Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Jujutsu Kaisen: Cursed Technique Yorozu Didedahkan, Mahoraga Versi Sukuna Bakal Tiba!

Maira by Maira
March 20, 2023
in Anime, Artikel, Berita, Manga
0 0
0
Jujutsu Kaisen: Cursed Technique Yorozu Didedahkan, Mahoraga Versi Sukuna Bakal Tiba!
Share on FacebookShare on Twitter

Minggu baru bermakna bab terbaharu Jujutsu Kaisen telah keluar. Kita telah melihat badan adik beradik Fushiguro, Tsumiki dan Megumi telah diambil alih oleh dua kuasa hebat. Nampaknya kita akan melihat pertarungan hebat antara mereka dalam bab yang mendatang.

AMARAN! Ada spoiler manga Jujutsu Kaisen di bawah!

Klik di sini untuk baca penuh. AMARAN! ADA SPOILER MANGA JUJUTSU KAISEN 217!!!

Bab 217 bertajuk Bath Part 2, fokus kepada misi Sukuna yang ingin membunuh Tsumiki Fushiguro yang kini didiami oleh Yorozu. Seperti yang kita sangkakan, kita akhirnya didedahkan dengan cursed technique milik Yorozu serta pertarungan sengit yang bakal berlaku dalam bab seterusnya.

Sumber: Mangaplus

Kedua-dua Sukuna dan Yorozu sudah menyangka bahawa mereka berdua akan bertarung antara satu lain sehingga mati. Sempat juga mereka membuat taruhan untuk mereka yang menang pertarungan tersebut.

Seperti yang didedahkan sebelum ini, Yorozu mempunyai perasaan terhadap Sukuna. Jadi tidak peliklah mengapa dia minta untuk mengahwini Sukuna jika dia menang dalam pertarungan itu.

Sumber: Mangaplus

Kita tahu Sukuna mempunyai pelbagai cursed technique yang hebat tetapi nampaknya dia tidak mahu menggunakannya. Sebaliknya dia menggunakan teknik Divine Dogs, yang merupakan Ten Shadows Technique keluarga Zenin. Tetapi cara Sukuna gunakannya sedikit berbeza dengan Megumi.

Jika anda perasan, Megumi menggunakan Divine Dogs dengan tangan kirinya manakala Sukuna pula menggunakan tangan kanannya malah melipat dua jari terakhirnya. Perkara lain yang berbeza ialah, rupa Divine Dog Megumi berbentuk serigala tetapi Sukuna pula mempunyai bentuk seperti anjing.

Sumber: Mangaplus

Ada sebab mengapa Sukuna tidak mahu menggunakan cursed technique-nya tersendiri. Dia ingin membunuh Tsumiki dengan teknik Megumi. Jika ianya berjaya, ia pasti meninggalkan kesan yang lebih banyak terhadap jiwa Megumi, membuatkannya lebih rosak.

Tidak suka dengan perbuatan Sukuna itu, Yorozu akhirnya mendedahkan cursed technique-nya, Construction. Menurut Sukuna, teknik tersebut membolehkan Yorozu untuk meniru apa-apa sahaja bahan yang diketahuinya dengan latihan yang cukup.

Sumber: Mangaplus

Dalam bab ini, Yorozu telah menggunakan Liquid Metal, yang boleh berubah bentuk sambil mengekelakan sifat fizikalnya melalui penggunaan cursed energy. Logam itu akhirnya membentuk perisai pada badannya. Tidak sabar untuk melihat apa lagi bahan yang boleh dibuat oleh Yorozu nanti. Sukuna pula nampak seperti tidak sabar untuk mencuba Mahoraga melalui badan Megumi.

Adakah rancangan Sukuna mampu berjaya atau tidak, terpaksalah kita tunggu bab minggu depan. Kalau anda belum baca bab terbaru, anda boleh membacanya di aplikasi atau laman web MangaPlus. Untuk mendapatkan berita lain mengenai Jujutsu Kaisen daripada kami, boleh klik pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: JJK 217Jujutsu KaisenJujutsu Kaisen 217SukunaYorozu
Previous Post

Black Clover – “Judgement Day” telah bermula, 3 Magic Knight bangkit sebagai Paladin

Next Post

Boruto kini musuh Konoha & Kawaki adalah anak Naruto! SPOILER BORUTO BAB 79!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Destiny: Rising Akan Dilancarkan 28 Ogos – Berdasarkan Francais Destiny, Sepenuhnya Free-To-Play!
Mobile

Destiny: Rising Akan Dilancarkan 28 Ogos – Berdasarkan Francais Destiny, Sepenuhnya Free-To-Play!

July 4, 2025
Reviu AORUS Master 16 (BYH) – Pilihan Hebat Untuk Prestasi Gaming Tanpa Kompromi!
Review

Reviu AORUS Master 16 (BYH) – Pilihan Hebat Untuk Prestasi Gaming Tanpa Kompromi!

July 4, 2025
Bintang-Bintang Esports Filipina Berpindah Dari MLBB ke Honor of Kings, Membina “Skuad Ikon”
Esports

Bintang-Bintang Esports Filipina Berpindah Dari MLBB ke Honor of Kings, Membina “Skuad Ikon”

July 4, 2025
Next Post
Boruto kini musuh Konoha & Kawaki adalah anak Naruto! SPOILER BORUTO BAB 79!

Boruto kini musuh Konoha & Kawaki adalah anak Naruto! SPOILER BORUTO BAB 79!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!
Animasi

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!

June 19, 2025
Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!
Acara

Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!

June 18, 2025
Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!
Anime

Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!

June 17, 2025
Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!
Anime

Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!

June 17, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd