phantom Parade ialah game “free-to-play turn-based gacha” berdasarkan dunia manga dan anime, Jujutsu Kaisen.

Mengikuti plot anime dan manga, game ini menawarkan pandangan dan perspektif unik daripada apa yang kita biasa tahu. Seperti biasa, pemain akan bertemu dengan pelbagai watak kegemaran seperti Yuji, Gojo, Megumi, Nobara dan banyak lagi, sambil melawan sumpahan dan meneroka dunia Jujutsu Kaisen.

Kredit: © Gege Akutami/Shueisha, JUJUTSU KAISEN Project ©Sumzap, Inc./TOHO, CO., LTD.

Tahap keaslian jalan cerita ditingkatkan dengan lakonan suara penuh daripada pelakon suara rasmi, termasuk Junya Enoki, Yuuma Uchida, Yuichi Nakamura dan Kenjiro Tsuda. Tetapi sebagai tambahan, kita juga akan mengalami plot cerita baharu, yang tidak wujud di dalam manga dan anime, dan sepenuhnya original untuk game ini sahaja.

Kredit: © Gege Akutami/Shueisha, JUJUTSU KAISEN Project ©Sumzap, Inc./TOHO, CO., LTD.

Gameplay Phantom Parade memfokuskan pada mekanik tempur turn-based yang strategik. Pemain akan terlibat dalam keputusan taktikal menggunakan pasukan ciptaan mereka, lalu merancang setiap langkah untuk mengalahkan musuh. Setiap serangan, pertahanan, dan teknik harus dipakai dengan teliti untuk memastikan kemenangan.

Kredit: © Gege Akutami/Shueisha, JUJUTSU KAISEN Project ©Sumzap, Inc./TOHO, CO., LTD.

Semasa menggunakan teknik khas, pemain akan disajikan dengan animasi pendek namun menakjubkan seperti aksi daripada anime. Hal ini meningkatkan pengalaman keseluruhan, menjadikan setiap pertempuran lebih dinamik.

Kredit: © Gege Akutami/Shueisha, JUJUTSU KAISEN Project ©Sumzap, Inc./TOHO, CO., LTD.

Buat masa ini, matlamat prapendaftaran adalah untuk mencapai 10 juta. Jika jumlah ini dicapai, setiap pemain yang pradaftar akan menerima SSR-Character-Guaranteed Gacha Ticket, yang menjaminkan watak kuat untuk pasukan anda.

Jika berminat, anda boleh pradaftar sekarang melalui laman web rasmi, Google Play Store atau Apple App Store.

Tags: Jujutsu Kaisen Phantom Parade
ShareTweetSend
Previous Post

Harga Diskaun Untuk ROG Phone 8 Sempena “National Day Deals”, Bonus Beg ROG Slash Percuma!

Next Post

Pencipta Naruto, Masashi Kishimoto, Ingin Cipta Manga Baharu?

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Fate/EXTRA Record Bakal Tiba 28 Januari 2027 – Info Edisi & Gameplay Yang Perlu Anda Tahu
Berita

Fate/EXTRA Record Bakal Tiba 28 Januari 2027 – Info Edisi & Gameplay Yang Perlu Anda Tahu

September 7, 2026
Nak Serbu Pokémon Center Pop-Up Pertama Di Ombak KLCC? Ini Panduan Masuk Semasa Hari Pembukaan
Jom Singgah!

Nak Serbu Pokémon Center Pop-Up Pertama Di Ombak KLCC? Ini Panduan Masuk Semasa Hari Pembukaan

September 7, 2026
Medabots S Akan Lancar Secara Global, Prapendaftaran Kini Dibuka
Mobile

Medabots S Akan Lancar Secara Global, Prapendaftaran Kini Dibuka

September 7, 2026
Next Post
Pencipta Naruto, Masashi Kishimoto, Ingin Cipta Manga Baharu?

Pencipta Naruto, Masashi Kishimoto, Ingin Cipta Manga Baharu?

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar
Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar

August 20, 2026
Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir
Anime

Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir

August 19, 2026
Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+
Berita

Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+

August 15, 2026
Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi
Anime

Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi

August 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd