Korang mesti dah pernah dengar sebelum ini mengenai telefon pintar Huawei iaitu P30 Pro mengenai keistimewaan kameranya yang berkuasa tinggi, mampu menghasilkan zoom yang sangat jauh dan jelas. Malah untuk penggemar fotografi telefon di luar sana, ia tidak akan menghampakan dan boleh dikatakan salah satu telefon pintar premium buat masa kini. Namun, keistimewaannya tidak terhad kepada itu sahaja, ada beberapa lagi ciri yang korang perlu tahu dalam review kali ini!
Rekaan dan Paparan
158 x 73.4 x 8.4mm | Waterdrop notch | 192g |
Sudut paparan melengkung | Port USB-C | Tiada headphone jack |
Untuk pengguna yang sudah bosan dengan rekaan biasa seperti kebanyakan telefon pintar di luar sana, rekaan untuk Huawei P30 Pro mempunyai warna gradien yang menawan dan terang. Ia boleh dikatakan menarik perhatian dan mempunyai refleksi warna-warni. Terdapat warna seperti Pearl White, Breathing Crystal, Amber Sunrise dan Aurora.
Walaupun berasa sangat selesa apabila dipegang, ia sebenarnya sangat licin kerana ciri belakangnya yang diperbuat daripada kaca. Tambahan pula, keadaannya yang sedikit berat, pengguna perlu memegang dengan kedua-dua belah tapak tangan. Ini juga bermaksud, apabila berpeluh, ia amatlah licin. Tapi korang tak perlu risau kerana ia didatangkan dengan casing telefon plastik sekali!
Selain daripada rekaannya, Huawei P30 Pro boleh dikatakan telefon pintar yang agak besar. Ia hadir dengan 6.47-inci panel AMOLED dan sudut cengkung. Ini bermaksud warna dan contrastnya adalah sangat jelas dan teliti. Paparannya pula mempunyai resolusi 2340×1080, sangatlah sesuai untuk bermain permainan video ataupun menonton sebarang movie. Korang juga boleh control keseluruhan skrin dengan pergi ke menu dan mengubah mode warna, suhu dan juga mode untuk membaca. Kecerahan skrin juga cukup tinggi dan boleh diubahsuai mengikut keselesaan pengguna.
Kedudukan notch berada di atas telefon dan saiznya adalah sangat kecil dan tidak terlalu menonjol. Oleh itu, ia tidak akan menganggu sebarang notifikasi pada telefon ini. Memanfaatkan saiznya yang kecil itu, Huawei menggantikan speaker dengan mekanisma elektromagnetik levitasi yang akan menghantar getaran ke seluruh skrin. Jadi, pengguna hanya dapat mendengar suara panggilan yang jelas dari telefon ini dan tiada gangguan bunyi di sekeliling! Tiada headphone jack untuk telefon ini dan korang kena guna Bluetooth atau pun headphone USB Type-C.
Spesifikasi dalaman
- CPU: Kirin 980
- RAM: 8GB
- Storage: 256GB
- Battery: 4,200 mAh
- Sistem Operasi: Android 9.0 Pie, EMUI 9.1
Telefon pintar terbaru Huawei ini didatangkan dengan processor Kirin 980 6GB atau 8GB RAM. Ini bermaksud chip ini mampu memberikan penambahbaikan sebanyak 20% untuk prestasi chip dan 40% untuk kecekapan tenaga. Dalam erti kata lain, telefon pintar ini lebih pantas dan prestasi bateri yang lebih baik. Malah, pelancaran apps serta multi-tasking yang tidak remeh untuk pengalaman pengunaan yang terbaik untuk pengguna.
Ia hadir dengan interface EMUI Huawei versi 9.1. Rekaannya agak linear, dan tidak bermasalah, pengguna akan mudah untuk membiasakan diri, walaupun boleh dikatakan user interface dia agak sedikit serabut. Aplikasi Gallery mempamerkan foto dan video di dalam bentuk yang tersusun dan aplikasi Themes ada pelbagai pilihan untuk mengubah suai UI. Yang bagusnya, ia tidak mempunyai sebarang gangguan atau apa-apa jenis lagging walaupun korang menggunakan aplikasi yang menggunakan banyak kuasa. Ia mempunyai sensor cap jari ultra-cepat yang dibina ke paparan itu sendiri. Sensor cap jari itu mampu membuka peranti ini dengan kadar laju di bawah satu saat tetapi Face Recognition sebenarnya lebih mudah.
