Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Jom Hadir Tayangan Khas Masked Rider Faiz 20th: Paradise Regained – Peluang Jumpa Handa Kento!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
May 2, 2024
in Artikel, Berita, Filem, Tokusatsu
0 0
0
Jom Hadir Tayangan Khas Masked Rider Faiz 20th: Paradise Regained – Peluang Jumpa Handa Kento!
Share on FacebookShare on Twitter

Berita gembira untuk peminat Kamen Rider di Malaysia, kerana tayangan khas untuk filem Masked Rider Faiz 20th: Paradise Regained akan diadakan dalam masa beberapa hari lagi di mana pembeli tiket boleh mendapat peluang untuk berjumpa dengan Handa Kento, protagonis original Kamen Rider Faiz!

Kredit: Accel Helper Shop

Dianjurkan oleh Accel Helper Shop, tayangan filem Masked Rider Faiz 20th: Paradise Regained akan diadakan pada 4 Mei 2024 di TGV Sunway Velocity. Berikut adalah butiran lengkap:

  • Filem + Sesi Meetup: RM110 / Meetup sahaja: RM85
  • Tandatangan Artis: RM150 / sekeping
  • Satu Gambar (Beramai-ramai): RM80 / sehelai

Kuantiti tiket dan peluang meetup amat terhad, jadi siapa yang cepat, dia dapat. Walaupun begitu, tiket juga dijual di hari acara.

Untuk membeli tiket, sila hubungi penganjur di SINI.

Kredit: Toei

Bagi mereka yang kurang tahu, Kamen Rider Faiz 20th: Paradise Regained ialah filem tokusatsu untuk memperingati ulang tahun ke-20 Kamen Rider 555. Handa Kento pula ialah pelakon dan penyanyi Jepun yang membawakan watak Takumi Inui/Kamen Rider Faiz dalam Kamen Rider 555 original.

Kredit: Toei

Sempena ulang tahun ke-20 Kamen Rider 555, pelakon Handa Kento, Haga Yuria dan Murakami Kohei berunding dengan penerbit Shinichiro Shirakura untuk mencipta filem “reunion”. Filem ini diumumkan pada 5 Mei 2023, juga dikenali sebagai Hari Faiz, di mana majoriti pelakon asal akan mengulangi watak mereka.

Sinopsis

Mari Sonoda menuju ke kedai Keitaro bersama anak buahnya Jotaro dan bertemu dengan Naoya dan Masato, yang telah kembali. Sementara itu, Smart Brain, yang telah menjadi organisasi kerajaan, telah berubah menjadi sebuah syarikat yang bertujuan ingin memusnahkan semua kehidupan Orphnoch, dan operasi ini diketuai oleh Kitazaki.

Untuk melindungi Orphnoch daripada kepupusan, Masato Kusaka melawan ahli Smart Brain, Rena Kurumi. Bukan itu sahaja, dia dibantu oleh Takumi Inui sendiri, yang telah menghilangkan diri bertahun-tahun yang lalu dan kembali sebagai Kamen Rider NEXT Faiz yang bekerja untuk Smart Brain…!

Mari dan yang lain keliru selepas diserang oleh Faiz yangbaharu. Mengapa Takumi bekerja dengan Smart Brain? Apa yang dia buat sejak itu? Pertemuan mereka menandakan permulaan kisah baharu yang melibatkan Orphnoch dan manusia.

Tags: filemkamen riderMasked Rider Faiz
ShareTweetSend
Previous Post

Game Batman: Arkham Shadow Diumumkan, Tetapi Untuk VR!

Next Post

Pendaftaran Monsta Galaxy Card Academia League Kini Dibuka Untuk Para Pendidik KPM

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Game Survival Horror Kejam ‘ILL’ Sasar Pelancaran Pada 2027!
Berita

Game Survival Horror Kejam ‘ILL’ Sasar Pelancaran Pada 2027!

June 4, 2026
Game Aksi Supernatural KEMURI Akan Keluar Tahun 2027, Gameplay Pertama Didedahkan!
Berita

Game Aksi Supernatural KEMURI Akan Keluar Tahun 2027, Gameplay Pertama Didedahkan!

June 4, 2026
Next Post
Pendaftaran Monsta Galaxy Card Academia League Kini Dibuka Untuk Para Pendidik KPM

Pendaftaran Monsta Galaxy Card Academia League Kini Dibuka Untuk Para Pendidik KPM

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd