Siapa memang peminat tegar permainan PlayStation mesti tahu perubahan antara siri-siri popular yang masih meneruskan permainan mereka hingga ke generasi baru ini. Perubahan watak dari zaman pixel hinggalah 3D ni semuanya nampak ketara perbezaanya. Dan tahu atau tidak, setiap watak 3D ini memakan garisan poligon yang tinggi untuk setiap perubahan ketara dari muka hingga ke kaki!
Di PlayStation Blog kali ini mengongsikan perubahan watak-watak ikonik mengikut generasi yang kini lebih teliti dari setiap segi. Tanpa lengahkan masa, jom kita lihat 5 watak ikonik yang dikongsikan oleh PlayStation Blog untuk berapa banyak perbezaan garisan poligonya!
Kazuya Mishima – Siri Tekken
Perbandingan Mata Polygon- Muka
PlayStation: ~100 (est)
PlayStation 4: 2,800 hanya untuk kepala! (6,000 termasuk rambut dan dalam mulut!)
Anda boleh melihat sendiri perzaan ketara Kazuya dari Tekken 1 hinggalah Tekken7!
-Michael Murray – Producer Tekken di Bandai Namco
Kazuya Mishima adalah anak lelaki konglomerat dunia Mishima Zaibatsu, dan kini berusaha membalas dendam terhadap bapanya kerana mencampkanya ke tebing tahun sebelumnya. Jadi disini anda nampak sendiri perubahan ketara yang ditambah lebih banyak poligon dari sebelum ini agar nampak lebih realiti!
Kratos – God of War
Perbandingan Mata Polygon- Muka
PlayStation 2: 1,200
PlayStation 3: 5,700
PlayStation 4: 32,000
“Model Kratos untuk God of War yang baru dicipta dari awal dengan niat mendorong teknologi yang telah apa kami lakukan sebelum ini di Santa Monica Studio”
– Rafael Grassetti – Art Director Santa Monica Studios
Siapa tak kenal Kratos yang merupakan pratagonis utama dalam siri God of War. Menurut Rafael, Kratos dari God of War 2 (PS2) mempunyai 5,700 poligon untuk seluruh badannya, 1,200 daripada mereka untuk muka dan menggunakan lima tekstur. Kratos dari God of War 3 (PS3) mempunyai 64,000 poligon untuk keseluruhan tubuhnya, 5,700 untuk wajah, yang sudah menjadi peningkatan besar. Tetapi berbanding dengan apa yang boleh dilakukan dengan sistem PS4, ia masih tidak mencukupi untuk apa yang mereka mahu capaikan. Kratos untuk God of War (PS4) mempunyai 80,000 poligon, dengan 32,000 hanya untuk wajah – 30x ganda lebih tinggi dari PS2!!
Rathalos – Monster Hunter
Perbandingan Mata Polygon- Muka
PlayStation 2: 1,390
PlayStation 4: 11,274
Rathalos merupakan seekor raksasa yang sangat besar dalam Monster Hunter World dan juga dikenali sebagai Raja Langit! Wira yang sengit yang turun ke arah penceroboh, menyerang dengan cakarnya yang beracun dan nafas yang berapi-api. Alangkan muka sahaja dah memakan belas ribu poligon, cuba bayangkan kalau keseluruhan? Wow!
Palico – Monster Hunter
Perbandingan Mata Polygon- Muka
PlayStation 2: 144
PlayStation 4: 11,274
“Dari Monster Hunter yang pertama di PS2, matlamat kami adalah untuk menunjukkan sesuatu yang sukar atau lebih realiti, bagaimana kami menyampaikan kualiti dalam permainan dan jika ada sesuatu yang hidup, bagaimana kami dapat memberinya lebih realiti,”
-Kaname Fujioka, MHW: Pengarah eksekutif dan pengarah seni Iceborne di Capcom.
Satu lagi watak popular dalam MHW. Palico si kucing comel ni diberi perubahan 100% dengan peningkatan besar hingga menampakkan hampir sehelai-sehelai bulunya! Nyata, Pihak Capcom berjaya menghidupkan watak-watak mereka di Monster Hunter World!
Sir Daniel Fortesque -MediEvil
Perbandingan Mata Polygon- Muka
PlayStation: 60
PlayStation 4: 1,734
“Terima kasih kepada pertambahan poligon yang banyak, (60 vs 1,734) dan sokongan bersama yang lebih jauh, kami mampu mencipta pelbagai jenis emosi untuk menafsirkan tafsiran kami tentang siapa Dan dan bagaimana dia harus bertindak dalam situasi unik yang dibangkitkannya, “
-Justin Rosenthal-Kambric, animator di Other Ocean Interactive.
Anda bayangkan, si tengkorak partagonis utama dalam MediEvil ni pun banyak dapat perubahanya daripada siri yang lalu! Dengan memberi yang terbaik dengan ketelitian Poligon di pembikan permainan 3D mereka, walaupun masih nampak ala-ala animasi, realiti MediEvil tetap terserlah okay!
Cukup sekadar disini, ini baru bahagia muka, dan baru 5 watak ikonik PlayStation. Cuba anda bayangkan jika keseluruhan tubuh? Makan ratus ribu untuk satu watak mungkin! Tapi zaman makin maju, dan itu memang dapat disangkalkan dalam generasi permainan terkini.
Sumber: PlayStation Blog
@gamersantaimy
Discussion about this post