Ia juga mempunyai bateri berkapasita 4,200mAh dan sistem pengecas 40W yang pantas, pengecas wireless 15W, dan juga pengecas wireless reverse yang boleh digunakan pada waktu kecemasan menggunakan peranti yang menyokong ciri wireless tersebut. Dalam masa lebih kurang 30 minit, bateri korang boleh naik sehingga 70% dengan sangat cepat. Setelah menggunakannya selama beberapa hari, ia mampu bertahan sangat lama untuk 24 jam sehari dengan penggunaan sederhana dan berat. Tidak dinafikan, ia boleh bertahan selama 2 hari jika korang jarang menggunakannya ataupun penggunaan yang ringan.
Kamera berkuasa tinggi
Telefon pintar P30 adalah era permulaan baharu untuk fotografi telefon. Malah, apa yang membuatkan telefon pintar ini unik, adalah ciri kameranya. Lain daripada yang lain, ia mempunyai kamera kelas tersendiri.
- Kamera utama: 40-megapixel f/1.6 RYYB sensor + 20-megapixel f/2.2 wide-angle lens + 8-megapixel f/3.4 “Periscope” telephoto lens + TOF sensor
- Kamera hadapan: 32-megapixel standard lens
P30 Pro hadir dengan revolusi generasi baharu Leica yang mempunyai 40 juta ultra sensitif 3-kamera. Ia mempunyai tiga kamera utama dan sensor ToF yang mengukur jarak dan objek dalam field of view. Sensor baru tersebut berfungsi seakan-akan scanner 3D yang membantu menghasilkan gambar bokeh. Ia menawarkan rendering blur yang lebih baik, di mana ia tidak akan blurkan mana-mana bahagian badan subjek; tetapi fokusnya lebih kepada apa-apa yang berada di belakang dan tepi subjek. Ia juga menyokong ciri OIS optikal anti-shake dan AIS intelligent anti-shake, serta 25cm ultra-shake. Berbanding dengan generasi sebelum ini, aperture kamera utamanya telah dinaiktaraf dari f/1.8 ke f/1.6. Selain itu, keseluruhan test untuk kamera ini meletakkannya untuk markah video dan selfie tertinggi di DxOMark.
“Rewrite The Rules of Photography” adalah tagline untuk telefon pintar ini, dan ia sememangnya kena pada namanya. Keupayaan zoom telefon ini tersangatlah hebat, di mana kebanyakan telefon hanya menyokong zoom digital, Pro P30 boleh zoom secara optik sehingga 5X dan kemudian beralih ke zoom lossless sehingga 10X. Jika anda benar-benar ingin mengambil gambar dengan lebih mendalam, zoomnya boleh dinaikkan sehingga 50X. Korang akan dapat menggunakan keupayaan zum ini untuk mendapatkan gambar yang lebih terperinci dan jelas. Malah, hasil gambar zoom 10x yang jauh lebih tajam daripada apa-apa yang boleh dihasilkan oleh telefon pintar lain. Walaupun kekuatan utamanya ialah exposure yang baik, pelbagai dinamik yang lusa serta rendering warna yang tepat, ianya kehilangan saturasi apabila berada di outdoor. Seperti yang dilihat di dalam gambar, exposure dari segi warna agak sedikit berubah apabila di-zoom dengan lebih mendalam.
Dengan pencahayaan yang baik, imej ditangkap pada 5X dan bahkan sehingga 10X kelihatan sangat jelas dan tajam, tanpa kesan smudgy yang anda lihat pada kebanyakan telefon lain. P30 Pro secara automatik memberikan pilihan kalau korang zoom out untuk tukar ke wide-lens kamera. Dengan demikian, gambar yang diambil akan lebih besar dan menyeluruh. Siri P30 Huawei menerusi tradisi teknologi RGGB lebih 40 tahun, merintis reka bentuk sensor RYYB baru, menggantikan pixel hijau dalam tiga warna utama dengan pixel kuning, yang meningkatkan pengambilan cahaya kamera telefon bimbit sebanyak 40%. Korang boleh mengambil gambar yang cantik tidak kira siang dan malam. Malah, ia juga menyokong menyokong AI HDR + dan AI untuk mengoptimumkan kesan potret latar belakang dengan tepat.
Korang mungkin tertanya-tanya tentang prestasi low-light untuk Huawei P30 Pro. Sebenarnya, untuk pemandangan yang lebih gelap, Pro P30 kelihatan berfungsi dengan lebih baik. Ia hadir dengan Super Night Mode di mana telefon ini secara literal dapat melihat dalam gelap dan menangkap apa-apa yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Mode ini membolehkan korang menangkap lebih cahaya semulajadi dan hasilkan pemandangan pada waktu malam yang sangat professional. Mod potret juga berfungsi dengan baik pada selfies dan walaupun dalam pencahayaan redup, hasil gambarnya agak cerah. Terdapat juga mode AI “beauty”, yang boleh ditutup jika korang tidak mahu menggunakannya.
