Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Island of Hearts Rasmi Di Steam – Game Dating Live-Action Dengan Influencer Asia Sebenar!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
March 27, 2026
in Artikel, Berita, Dating, PC, Steam
0 0
0
Island of Hearts Rasmi Di Steam – Game Dating Live-Action Dengan Influencer Asia Sebenar!
Share on FacebookShare on Twitter

Game dating adventure Island of Hearts kini sudah tersedia untuk dimainkan di Steam. Game ini menampilkan influencer media sosial sebenar dari rantau Asia Tenggara, termasuk dari Malaysia, yang membintangi jalan cerita romantik di mana anda menjadi watak utama.

4Divinity bersama co-developer Titan Digital Media memberikan potongan harga sebanyak 10% sempena tempoh pelancaran. Untuk Malaysia, game ini ditawarkan pada harga RM45.00.

Island of Hearts merupakan sebuah game full-motion video (FMV). Cara paling mudah untuk memahaminya – ia seperti menonton filem interaktif di mana anda sendiri menjadi watak utama. Setiap keputusan yang diambil akan menentukan hala tuju cerita seterusnya.

Kita bermain watak seseorang yang sedang berada di titik paling rendah dalam hidup selepas baru sahaja diberhentikan kerja dan mengalami kekecewaan cinta. Dengan harapan untuk memulakan lembaran baharu, anda melangkah masuk ke sebuah resort pulau.

Namun di sana, anda mendapati diri dikelilingi oleh tujuh wanita menawan yang berkemungkinan boleh membantu pemain bangkit semula dan menemui cinta… asalkan anda tidak menghancurkan peluang itu.

Game ini dibintangi oleh tujuh content creator wanita Asia yang popular: Mia (Nahyun Kim), Emily (Siew Pui Yi), Sophia (Babyg), Lily (Leah Usami), Chloe (Ayako Ogawa), Gabby (Debbie Soon), dan Victoria (Fiona Xue). Setiap daripada mereka mempunyai watak, personaliti, dan jalan cerita unik yang tersendiri.

Pihak pembangun game menjanjikan pelbagai ending serta babak rahsia yang hanya boleh dibuka berdasarkan pilihan yang dibuat ketika bermain.

Walau bagaimanapun, game ini bukan sekadar tentang memilih ayat dialog semata-mata. Ada juga unsur penyelesaian teka-teki serta mini-game yang menambahkan variasi kepada pengalaman romantik.

Buat peminat yang inginkan koleksi fizikal, laman web rasmi menawarkan tiga jenis bundle merchandise yang eksklusif. Setiap bundle disertakan dengan game code untuk Steam:

  • Collector Bundle: Game code, kalendar, mousepad, dan set poskad
  • Fan Bundle: Game code, mousepad, dan set poskad
  • Supporter Bundle: Game code dan set poskad
Tags: Island of Hearts
ShareTweetSend
Previous Post

Capcom Mohon Maaf Atas Kontroversi ‘Incest’ Street Fighter 6, Alex Kahwin dengan Sepupu?

Next Post

Jom Jumpa Pikachu! Inilah Lokasi & Tarikh “Pokémon Truck” Sepanjang April 2026!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Avengers: Doomsday – Ancaman Doctor Doom, Kepulangan Steve Rogers Pulang & Pertembungan Antara ‘Multiverse’
Filem

Avengers: Doomsday – Ancaman Doctor Doom, Kepulangan Steve Rogers Pulang & Pertembungan Antara ‘Multiverse’

July 21, 2026
Rancangan Untuk Final Fantasy XIV Mobile Versi Global Terpaksa Dibatalkan
Mobile

Rancangan Untuk Final Fantasy XIV Mobile Versi Global Terpaksa Dibatalkan

July 20, 2026
Elder Scrolls VI, Fallout 5 Dalam Pembangunan, Remaster Fallout 3 & Fallout: New Vegas Turut Diusahakan
Berita

Elder Scrolls VI, Fallout 5 Dalam Pembangunan, Remaster Fallout 3 & Fallout: New Vegas Turut Diusahakan

July 20, 2026
Next Post
Jom Jumpa Pikachu! Inilah Lokasi & Tarikh “Pokémon Truck” Sepanjang April 2026!

Jom Jumpa Pikachu! Inilah Lokasi & Tarikh "Pokémon Truck" Sepanjang April 2026!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd