Terima kasih pada Mobilegaminghub yang telah mengongsikan fakta yang buat kami teruja, dan tentu sahaja akan membuat anda semua sebagai peminat Among Us teruja apabila tahu fakta ini! Among Us telah memecahkan rekod baru dalam industri permainan hampir setiap hari. Permainan ini sangat popular sehingga semua orang di seluruh dunia tahu apa yang mereka gemari. Kami cukup yakin walaupun anda telah memainkannya sejak sekian lama. Jadi untuk anda, kali ini kami mengongsikan Fakta Rahsia yang Menyeronokkan tentang Among Us.
Gunakan trik Ninja untuk tangkap Imposter
Yang ini menarik, kalau Imposter tengah duduk dalam “vent” ketika butang Emergency ditekan, dia akan keluar melompat dari vent tersebut! Secara auto, anda boleh terperasan taw! Ya, jika anda adalah “Crewmate“, senang sangat nak “kantoikan” Imposter masa itu. Sebab yalah, kadang-kadang kita tidak perasan warna apa yang membunuh, jadi nak pastikan gunakan sahaja trik tersebut, jom usha video di bawah untuk kepahaman.
Imposter lebih mudah menang
Baru-baru ini, akaun Twitter Among Us kan baru sahaja ditubuhkan dan mereka telah mengongsikan bahawa Imposter sering mendapat kemenangan sehingga 57.69% didalam permainan berbanding dengan Crewmate hanyalah mencapai kemenangan 42.31%.
u beans seem to like data, so here's some from our end!
… you're all too good at murder and lying is the lesson we have learned lol 😂
what else do u wanna know? ✨ #AmongUsWrapped pic.twitter.com/xVg7RDU3bT
— Among Us (@AmongUsGame) December 4, 2020
Namun, menurut para pemain, Imposter mempunyai kadar kemenangan yang tinggi hanya kerana kebanyakan kru agak dikecundangkan sebaik sahaja permainan dimulakan.
Anda tidak boleh letakkan nama anda sebagai “Dummy”
Bagus Among Us ini, mereka elakkan anda dipanggil “Dummy“, sebab dummy ni macam perkataan buruk yang “membodohkan” orang. Jadi Among us mengenali kata-kata kesat dan menyinggung perasaan jadi ia tidak membenarkan pemain menggunakan nama dalam permainan seperti itu.
Host tidak boleh set Task ke 0
Walaupun hanya tiga orang yang mengembangkan permainan, ia masih mempertimbangkan semua yang mungkin dicemari oleh pemain. Jadi, jika host ataupun tuan rumah di lobi cuba menetapkan tugas menjadi 0, rakan kru harus menang sebaik permainan dimulakan, tetapi ini tidak berlaku kerana sistem memberikan tugas rawak kepada rakan kru.
Ghost tidak dapat dilihat di dalam “Security Camera”
Baiklah, anda pun tahu anda akan jadi hantu atau ghost jika mati sebab Imposter kan~ Jadi, kalau anda nak tahu, Ghost tidak akan dapat dilihat di “Security Camera” termasuk topi yang anda pakai itu! Walaubagaimanapun, hantu lain boleh nampak topi mereka bergerak di kamera.
Baik itulah fakta menarik untuk anda yang kami nak kongsikan kepada peminat Among Us hari ini. Macam mana, boleh lah anda cuba lepas ini. Atau anda ada fakta, trik atau tips ke nak kongsikan dengan kami? Kongsikan sahaja di bahagian komen laman sosial media kami ok! Chau!
@gamersantaimy
Discussion about this post