Video rakaman super-sensitif & video zoom auto focus
Dalam mod video, P30 Pro boleh dirakam dalam 1080p Full HD secara default, tapi korang juga boleh set ke 4K UHD dengan masa rakaman maksimum 10 minit bagi setiap klip. OIS dan AIS (penstabilan perisian) berfungsi dengan baik untuk membuat rakaman korang lebih lancar. Malah, auto-focus juga melakukan kerjanya dengan sempurna supaya korang tidak hilang subjek walaupun dalam keadaan low-light. Pro P30 boleh dirakam menggunakan 60 FPS dalam cahaya yang terang dan mengambil rakaman yang lebih lancar dari segi motion. Dalam cahaya yang lebih rendah, apabila shutter speed lebih perlahan diperlukan untuk pendedahan yang baik, kamera akan bertukar kepada 30 FPS. Oh, korang tahu tak yang P30 Pro adalah antara satu-satunya telefon di pasaran yang mempunyai ciri merakam video dan menghasilkan effect blur pada latar belakang? Hebat kan!
Prestasi permainan yang luar biasa
Bukan sekadar kameranya yang berkuasa tinggi, P30 Pro mempunyai ciri GPU turbo 3.0 yang teramat sesuai untuk gamers di luar sana mengalami pengalaman bermain yang memuaskan. Ia boleh mengoptimumkan prestasi dalam 25 permainan popular termasuk PUBG Mobile, Rules of Survival dan Mobile Legends. Processor Kirin 980 dapat dioptimumkan untuk respons pada penggunaan kuasa dengan setiap permainan.
Untuk game PUBG Mobile pula, ia akan secara automatik mengesan yang telefon yang digunakan adalah berkuasa tinggi jadi ia akan berikan pilihan untuk letakkan settings kualiti grafik yang paling tinggi. Boleh juga diadjust untuk letakkan kualiti grafik pada HDR dan mode frame rate ke ultra. Berbeza dengan Mobile Legends, telefon P30 Pro ini hanya mampu dimainkan pada 40 FPS dengan sedikit peningkatan dari segi suhu. Tapi jangan risau! Ia terdapat sistem cooling graphene film dan heat pipe bersama vapor chamber. Ini bermaksud, ia akan mengawal suhu supaya menjadi sejuk dan tidak terlalu panas ketika bergaming pada masa yang lama. Selepas sejam bermain PUBG di setting grafik paling tingg, ia hanya memakan dalam 15-20% nyawa bateri. Jadi ini berita yang sangat bagus untuk mereka yang suka meluangkan masa berjam-jam untuk mobile gaming tanpa perlu risau peranti mereka mudah mati.
Pendek kata, P30 Pro menyediakan prestasi permainan luar biasa dengan hardware yang kuat dan perisian yang dioptimumkan dengan baik. Ia boleh bermain kebanyakan permainan Android pada framerate tertinggi yang menyokong game tersebut. Sementara itu, permainan yang agak berat akan mempunyai framerate sedikit lebih rendah tetapi masih kelihatan dan terasa lancar semasa permainan. Tambahan pula, paparan telefon ini yang besar dan responsif juga menjadikan pengalaman bermain lebih imersif. Korang akan menikmati masa bermain dengan sangat menyeronokkan, tanpa batas.
Kesimpulan
Telefon flagship Huawei ini hanyalah permulaan untuk satu jenis kamera telefon yang baru. Mungkin pada masa hadapan, lens periscope dan AI tidak lama lagi akan menjadi spesifikasi minimum untuk kamera flagship, dan semestinya ramai pembuat telefon di luar sana tidak mahu ketinggalan di belakang dengan teknologi baru. Kalau korang nak sebuah telefon yang sudah pun memasuki era baru, Huawei P30 Pro adalah telefon yang sudah maju di hadapan dan boleh dikatakan raja fotografi kamera pada abad ini. Optikal zoom 50x adalah game-changer, dan gambar untuk pencahayaan yang rendah mempunyai kelasnya tersendiri.
Sudah tentu, ia tidak terhad pada keunikan kameranya, kerana pengalaman gaming menggunakan telefon ini adalah sangat menakjubkan dan korang pasti tidak akan kecewa dengan segala ciri yang ditawarkan! Ia memang direka khas untuk peminat kamera dan mobile gaming yang pada masa sama juga inginkan yang terbaik untuk peranti mereka, maka sebab itulah ia mempunyai teknologi yang terbaru dan hebat di pasaran. Selepas P20, Huawei sekali lagi telah mengalahkan dirinya sendiri dan memegang mahkota sebagai kamera telefon pintar teratas di pasaran. Huawei P30 Pro boleh didapatkan di pasaran sekarang dengan harganya RM3799.
@gamersantaimy
Discussion about this post