Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Jom Cuba Cos-Mic 2025 Little Nightmares III, Digimon Story: Time Stranger & Banyak Lagi Di Cos-Mic 2025!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
August 29, 2025
in Acara, Artikel, Berita, Demo, Pameran/Expo
0 0
0
Jom Cuba Cos-Mic 2025 Little Nightmares III, Digimon Story: Time Stranger & Banyak Lagi Di Cos-Mic 2025!
Share on FacebookShare on Twitter

Berita gembira buat para gamer kerana Bandai Namco Entertainment Asia telah mengumumkan kehadiran mereka di Cos-Mic 2025 dengan membawakan seleksi judul permainan video terbaharu ke acara.

Konvensyen ini akan diadakan dari 12 hingga 14 September 2025 bertempat di pusat beli-belah Sunway Pyramid.

Mengapa ia istimewa? Ini kerana acara tersebut memberi kesempatan istimewa buat pertama kali kepada pengunjung di Malaysia untuk merasai sendiri pengalaman bermain game-game yang amat ditunggu-tunggu pada tahun ini.

Selaku penaja utama acara, Bandai Namco Entertainment Asia akan mempamerkan empat judul utama, yang mana setiap satunya boleh dicuba melalui sesi demo di ruang pameran mereka.

Little Nightmares III

Entri terbaharu dalam siri seram penuh debaran ini, Little Nightmares III, boleh dicuba di Cos-Mic 2025.

Dibangunkan oleh Supermassive Games, game ini menampilkan mod co-op untuk pertama kalinya (walaupun ia tidak menyokong mod kooperatif setempat), yang membolehkan dua pemain mengembara di alam ‘the Nowhere’ dengan mengawal dua watak baharu iaitu Low dan Alone.

Game ini akan keluar pada 10 Oktober 2025.

Digimon Story: Time Stranger

Sebagai game baharu dalam siri Digimon Story setelah satu dekad, Digimon Story: Time Stranger membawa pemain ke dalam pengembaraan RPG berkonsepkan pengumpulan raksasa.

Dengan lebih 450 jenis Digimon yang boleh dikumpulkan, dilatih dan digunakan untuk bertarung, game ini menceritakan kisah seorang ejen daripada sebuah organisasi sulit bernama ADAMAS yang menjelajah garis masa demi menyelamatkan dunia yang berada di ambang kemusnahan.

Game ini akan berada di pasaran bermula 2 Oktober 2025.

Towa and the Guardians of the Sacred Tree

Dianggap sebagai ‘hidden gem’, Towa and the Guardians of the Sacred Tree merupakan sebuah 2D isometrik roguelite yang dibangunkan oleh Brownies Inc.

Game ini menonjolkan keunikan melalui gaya seni lukisan tangan yang mendapat inspirasi daripada seni lukisan dakwat Jepun. Pemain akan mengambil peranan sebagai Towa, yang perlu mencipta senjata sambil memimpin lapan Guardian unik bagi melindungi Shinju Village daripada ancaman Magatsu yang jahat.

Game ini akan dilancarkan pada 19 September 2025.

Super Robot Wars Y

Peminat siri RPG taktikal pula pastinya tidak sabar mencuba Super Robot Wars Y. Dibangunkan oleh Bandai Namco, game ini meneruskan legasi siri dengan menghimpunkan pelbagai robot gergasi daripada puluhan francais anime yang terkenal untuk bertarung dalam pertempuran strategik berasaskan giliran.

Game ini akan keluar pada 28 Ogos 2025.

Pengalaman Penuh Cos-Mic dan Harga Tiket

Para pengunjung hanya perlu singgah di reruai Bandai Namco Entertainment Asia untuk menebus sebuah beg tote eksklusif secara percuma. Selain itu, dengan menyertai aktiviti-aktiviti di tapak acara dan mencuba demo game yang disediakan, para pengunjung boleh menerima cenderahati eksklusif seperti kipas tangan Digimon Story Time Stranger, lencana dan pelekat Little Nightmares III, serta banyak lagi.

*Tawaran adalah berdasarkan konsep siapa cepat dia dapat, sementara stok masih ada.

Sebagai tarikan tambahan, beberapa tetamu istimewa akan turut hadir di reruai Bandai Namco Entertainment Asia untuk sesi meet-and-greet.

Jumaat, 12 September 2025

  • Rurusama: Sesi Bertemu Peminat dari 2:30 petang – 3:00 petang

Sabtu, 13 September 2025

  • Helen Yan: Sesi Bertemu Peminat dari 2:30 petang – 3:00 petang

Ahad, 14 September 2025

  • UsagiTY: Sesi Bertemu Peminat dari 2:30 petang – 3:00 petang

Tiket masuk ke acara ini dijual pada harga seperti berikut:

  • Pas Tiga Hari (12 – 14 September 2025): RM70.00
  • Pas Satu Hari (Untuk sebarang hari pilihan): RM40.00

Bagi mendapatkan maklumat yang lebih terperinci tentang jadual acara, cara pembelian tiket, dan senarai tetamu jemputan, anda disarankan untuk melayari laman sesawang rasmi Cos-Mic 2025.

Tags: Bandai NamcoCos-Mic 2025
ShareTweetSend
Previous Post

[Eksklusif] “Sejak Hari Pertama Mahukan Ia Menjadi Konsol” – Bagaimana ROG Xbox Ally Mendefiniskan Handheld Gaming!

Next Post

[Eksklusif] “Inilah Acara Gaming Terunggul Asia Tenggara” – Skala Luar Biasa gamescom asia x Thailand Game Show

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!
Temuramah

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!

June 4, 2026
Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!
Preview

Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!

June 4, 2026
The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Next Post
[Eksklusif] “Inilah Acara Gaming Terunggul Asia Tenggara” – Skala Luar Biasa gamescom asia x Thailand Game Show

[Eksklusif] "Inilah Acara Gaming Terunggul Asia Tenggara" - Skala Luar Biasa gamescom asia x Thailand Game Show

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd